CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikala Mcd Diboikot Hebat, Kfc Semakin Meningkat!!

12-8-2014 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9978| Komen: 37

KFC Sasar 15 Peratus Peningkatan Jualan Hasil KFC Tasty Travels

Hong bersama kakitangan KFC menampilkan promosi terkini syarikat itu, KFC Tasty Travels.


KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian restoran makanan segera KFC, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus susulan pelancaran kempen terbaharu 'KFC Tasty Travels'.
Pengurus Besar Pemasaran KFC Kelvin Hong Kim Hoong berkata, sasaran itu dipacu oleh pelbagai kombo makanan yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Kempen KFC Tasty Travels yang berlangsung selama sebulan bermula Isnin, mempromosikan KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan Burger Zinger Green Curry.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kempem memboikot syarikat yang didakwa menyokong rejim Zionis, Hoong menegaskan ia tidak menjejaskan perniagaan KFC. "penjualan produk keluaran KFC masih pada tahap yang stabil dan berjalan seperti biasa.

"Kita tidak melihat kesan daripada kempen tersebut terhadap KFC memandangkan KFC merupakan syarikat konglomerat milik penuh Johor Corporation dan kami tidak membayar sebarang yuran francais kepada KFC Corporation," Hong memberitahu media selepas pelancaran kempen 'KFC Tasty Travels' di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa KFC tidak menyokong sebarang bentuk aktiviti politik. Mengulas kesan jangka panjang boikot itu terhadap KFC, Hong berkata, KFC yang merupakan peneraju pasaran makanan segera di Malaysia yakin mereka akan terus maju.

"Kami telah merancang untuk melancarkan tiga hingga empat kempen menjelang hujung tahun ini. Kesemua kempen tersebut akan mempromosikan makanan Asia," katanya.

Menurut Hong, setakat ini 11,000 pekerja KFC dan 7,000 pekerja Pizza Hut merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di hampir 300 restoran makanan segera itu di seluruh negara.

KFC Malaysia yang beroperasi di bawah jenama QSR Brands merupakan pemegang lesen francais kepada 700 restoran KFC di Malaysia, Singapura, India dan Kemboja.

QSR turut terlibat dalam pengeluaran baka dan ladang kontrak ayam daging, pusat penetasan ayam dan pemprosesan serta pelbagai perniagaan sampingan termasuk pengeluaran sos.


7

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 12-8-2014 03:22 PM
Sama sama kita boikot Kfc pulaa......boleh gitu?
Quote lurve82 12-8-2014 03:23 PM
kfc klu ubah rasa ayam dia xsedap lgsg bg aku...tetap suka yg spicy...
Quote CiliPadiSedap 12-8-2014 03:23 PM
tipu dosa. tidak membayar yuran? jangan sampai akak reveal company report dan audit
Quote xanderz 12-8-2014 03:27 PM
CiliPadiSedap posted on 12-8-2014 03:23 PM
tipu dosa. tidak membayar yuran? jangan sampai akak reveal company report dan audit

cina tipu tidak apa
Quote shamsadis 12-8-2014 03:31 PM
ayam McD dengan ayam KFC lagi sedap ayam McD pliss jangan lahar aku
Quote amyainsamad 12-8-2014 03:33 PM
kfc OR ok....
Quote fredbok87 12-8-2014 03:35 PM
shamsadis posted on 12-8-2014 03:31 PM
ayam McD dengan ayam KFC lagi sedap ayam McD  pliss jangan lahar aku

lidah ko dh immune ni...hahaha....
Quote cah-cah 12-8-2014 03:43 PM
CiliPadiSedap posted on 12-8-2014 03:23 PM
tipu dosa. tidak membayar yuran? jangan sampai akak reveal company report dan audit

reveal je kak cili....agak2 la xbyr yuran francais...

cebisan dari blog http://sozcyili.blogspot.com/201 ... -dan-pizza-hut.html

".....Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat.

Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot....."




Quote CiliPadiSedap 12-8-2014 03:46 PM
cah-cah posted on 12-8-2014 03:43 PM
reveal je kak cili....agak2 la xbyr yuran francais...

cebisan dari blog http://sozcyili.blogspo ...

dekat ssm boleh dpt laporan kewangan kfc. menipu xagak agak..
Quote taji2906 12-8-2014 03:46 PM
kentaki sekarang tak macam dulu2... dulu kalau spicynya memang terasa.. sekarang ni rasa rempah tu kurang.. bagi aku ayam yg rasa sedap spicy kat marybrown... nyum..nyum..
Quote CiliPadiSedap 12-8-2014 03:46 PM
fredbok87 posted on 12-8-2014 03:35 PM
lidah ko dh immune ni...hahaha....

lidah dia dah kena baptis dengan paderi mc donald
Quote fatehana 12-8-2014 03:58 PM
apa2 ajelah
dah lama x makan dan xde plk mengidam nak mkn
anak2 pun xde kata nak makan
so kepsi wat ler apa2 aje statement
Quote Hessa 12-8-2014 04:00 PM
kalau ayam mmg masih suka kfc lg
Quote lucky_peace 12-8-2014 04:12 PM
i klu kfc akan order original recipe je skg, hot and spicy die dah tak macam dulu, huhu.... dah tu, lain branch lain lak rase ayamnye, huhu....
Quote lolali 12-8-2014 04:24 PM
sdap nye ayam. tp kenapa mkin comel je ayam itu? alahai..
Quote ice_sky92 12-8-2014 04:31 PM
shamsadis posted on 12-8-2014 07:31 AM
ayam McD dengan ayam KFC lagi sedap ayam McD  pliss jangan lahar aku

R u kidding?
Quote sixret 12-8-2014 04:33 PM
Sangat jarang makan di fast food sejak kesedaran kesihatan timbul, tapi lebih suka makan di kfc jika diberi pilihan.
Quote kauado? 12-8-2014 04:34 PM
merupakan syarikat konglomerat milik penuh Johor Corporation dan kami tidak membayar sebarang yuran francais kepada KFC Corporation

jgn nak propa boleh x?
Quote fredbok87 12-8-2014 04:34 PM
lucky_peace posted on 12-8-2014 04:12 PM
i klu kfc akan order original recipe je skg, hot and spicy die dah tak macam dulu, huhu.... dah tu,  ...

yes...hot n spicy dh tk manthorps mcm dulu.... better original jek skrg

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056761 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top