CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Anak Awak Cukup Sifat’ - MH17

21-8-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3216| Komen: 0

‘Anak awak cukup sifat’

Kota Bharu: Meskipun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, ibu pembantu juruterbang pesawat penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Hakimi Hanapi, 29, tetap lega apabila dimaklumkan jasad anaknya cukup sifat.


Noriah Daud, 57, dilapor terharu dan mengucap syukur sebaik mendengar bait ayat ‘anak awak cukup sifat’ oleh petugas yang mengurus jenazah mangsa MH17.

Perkara itu dimaklumkan Noriah kepada ibunya Zaleha Bawal Khan, 73, yang memberitahu semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah cucunya berjalan baik.

“Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya.

ZALEHA (tengah) menunjukkan jenazah cucunya yang diletakkan di dalam keranda.

“Cuma dia ada memberitahu tidak sempat menatap wajah arwah kerana sudah dikafankan, namun tidak terkilan kerana bimbang jika melihat jasad anaknya, dia akan menjadi lebih sedih,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kedai Melor, dekat sini, semalam. 



Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=9

1

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041146 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top