CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap Kanser

15-8-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5581| Komen: 12

Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap Kanser




PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot memberitahu gara-gara penderitaannya yang menhidap kanser usus tahap dua didedahkan oleh media, dia kini mendapat banyak tawaran berlakon daripada syarikat produksi tempatan yang bersimpati dengan nasibnya itu.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, jadual lakonannya kembali padat sejak Ramadan lalu biarpun sebelum ini hampir dua tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

"Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai penyakit saya disiarkan media.

"Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak," katanya kepada mStar Online.

    
Tambah Enot, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak berhubung keadaan kesihatannya dan selagi terdaya dia akan terus berlakon demi menyara keluarganya.

"Saya tidak mahu menjadikan kanser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya," katanya.

Dalam pada itu, Enot berkata, biarpun sudah berhenti daripada membuat rawatan susulan kimoterapi dan radioterapi bagi melawan kansernya namun keadaannya kini semakin baik selepas beralih kepada kaedah rawatan alternatif.

Jelas Enot, biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur penyakitnya akan pulih.

"Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 9-8-2014 06:56 AM
enot x nak try ke bw watak serius pulak? watak wanita2 teraniaya ke.. lgpun dia ni bukan lawak sgt pun!
Quote hyie 9-8-2014 07:01 AM
baguslah, murah rezeki dia. Tapi penghidap kanser takleh stress selalu nanti sel2 kanser makin aktif. Harap enot enjoy ngan kehidupan dia
Quote drivethru 9-8-2014 08:02 AM
Enot sekarang ni berlakon nampak cpt penat. Watak dia pun dh x agresif mcm dulu. Drama raya dia dgn jasmin hamid aritu nampak yg dia x bergerak byk.
Quote LEGENDARY 9-8-2014 08:25 AM
RatuDunia94 posted on 9-8-2014 06:56 AM
enot x nak try ke bw watak serius pulak? watak wanita2 teraniaya ke.. lgpun dia ni bukan lawak sgt p ...

dah banyak dah watak serius. ko jer ketinggalan ketapi
Quote cruisekeanu 9-8-2014 11:19 AM
Tak nak menyusahkan orang jangan muncul dalam majalah atau suratkhabar cerita
berlakon je di TV
apa le .... propa je sungguh
Quote fazamania 9-8-2014 11:21 AM
adakah betul sakit kanser atau sekadar meraih simpati nak dapat job ?
Quote tomet05 10-8-2014 08:49 AM
aah, kasi try la watak lain kot ..
Quote aufa 12-8-2014 01:10 PM
Antara artis yang kurang cerdik
Quote ninjago 12-8-2014 01:35 PM
Alhamdulillah... dia berbakat ape..
Quote fatehana 12-8-2014 02:09 PM
xkisahlah apa pun
harap dia tabah menempuhi kehidupan dia ni
Quote adlii 13-8-2014 04:40 PM
tak minat,lebih2 lagi selepas tengok masterchef
Quote mattzzx 13-8-2014 05:51 PM
Rezeki yang Allah kurniakan untuk dia....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068799 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top