CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Enot Jawab Dituduh Pura-Pura Sakit

26-8-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18280| Komen: 89

Enot terkejut apabila dituduh sengaja mengada-adakan cerita mengenai penyakitnya.
   

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot berasa kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja berpura-pura sedang bertarung dengan kanser usus yang kritikal.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, dia terkejut dengan tuduhan itu apabila ada pihak berkata kansernya berada pada tahap empat sedangkan ia baru pada tahap dua.

"Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.

"Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak.

"Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya," kata Enot dengan nada kesal kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan seorang artis dikatakan menipu kononnya dia sedang sakit kanser tahap empat dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan baiknya apabila artis berkenaan masih dilihat sihat dan mampu bekerja.

Keadaan itu membuatkan rakan-rakan baiknya itu mula menjauhkan diri daripada artis itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka menipu.

Lebih pelik lagi, rakan-rakan artis itu turut mempertikaikan sebab-sebab dia enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya lebih percayakan rawatan tradisional.

Sementara itu, Enot berkata, sepatutnya keputusan enggan menerima rawatan di hospital perlu dihormati kerana dia mempunyai sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.

"Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.

"Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga. Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui," ujarnya.

Dalam pada itu, Enot mengakui, sejak dia sakit, teman-teman baiknya semakin menjauhkan diri daripadanya dan dia terpaksa menerima hakikat itu.

Malah dia bersyukur, tanpa bantuan daripada sesiapa pun, kudratnya masih kuat untuk menguruskan perniagaan kek selain menjahit manik pada tuala dan pakaian.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.

"Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri," tegasnya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 25-8-2014 01:43 AM
Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun.


WPH punya reporter.. tak logik dan tak buat research

Kawin tahun 2008, anak HASIL PERKAHWINAN umo 13 tahun??? Ingat neh bradpit dgn angie jolie ka??

Tulis la Andriana tuh hasil perkahwinan Enot yang terdahulu.. bodo jeh melantun2 wartawan pondan homoseksual kat malaysia neh
Quote beta_carotene 25-8-2014 01:45 AM
anyway Enot be strong and keep your spirits high for your daughters
aku sangat menyampah kalau kau tunjuk attitude give up dan merajuk tak tentu hala
Quote melinda_kerr 25-8-2014 01:48 AM
Kesian pula.. Tabahla Enot. Tu semua ujian darinya..hati hatilah dlm memilih kawan
Quote AcikLijah 25-8-2014 02:21 AM
beta_carotene posted on 25-8-2014 01:43 AM
WPH punya reporter.. tak logik dan tak buat research

Kawin tahun 2008, anak HASIL PERKAHWINAN ...

mcm x besa.....
Quote DennisTrillo 25-8-2014 02:38 AM
tumpang simpati pd ibu tunggal...takziah enot

Quote MissLibra 25-8-2014 03:06 AM
habis bekas laki dia dulu tengok aje ke sperma dia dibesarkan oleh bekas bini yang sakit? Lahanat sangat ...
Quote membesar 25-8-2014 03:24 AM
colon cancer stage 2 ke? hmm. even stage 4 pon prognosis to be cured is 45%. tapi nak buat macam mana. da orang tak nak berubat dengan doktor.
Quote chempaka_ku 25-8-2014 05:24 AM
masih tak mau berubat modern ke?  jangan mengesal dah le..........
Quote misslinkpk85 25-8-2014 05:28 AM
enot, ada pakcik aku sakit kanser usus tahap 1 n dh kimo sume tu. Lepas 2 tahun check balik dia dah bebas kanser. Alhamdulilah.  Tapi ape2 keputusan di tangan enot. Be strong k
Quote nadieya 25-8-2014 06:46 AM
moga enot tabah membesarkan anak2nya...
iolz heran la jenis laki tak keja ni...
tak rasa apa2 ke bila x tanggung anak2..
kesian budak2 tu
Quote fifie_olin 25-8-2014 08:16 AM
MissLibra posted on 25-8-2014 01:06 AM
habis bekas laki dia dulu tengok aje ke sperma dia dibesarkan oleh bekas bini yang sakit? Lahanat sa ...

aku tgk bekas laki dia yg
Quote hanuma 25-8-2014 08:24 AM
bertabah ye enot
Quote setankuning 25-8-2014 08:59 AM
ye lah enot
dalam idup kau ni, orang lain sume salah.. kau sorang je betol

doktor salah
kawan2 salah
bekas laki salah
semua lah salah

ok kau menang
teruskan makan cendawan kultur
Quote apiang 25-8-2014 09:53 AM
membesar posted on 25-8-2014 03:24 AM
colon cancer stage 2 ke? hmm. even stage 4 pon prognosis to be cured is 45%. tapi nak buat macam man ...

ni mesti xda duit la tu nak bayar bil hspital..mana nak tanggung ank2 lagi, mana nak bayar kos hospital lagi, kalo enot ni kaya harus la dia g buat rawatan kot....

#prayforenot
#donate
Quote pichee 25-8-2014 09:59 AM
laki yg bru ni lari ikut indon...x gne btl..

wartawan ni..memanjang ralat...dh la salah info...kecian enot...ptt saman je..
Quote lylea 25-8-2014 10:04 AM
bertabahlah.. org yg sakit selalunya emosi x menentu
Quote bambimbom 25-8-2014 10:05 AM
Bile dia ckp kwn2 baik sume menjauhkan diri aku teringat plak didie..  kwn baik dia kan tu... baik lagi ke?
Quote mitnick 25-8-2014 10:11 AM
kwn2 pon kne phm, org sakit nie emosi bukan stabil mcm org xsakit... sakit kanser nie lagilah xbole stress2 sgt
Quote skymania 25-8-2014 10:27 AM
Alu x stuju btol die trus menafikan hospital.. Mcm menanti mati plak.. Anak2 nanti mcm mana???

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066846 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top