Amyza Dan Didie Berpatah Arang
Semuanya gara-gara mulut kononnya ada yang membomoh dan menyantau antara satu sama lain. Isu yang timbul sebelum in turut membabitkan Ifa Raziah. Itu cerita lama. Selepas mendapatkan kenyataan seperti disiarkan sebelum ini dan tahu kedudukan sebenar, khabarnya Didie Alias dan Amyza Aznan yang berkawan rapat sebelum ini, berusaha untuk berbaik-baik. Jadi, Cik Pang ingatkan tentulah mereka berdua kini tiada masalah dan berkawab baik. Tapi yang berlaku pula sebaliknya. Sumber rapat kepada dua sahabat ini memberitahu Cik Pang, Amyza dan Didie sekarang sudah berpatah arang berkerat rotan. Apatah lagi Amyza didakwa sering menjaja cerita buruk dengan tujuan menyakiti hati Didie. Terbaru kata sumber, Didie berasakan Amyza menjaja cerita buruknya pada teman-teman artis lain apabila mereka dilihat dingin setiap kali bertemu dan tidak mesra seperti selalu. Apa yang membuatkan Didie lebih terasa hati apabila Amyza memuji dan mengucap tahniah kepada bekas suaminya, Ridzuan Hashim apabila anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak itu mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian. Didie mempersoalkan tindakan Amyza yang sebelum ini sangat tahu dialah yang membesarkan anak-anak sehingga berjaya. Perkara itu membuatkan Didie sangat sedih memandangkan sebagai sahabat karib yang tahu keperitan hidup yang dilaluinya sebelum ini dalam membesarkan anak-anak, Amyza seharusnya lebih sensitif dan peka. Kata sumber itu, Didie tidak faham mengapa Amyza harus bersikap begitu padanya sedangkan sebagai kawan dia tidak pernah sekali pun cuba menyakiti apatah lagi menganiaya pelakon itu. Menurut sumber, Didie tidak kisah sekiranya Amyza tidak lagi mahu bersahabat dengannya tetapi janganlah berdendam sehingga cuba menyakiti dan menghasut orang lain.
|
exclusive_vvip posted on 21-9-2014 09:46 AM
klau btol amyza ckp gitu, mmg agak x patut la...apalah salahnya kalu wish tahniah utk didie sekali.. ...
ADVERTISEMENT