CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangla Tergelincir Dalam Tong Minyak

19-9-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4375| Komen: 9

Bangla Tergelincir Dalam Tong Minyak


Pekerja warga Bangladesh ini bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki berisi cecair tar.


KUALA BERANG -Malang tidak berbau! Seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki minyak berisi cecair tar, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja di sebuah kuari di daerah ini terpaksa berendam dalam takungan cecair tar itu selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan setelah jeritannya didengari rakan sekerjanya.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang melakukan kerja penyelenggaraan bagaimanapun ketika cuba mengambil peralatannya yang terjatuh ke dalam tangki berisi cecair tar tersebut dia tergelincir dan turut tercampak ke dalam tangki.

Menurut sumber, mangsa menjerit meminta tolong beberapa lama sebelum pekerja lain menyedari kejadian itu dan berusaha membantu mengeluarkan mangsa.

“Pekerja warga Bangladesh ini dibawa keluar menggunakan tali yang diikat pada sebuah jengkaut kerana usaha awal membantu dengan cuba menariknya ke atas tidak berhasil.

"Ketika dia berjaya ditarik keluar, dia begitu keletihan serta tidak bermaya. Malah, seluruh tubuhnya dipenuhi tar seperti orang minyak," katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Salim Mansor berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian itu yang memaklumkan ada seorang lelaki terjatuh dalam tangki minyak.

“Pihak kami menerima panggilan jam 10.02 pagi dan bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

"Sebaik tiba di sana didapati mangsa telah dibawa keluar oleh rakan sekerjanya daripada tangki tersebut," katanya.

8

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 18-9-2014 08:38 AM
tajuk ko tt pening aku baca...
Quote gaara_X 18-9-2014 08:51 AM
kesiannya....bayangkan ler cam ne dok lam plumbum like it.....pergh!!
Quote Tok_Batin 18-9-2014 08:55 AM
Tajuk tak menahan....
Quote Vellfire 18-9-2014 08:57 AM
aisehhh mcm manalah boleh termasuk ke dalam tu
Quote qronaldo7 18-9-2014 09:21 AM
lelah aku bce tajuk tu
Quote prettyuglybabe 18-9-2014 09:42 AM
kasihan dia. bertungkus lumus mencari duit.
orang kita masih lagi dok mengharap bantuan datang

tapi jangan samakan nasib rakyat sendiri dengan pekerja asing katanya
Quote skycrew 18-9-2014 10:11 AM
peh nasib baik bukan tar yang panas tu
Quote Sasha 18-9-2014 10:33 AM
prettyuglybabe posted on 18-9-2014 09:42 AM
kasihan dia. bertungkus lumus mencari duit.
orang kita masih lagi dok mengharap bantuan datang :diz ...

setuju dgn you babe.
Quote raxief 18-9-2014 11:14 AM
kesian dia.. agaknye banyak tertelan minyak tu..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047636 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top