CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Didie Alias Akui Hubungan Dengan Enot Renggang

29-8-2014 03:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19061| Komen: 70

Didie Alias Akui Hubungan Dengan Enot Renggang


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Didie Alias mengakui hubungan baiknya dengan pelawak Enot agak renggang sejak akhir-akhir ini berikutan kedua-duanya mempunyai komitmen masing-masing.  

Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia masih mengambil tahu tentang keadaan semasa teman rapatnya yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser usus.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia," ujarnya kepada mStar Online.

Enot mengakui terasa hati apabila ramai teman baik mula menjauhkan diri.

Didie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Enot di mStar Onlinepada Isnin lalu bahawa teman-teman rapatnya mula menjauhkan diri dan mengelak daripada berkawan dengannya.

Ia berikutan laporan di ruangan pojok di akhbar mingguan lalu yang mendakwa ramai rakan baik yang tidak tahan dengan sikap Enot yang tidak bercakap benar terutama hal berkaitan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Didie berkata, kemungkinan keadaan kesihatan Enot yang sedang berhadapan penyakit kritikal itu membuatkannya mudah berkecil hati dan sering berfikiran negatif.

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang dakwaan yang mengatakan pelawak itu berpura-pura sakit, Didie berkata, perkara tersebut hanya Enot dan Allah sahaja yang lebih tahu.

Katanya, dia hanya mendoakan yang terbaik dan berharap pelawak itu terus tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

"Sakit itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya, mungkin juga dia melindungi penyakit yang sedang dihadapi untuk membuatkan orang gembira.

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-8-2014 02:24 AM
bagus didie ni. suka ngan dia.
Quote CrowneGlory 27-8-2014 02:25 AM
Sakit kanser bole plak main tipu2...

btw .. Subur betul didie ni... Susun paku anak2 dia..
Quote cmf_blingblings 27-8-2014 02:29 AM
Berlapik dan jujur cara Didie bercakap
Quote gekgucekgi 27-8-2014 02:31 AM
so kawan baik sheols ni sakit betoi ke sakit main2?
Quote taikpekatt 27-8-2014 04:18 AM
McM main2 pn ada sbb nk dpt attention. Aku ada kawan McM ni. Ckp ada kaser usus la. Klau dpn jantan, dia keluarkan smua ubat klinik dia. Bodoh. Padahal sekali pn x pernah aku nmpk dia mkn ubat. Depan jantan buat2 nk pitam la. Nk muntah la. Nak attention lebih. Btw kwan aku ni pn fizikal McM enot.
Quote stars83 27-8-2014 06:54 AM
kadang2 tpikir gak,adakah enot ni buat2 sakit sbb nak raih simpati org,yelah..aku tgk dia ni makin debab je..ada kwn iols ni,pun kanser usus gak,tp 1st stage lah,dari dia badan berisi,skang dh kurus melidi dh,mana x kurus,selera mkn xde,mkn pun kna bpantang..
Quote 247 27-8-2014 07:45 AM
Mase tgk hlive ape kata malaysia tu ..Iolss tertanye gak btul ke atau sekadar meraih simpati? Kalo btul Iolss doakan moga cepat sembuh..

Quote fifie_olin 27-8-2014 07:47 AM
sebijik ikot muka didie baby dia ni...
Quote watachiwa 27-8-2014 07:57 AM
kalo dr segi logik kanser usus mmg jadi kurus melidi tu hah.. tahap 4 dah teruk..
dia ni konon2 tahap berape?
kalau tak betol mohon Enot mengaku supaya tak dikeji org

sebab member aku arwah laki dia masa ade kanser usus tahap awal2 dia blh makan lagi. dah masuk stage 4 mmg x leh mkn lgsg. badan tinggal tulang je la.. makan muntah..
duk terbaring je atas katil..
Quote MerryPropa 27-8-2014 08:26 AM
CrowneGlory posted on 27-8-2014 02:25 AM
Sakit kanser bole plak main tipu2...

btw .. Subur betul didie ni... Susun paku anak2 dia..

Lama tak dengau susun paku...
Quote wookiehoney 27-8-2014 08:33 AM
suka jawapan kak didie.
kalau baca pun tak rasa sakit hati


Quote schababe 27-8-2014 08:44 AM
mungkin ke sbbtu sheols xnk g hosp..
sbb sebenar mmg xsakit??
enot lebih mengetahui..
Quote maxim 27-8-2014 08:45 AM
iols harap enot mmg btol2 sakit kanser..




eh len mcm plak harapan camni..
Quote setankuning 27-8-2014 09:08 AM
orang tu sibuk berpantang kot
saja je nak laga2 kan

enot tu kalo kuar stetmen mmg cam harom.. tu pasal orang speku
tak pasal nama didi terpalit mcm la dia tu kawan yang tak baik
sib baik didi terel jawab
Quote cupu 27-8-2014 09:09 AM
Aku ppun pk mcm korang.kanser usus sakit nak mkan.sm cam arwah ayah aku.tp dia kanser osofagus.doktor kata lebih kurang.salur makan tu sempit.memang xleh mkn la.smpai kurus kering.
Klu enot tipu enot memang brilliant utk raih simpati n job.hehe
Quote biozipstar 27-8-2014 09:14 AM
kalau propa pun aku caya  muke xleh caye kikiikiki ... kawan aku dulu tipu sakit buah pinggang untuk raih simpati. konon buah pinggang tinggal sebelah.. ptuihhhh... tapi sampai arini masih idop..
Quote LeckaLempicka 27-8-2014 09:22 AM
maxim posted on 27-8-2014 08:45 AM
iols harap enot mmg btol2 sakit kanser..

kejamnya harapan u olls nokk...
Quote LeckaLempicka 27-8-2014 09:23 AM
taikpekatt posted on 27-8-2014 04:18 AM
McM main2 pn ada sbb nk dpt attention. Aku ada kawan McM ni. Ckp ada kaser usus la. Klau dpn jantan, ...

dah tua bangka pun attention seeker ke?
Quote tomet05 27-8-2014 09:27 AM
tahniah la didie dengan baby baru tuh

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.232385 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top