CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus Berkeliaran Di Wad HSNZ

6-8-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4662| Komen: 15

Kelihatan dua ekor tikus di atas tong sampah di salah sebuah wad di HSNZ yang kini menjadi viral di laman sosial.

KUALA TERENGGANU - Kehadiran tikus yang berkeliaran di dalam wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Gambar dan video berkenaan yang tersebar di laman sosial memberi imej negatif terhadap hospital utama di negeri ini kerana dilihat tidak sepatutnya berlaku.

Seorang peguam yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan hujung minggu lalu, Zarina Hanim Ismail, 29, berkata, dia tidak menyangka akan mengalami sendiri pemandangan ‘menjelikkan’ itu.

Menurutnya, sebelum ini dia memang ada mendengar pengalaman orang lain dan anak saudara sendiri yang menjumpai tikus berkeliaran di HSNZ, namun dia tetap positif dan meneruskan hasrat mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mohon masuk wad kelas pertama tetapi memandangkan penuh, saya ditempatkan di wad kelas dua. Tetapi telahan saya silap kerana pada malamnya, saya dapat lihat sendiri tikus berkeliaran di wad.

“Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbang tikus berkenaan mendekati katil. Saya jadi pelik bagaimana tikus boleh berkeliaran di dalam wad, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan masalah ini tidak berlarutan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zarina berkata, masalah tikus di hospital dilihat agak tidak kena, apatah lagi sebagai pusat kesihatan dan rawatan, aspek kebersihan perlu diutamakan.

Bagaimanapun, dia tidak menuding jari kepada pihak hospital kerana kemungkinan ada faktor lain yang menyumbang kepada kehadiran tikus di hospital berkenaan.

“Sebagai langkah awal, mungkin pihak hospital boleh tingkatkan tahap kebersihan dan ambil langkah terbaik untuk menghapuskan tikus-tikus yang ada kerana kita bimbang ia akan memberi kesan kepada tahap kebersihan wad,” katanya.

HSNZ sudah ambil tindakan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Muhammad Pehimi Yusof berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenai masalah itu.

Menurutnya, pihak JKNT sudah mengambil tindakan lanjut susulan maklumat itu dan telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Membanteras Tikus di HSNZ yang melibatkan HSNZ, Unit Vektor Negeri dan Radicare (pihak konsesi) pada 3 Ogos lalu, untuk mengawal seterusnya mencegah kejadian tidak diingini.

“Pihak jabatan juga telah mengambil tindakan seperti mencari dan memusnahkan tempat persembunyian dan pembiakan tikus, menambah perangkap tikus (sangkar dan gam) serta menambah bekas racun yang telah dimulakan pada hari tersebut.

“Selain itu, semburan asap (fumigation) akan dilakukan jika perlu dan gotong-royong membersihkan pantri, stor, almari dan tempat-tempat lain di dalam wad juga telah dilaksanakan. Jadual dan sistem kutipan sampah, sisa makanan dan linen kotor juga telah dikaji semula,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan juga sudah dihubungi untuk membuat kutipan sampah lebih kerap dan mengawal kebersihan premis-premis makanan di luar pagar HSNZ.

Bagaimanapun katanya, pihak JKNT meminta agar semua anggota hospital, waris atau pelawat pesakit mengehadkan pembawaan makanan dari luar atau tidak membawa langsung, di samping anggota hospital, pesakit, waris atau pelawat perlu membawa balik sisa makanan atau membuangnya ke dalam tong sampah khas di wad.

"Jabatan kesihatan negeri telah memaklumkan akan terus membuat pemantauan dan tindakan kawalan secara harian sehingga keadaan terkawal," katanya.


21

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-8-2014 10:57 AM
erkk... thari waktu rehat aku nk g melawat spital ni kejap.. nk tgk btl ke bnyk sgt?
Quote kakikuDibibirmu 6-8-2014 10:59 AM
terengganu darul tikus
Quote Cik_Andak 6-8-2014 11:06 AM
Radicare mogok ye????
Quote kauado? 6-8-2014 11:10 AM
euwww....kotor la kan maknanyer spital nih?
Quote munchkin 6-8-2014 11:10 AM
Do something lah!!! Eiii
Quote fatehana 6-8-2014 11:16 AM
erkkkk kotor sgt ke sepital ni smp makhluk kecil tu dok bermain2 kat situ
Quote gusikuberdarah 6-8-2014 11:19 AM
tikus pembawa penyakit

yg sakit akan terus sakit
caj pon lebih
Quote afie_m 6-8-2014 12:42 PM
mcm manalah tikus boleh msk spai kat wad.....
Quote GhostWalking 6-8-2014 12:44 PM
Kadang2 mungkin dalam hospital bersih tapi persekitaran luar hospital kurang bersih.Pun boleh jadi tempat membiak.Tikus pun nak jalan2 masuk dalam maaa
Quote MYviHaZz 6-8-2014 12:52 PM

hurmm diaorng tgh meeting pun skrg psl tikus2 ni...
Quote Artemesiaa 6-8-2014 01:06 PM
Euwww mana nak rehat kalau dok nampak tikus berkeliaran cam tu mau stress lagi ada.
Quote nalis 6-8-2014 01:06 PM
tikus tak perlu tempat kotor pun.. mana ada sumber makanan, ada la menatang tu dok merambu
Quote yatthrash 19-8-2017 05:25 PM
Cencorot hehehe
Quote alepmama 19-8-2017 05:47 PM
Ni lama punya
Quote batmana 19-8-2017 05:59 PM
staff tk cukup agknye

psl byk peruntukn dh dipotong

aritu dgr staf cleaner skola pn de yg kene bhentikn, psl xde duit

apetah lagi staf cleaner kt spital

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040155 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top