Panggil Bomba Pindah Pesakit Obes 280kg Di Penang ANGGOTA bomba memberi bantuan kecemasan kepada M Balagi ketika dibawa turun dari wad untuk dihantar ke rumahnya.
Georgetown: Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram. Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam. Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba. Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan. Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah. “Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya. “Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah,” katanya. Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim. Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu. Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
|
19
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
setokinpurple posted on 6-9-2014 08:50 PM
macam2 tugas bomba skrg
lagipon kebakaran bukan hari2 berlaku.
dubuk posted on 6-9-2014 08:58 PM
kalau saya tak workout lebih dari tiga hari, badan akan rasa tak best
tak faham bagaimana orang b ...
raxief posted on 6-9-2014 02:40 PM
kalau obese tahap mcm ni sbnrnye consider penyakit ke bukan penyakit?
bnyk gak aku jumpe org kuat ...
GhostWalking posted on 6-9-2014 11:08 PM
Ye penyakit.Food addiction atau ada metabolic syndrome etc etc kena doktor yang sahkan.Yang boroi ...
raxief posted on 6-9-2014 03:23 PM
maksudnya keadaan morbid obesity ni bukan 100% salah pesakit la ye ? kesian juga
skymania posted on 6-9-2014 09:10 PM
tingat citer what's eating gilbert grape.. leonardo ngan johnny depp..
mak derang kene baka ...
ADVERTISEMENT