CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

53% Banduan Penjara Sabah Warga Asing

6-8-2014 02:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10610| Komen: 61


KOTA KINABALU: Sejumlah 53 peratus daripada 6,000 tahanan dan banduan yang sedang menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di enam penjara di seluruh Sabah adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Sabah Ab Basir Mohamad.
   
Menurut Ab Basir penjara di Sabah kini menampung jumlah tahanan dan banduan melebihi kapasiti iaitu 5,500 orang dan kos makanan harian bagi setiap tahanan ialah RM8.40.
   
"Sekarang ini, penjara Sabah memang sudah melebihi kapasiti yang ada. Bagaimanapun, kita masih mampu menguruskan banduan yang ada dalam tahanan kita dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini hari ini.
   
Justeru kata Ab Basir bagi mengurangkan kesesakan di penjara, pihaknya sudah bersedia untuk melaksanakan program pemindahan banduan warganegara asing untuk meneruskan tempoh hukuman mereka di negara asal sebaik mendapat arahan daripada kerajaan.
   
Katanya langkah lain yang diambil dalam mengurangkan kesesakan di penjara Sabah termasuk cadangan pembinaan sebuah penjara di Lahad Datu yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini yang boleh menampung kira-kira 1,000 banduan dan tahanan pada satu-satu masa.

Menurut Ab Basir penjara Labuan yang baru beroperasi juga kini menampung kira-kira 400 banduan yang dipindahkan daripada penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
   
Mengenai visi penjara Sabah untuk menjadi penjara bertaraf dunia menjelang tahun 2020, Ab Basir berkata usaha sedang dilakukan bagi mencapai visi itu termasuk dari segi penyediaan kemudahan untuk banduan dan latihan kepada pegawai bagi memperkasa keupayaan pegawai terlibat.
   
Terdahulu pada majlis itu, Ajidin Salleh mengambil alih tugas sebagai Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu daripada Suria Idris yang berpindah ke Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri. Sebelum dilantik Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Ajidin adalah Ketua Seksyen Pemulihan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia. - Bernama


23

Bagus
32

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 5-8-2014 06:35 AM
yang di simpang buwek apo ..hantor ajoh meke balik ....
Quote bluehedgehog 5-8-2014 09:08 AM
sabah ni kan salah satu wilayah mindanao
Quote Simunggu 5-8-2014 09:11 AM
53%....rasanya itu lah juga % penduduk sabah...dah lebih separuh pendatang...
Quote Peterpan17 5-8-2014 09:28 AM
Simunggu posted on 5-8-2014 09:11 AM
53%....rasanya itu lah juga % penduduk sabah...dah lebih separuh pendatang...

Ko ada baca berita last Saturday ni ada dua dogok moginum smp mabuk. Lepas tu si adik pigi slash si abang smp mati. palui punya dogok.
Quote Simunggu 5-8-2014 09:38 AM
Peterpan17 posted on 5-8-2014 09:28 AM
Ko ada baca berita last Saturday ni ada dua dogok moginum smp mabuk. Lepas tu si adik pigi slash s ...

monginum Raya bah tu....
Quote mikasa 5-8-2014 09:42 AM
nak salahkan sapa ?
Quote Peterpan17 5-8-2014 09:51 AM
Simunggu posted on 5-8-2014 09:38 AM
monginum Raya bah tu....

Ini bukan first time gaman. Byk kali sudah. Mmg kaum dogok ni teda kerja lain. Minum,mabuk,gaduh,bunuh2. Ada yg jd homeless sini KL psl IC hilang, ndak dpt cari kerja. Kena halau dari rmh ndak byr sewa. Bila jumpa kaum dia minum lg smp mabuk lepas tu bergaduh. Bagus durang ni antar sana Palestin. Ksh kerja sikit dr buat kerja ndak berfaedah.
Quote BotakChinPeng 5-8-2014 09:58 AM
Baru aku tau
Quote moribb 5-8-2014 11:54 AM
Membazir duit kerajaan jer duk tanggung biawak hidup dlm penjara
Quote mujer_in_espejo 5-8-2014 02:25 PM
x hairan... dari dulu, hingga kini mnyusahkan
Quote bluehedgehog 5-8-2014 08:59 PM


kinabatangan tu dahsyat...
Quote Peterpan17 5-8-2014 09:01 PM
bluehedgehog posted on 5-8-2014 08:59 PM
kinabatangan tu dahsyat...


Melayu?? Sejak bila Sabah ada org Melayu?? Even suku kaum mcm Bajau & Brunei tidak direfer sbg Melayu. Mereka ni direfer mengikut suku kaum masing2. Melayu mana ni?? Melayu suluk kah.
Quote freebird 5-8-2014 09:08 PM
rasanya ramai mereka yang ada IC....
kat semenanjung ni pun, ada juga bila polis buat roadblock ke, buat operasi ke, diaorang rampas je IC biru kepunyaan 'PATI' tu dan hantar mereka tu pusat tahanan pati...
Quote vespa_oren 5-8-2014 09:18 PM
Peterpan17 posted on 5-8-2014 09:01 PM
Melayu?? Sejak bila Sabah ada org Melayu?? Even suku kaum mcm Bajau & Brunei tidak direfer sbg M ...

sbb tu kaum di sabah xbersatu
Quote vespa_oren 5-8-2014 09:19 PM
mujer_in_espejo posted on 5-8-2014 02:25 PM
x hairan... dari dulu, hingga kini mnyusahkan

ko org sabah gak k?
Quote Peterpan17 5-8-2014 09:21 PM
vespa_oren posted on 5-8-2014 09:18 PM
sbb tu kaum di sabah xbersatu


Tak bersatu?? Seingat ingat aku Sabah jd kucar kacir sejak UMNO masuk. Dulu kami takde masalah bergaul dgn lain2 suku kaum. Blh mkn semeja di kedai Fook Yuen atau Thien Thien. Tp skrg ni semua racism yg dibawa oleh agama UMNO menyebabkan rakyat Sabah berpecah belah. itu blm lg masuk kerajaan melebihkan suluk dr rakyat tempatan sendiri. Anak kera di hutan disusukan tp anak sendiri dirumah dibiarkan kelaparan.

Nak ckp bersatu, di semenanjung ni pun berpuak2. Dari sekolah, university smp ke tempat kerja.
Quote munchkin 5-8-2014 09:22 PM
deport balik!
Quote vespa_oren 5-8-2014 09:23 PM
Peterpan17 posted on 5-8-2014 09:21 PM
Tak bersatu?? Seingat ingat aku Sabah jd kucar kacir sejak UMNO masuk. Dulu kami takde masalah b ...

dkt mna tu? tawau? semporna? lahad datu?
Quote Peterpan17 5-8-2014 09:26 PM
vespa_oren posted on 5-8-2014 09:23 PM
dkt mna tu? tawau? semporna? lahad datu?

Apa yg dekat mana?

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041938 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top