Saham Apple Dan Pembekal Komponennya Jatuh
Menjelang penutupan tengah hari, bursa Tokyo turun 0.35 peratus, Sydney susut 0.88 peratus, Shanghai turun 0.64 peratus manakala Hong Kong susut 1.44 peratus. Bursa Seoul ditutup kerana cuti umum. Pada penutupan malam tadi, Indeks Dow Jones jatuh 0.57 peratus dan S&P500 jatuh 0.65 peratus manakala Nasdaq jatuh 0.87 peratus. Saham firma yang membekalkan komponen kepada Apple jatuh selepas pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6+ dengan skrin lebih besar, jam pintar serta sistem pembayaran baharu. Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata telefon pintar itu adalah 'kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone', pelabur bagaimanapun tidak begitu tertarik. Saham Apple ditutup turun 0.4 peratus. Harga saham Japan Display jatuh 1.8 peratus, Foster Electric susut 0.6 peratus manakala di Taipei, Taiwan Semiconductor Manufacturing Corp jatuh 1.6 peratus manakala pengeluar skrin, Largan Precision jatuh 1.2 peratus. Ketua Pegawai Pelaburan BMO Private Bank Amerika Syarikat (AS), Jack Ablin, berkata pelabur nampaknya agak kecewa. "Pelabur mengharapkan produk 'game changer' daripada syarikat ini (Apple), justeru mereka agak kecewa bila keadaan itu tidak dicapai," katanya. - AFP
|
18
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
obelisk posted on 11-9-2014 02:53 PM
SWISS WATCHMAKER: The Apple Watch Looks 'Like It Was Designed By A Student'
Apple's long-awaited ...
dino posted on 11-9-2014 06:38 PM
korang lupa sejarah ipad...
http://www.businessinsider.com/here-are-tk-dummkopfs-that-thought- ...
ADVERTISEMENT