Bapa bersyukur Mastura pulang
Seremban: Bapa salah seorang pramugari penerbangan MH17, Mustafa Abdul Samad, 83, mengesahkan anak perempuannya, Mastura, 40, antara 16 mayat yang sudah dikenalpasti. Mustafa berkata, wakil Penerbangan Malaysia (MAS) datang ke rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi Jaya, di sini, semalam, memaklumkan perkara itu. Menurutnya, pihak terbabit turut memaklumkan jenazah anak bongsunya itu akan diserahkan kepada keluarganya pada 1 September depan untuk dikebumikan. "Saya amat bersyukur mengetahui perkembangan terbabit dan berpuas hati terhadap kerajaan yang menguruskan jenazah anak dengan baik sebelum diserahkan kepada kami. "Jenazah Mastura akan disembahyangkan di Masjid Taman Paroi Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Paroi Jaya bersebelahan kubur arwah isteri," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Selain itu, menurutnya, keluarganya sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan MAS sama ada wakil keluarganya akan ke Amsterdam. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218
|
10
Bagus |
17
Marah |
24
Terkejut |
12
Sedih |
24
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT