CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harapkan Sani, Sani Makan Anak

19-8-2014 11:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5240| Komen: 14

Harapkan Sani, Sani Makan Anak





Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah sebaik hukuman dijatuhkan ke atasnya semalam.


TEMERLOH – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas tertuduh mengaku salah merogol anak tirinya berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.

Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhamad Sani 37, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan, di sini dua tahun lalu.

Mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun melahirkan bayi perempuan pada 11 Februari 2013 jam 3.40 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini.

Bapa kandung mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan meminta siasatan dilakukan ke atas bapa tiri mangsa kerana sewaktu kejadian mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya.

Dalam laporan kimia yang diperoleh mendapati tertuduh adalah bapa kepada kandungan yang dilahirkan mangsa dan seterusnya tangkapan ke atasnya dibuat pada 17 Ogos lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nik Rabiatul Adawiah Saupi.

4

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misslauren 19-8-2014 11:40 AM
perbuatan jahat tak mengenal bangsa agama  & umur. kalau dah jahat tu jahat jugak layak dihumban dalam kolam buaya
Quote zamnie 19-8-2014 11:42 AM
tajuk tt mmg tak boleh blahhh....
Quote deanswify 19-8-2014 01:41 PM
sani setan ni
Quote 5229 19-8-2014 01:51 PM
incest dimana2..
Quote nebulagazer 19-8-2014 01:57 PM
2thn br jatuh hukum
Wehhhhhh apa yg slow sgt sistem
Adoi hai
Quote JandaMeletop 19-8-2014 02:05 PM
teringat lagu Bonny M.....

sonny...sonny..sonny..sonny....sonny
Quote kauado? 19-8-2014 02:14 PM
ayoooooo...sampai peknen
Quote nurul_akmar 19-8-2014 07:24 PM
kalau xde bapak dia? agak2 sani ni kena tangkap ke x?
Quote redz85 19-8-2014 08:21 PM
mak dia tunggul ke batu puaka?
Quote letter2 19-8-2014 09:21 PM
dia ni ketua pemuda umno kg ni. prrrffft.
Quote munchkin 19-8-2014 09:24 PM
jahat sangat!
Quote ida88 19-8-2014 09:31 PM
Kejam
Quote leylapple 19-8-2014 09:48 PM
gila..menikah dgn mak, anak pulak di kerjakan...

ingat buy 1 get 2 ker?
Quote bluehedgehog 19-8-2014 09:50 PM
memalukan islam

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.281738 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top