CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Den Wahab Tidak Halalkan Rm15,000 Dipinjam Nd Lala

23-9-2014 03:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43598| Komen: 343

Den Wahab Tidak Halalkan Rm15,000 Dipinjam Nd Lala

Den Wahab (kiri) yang merupakan pengusaha pakaiann Baju Melayu pernah menjadi sahabat baik ND Lala.



PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi  di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.



Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52,  cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.  

8

Bagus
11

Marah
12

Terkejut

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 23-9-2014 07:04 AM
Wow.. sesi mencari bahan untuk menghentam Shilala bermula.. bertabahlah dik non Nd lala pun patutnya bayar balik hutang, bukan skit tu.. banyak
Quote rbmy 23-9-2014 07:08 AM
Haha nasib shrnaz tak ambil ko jd mertua nd lollol
Quote kucing_gebu 23-9-2014 07:10 AM
anak beranak spesies kacang kah??????
ke mana tumpahnya kuah kacang kalau x ke nasi impit...huhuhuhu
Quote mat_arof 23-9-2014 07:27 AM
Melayu mudah lupa

Abak beranak sama perangai

Cis.... Bengong
Quote RatuDunia94 23-9-2014 07:30 AM
ayoo... adakah wartawan g korek kat retis2 yg pernah berhutang dgn kerabat ND Lala?
sbb rasanya cite ni dh pernah keluar....
jgn2 sesekali menhencap wartawan cuollss...

ayooo x tahu....
Quote mizzmimi 23-9-2014 07:39 AM
ayo.. cakap pandai ayat bersusun..
mana mau letak muka sekarang?

pantang kena kritik sikit and pantang pulak orang bagi reminder
kang cakap me-layu lah dengki kat dia lah nak jatuhkan dia lah..
apa pun tak boleh..
Quote famri7 23-9-2014 07:42 AM
Zaman kejatuhan shilalat dgn ndlala si muka java...bertabahlah korang anak beranak pprt.
Quote Santeira 23-9-2014 07:46 AM
shila ni overrated je bagi aku. so PRC suka dia, dia still so so je pada pendapat aku.

Quote kucen_miang 23-9-2014 07:46 AM
14 tahun punya cerita, kenapa sekarang baru kompang?
Quote sueism 23-9-2014 07:51 AM
14 tahun dulu?? why now ???
kenapa tak mintak dari dulu?
Quote enchikfitz 23-9-2014 07:53 AM
cerita lama dikorek balik. Mcm2 wartawan ni nak jatuhkan reputasi org.
Quote cmf_premierleag 23-9-2014 07:53 AM
Bertabah lah anak beranak ni
Yg nd lala ni pun satu, ko dh kaya pi la byr utang tu
Buat2 lupa lak
Quote mrsLucky 23-9-2014 07:54 AM
kucen_miang posted on 23-9-2014 07:46 AM
14 tahun punya cerita, kenapa sekarang baru kompang?

Before ni ada pernah keluar but trus senyap..i tot dah bayar...rupa2nya masih berhutang..i think he kena tanya wartawan yang mungkin tengah kecik ati with Shila

Quote maxim 23-9-2014 07:57 AM
sueism posted on 23-9-2014 07:51 AM
14 tahun dulu?? why now ???
kenapa tak mintak dari dulu?

cite psl hutang ni dah penah kluar dlu2..x ingt taun bile

lgpon hal hutang ni mesti la den wahab kalau bleh nak setel personal...maybe dah x tahan sgt tu yg kluar media. lg plak skang kes shila gado ngan media..tu yg media ttiba gi korek cite lama hal bapak die
Quote zafira 23-9-2014 08:02 AM
apalah... duit dah banyak pun xnak bayar hutang...bayar jelah... kata dah jadi jutawan...
Quote ladyxez 23-9-2014 08:12 AM
I pun pelik lah knp org yg berhutang selalu liat nak bayar , lepas tu menunjuk2 kengkonon diri kaya di fb bagai
Quote fifie_olin 23-9-2014 08:14 AM
jgn main2 dgn utang...
skg ND lala ni x kena lg..
tggu esok lusa...
si den wahab ni pon satu ...rajin2 la solat hajat mntk ND ni lembut hati nk byr utang...
kalo ke hulur hilir tagih utang x kn mendapt gak
Quote makneng 23-9-2014 08:17 AM
haiyo...boleh pulak si peminjam tido aman2 tiap2 malam ek? rm15k tu..kalau aku nangis nak membayor
Quote xtw 23-9-2014 08:17 AM
bnyk tu 15 ribu..

Lihat semua komen(343)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.115523 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top