CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shahrol Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem

24-9-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14817| Komen: 49

Shahrol Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem 

Shahrol mengakui dia kini masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.


PETALING JAYA: Anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol menafikan gosip kononnya dia kini sedang bercinta dengan bekas finalis program Projek Metro iaitu Iera Fakhira, 24 tahun.

Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 30, bagaimanapun tidak menafikan mengenali wanita berkenaan namun hubungan mereka sekadar teman biasa.

"Saya kenal Iera tetapi gosip mengatakan kami bercinta itu tidak benar dan hubungan kami sekadar kawan biasa sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iera atau nama sebenarnya Nurfakhira Che Abdul Muhsin, 24, adalah anak tiri kepada penyanyi Saleem (Iklim) iaitu anak kepada isterinya, Juriah Bachok dengan suami terdahulu.

Dalam pada itu, Shahrol memberitahu, dia dan Iera sudah lama tidak bertemu ekoran wanita berkenaan kini tidak berada di dalam negara kerana bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Jelas Shahrol, gosip kononnya dia bercinta dengan Iera tidak perlu diperbesarkan kerana tidak wujud sebarang hubungan cinta di antara mereka.

"Tiada apa-apa pun, kawan sahaja. Tambahan pula dia kini tidak berada di Malaysia kerana bertugas sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

"Sebelum ini dia adalah pramugari syarikat AirAsia. Kami pun sudah lama tidak berhubung di antara satu sama lain," jelasnya.

Sementara itu, Shahrol memberitahu, dia kini masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman wanita kerana sibuk dengan kerjaya seninya sebagai pelawak.

"Belum ada sesiapa lagi kerana tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal peribadi dan fokus saya kini adalah berkaitan kerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrol berkata, dia kini sibuk rakaman program Sukalattew di Astro Warna selain terlibat dalam Super Spontan bersama seorang lagi ahli Shiro iaitu Ajak.

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sakurazura 24-9-2014 12:57 AM
Xminat. Xboleh tengk cite yg ade muke die ni.terus tukar channel. Xtau nape
Quote m0g 24-9-2014 01:35 AM
sakurazura posted on 24-9-2014 12:57 AM
Xminat. Xboleh tengk cite yg ade muke die ni.terus tukar channel. Xtau nape

Ntah. Sendu gile kot mamat  ni. Pelis lah jgn muncul lagi kat tv. Ko tak lawak hokey
Quote tanganbercakap 24-9-2014 01:49 AM
mase shiro dalam raja lawak lagi ingatkan die ni dah kawen...
Quote apiang 24-9-2014 03:55 AM
mana gambor ank tiri salim tu..kamon..tepek le
Quote myrustyme 24-9-2014 04:30 AM
nk tgk gambar minah ni.. tp sharol ni lawak ni asyik ulang2 je..
Quote maxim 24-9-2014 04:35 AM
myrustyme posted on 24-9-2014 04:30 AM
nk tgk gambar minah ni.. tp sharol ni lawak ni asyik ulang2 je..


Quote drivethru 24-9-2014 04:38 AM
Emmmmm..... Fak sgt.
Quote tepisket.. 24-9-2014 07:32 AM
Ingtkn anak btul, tkjut gk baca abdul muhsin tu
Quote ellynorman 24-9-2014 07:43 AM
tanganbercakap posted on 24-9-2014 01:49 AM
mase shiro dalam raja lawak lagi ingatkan die ni dah kawen...

Dah pernah kawen... Dan dah bercerai pon.. Ada anak sorang....
Quote star_anisse 24-9-2014 08:11 AM
mak mentua kata dia dh bertunang masa raya lepas dgn org kluang gak..  tp kt atas mengaku masih solo & tidak mempunyai teman wanita plak.. entahhhh. whatever la shahrol.
Quote WawaRaRa 24-9-2014 08:11 AM
sakurazura posted on 24-9-2014 12:57 AM
Xminat. Xboleh tengk cite yg ade muke die ni.terus tukar channel. Xtau nape

sama la... aku pon x leh tgk muka dia ni... dulu aku suka jer tgk dia ni... pas dia cari pasl ngan jap aku rasa dia sesuatu... trus aku cam tak leh tgk muka dia... klu apa2 rancangan ada dia confirm2 aku tak kan tgk...
Quote WawaRaRa 24-9-2014 08:11 AM
tanganbercakap posted on 24-9-2014 01:49 AM
mase shiro dalam raja lawak lagi ingatkan die ni dah kawen...

mmg dia da kawen... n da cerai... ada threads kat cni dulu...

Quote ellynorman 24-9-2014 08:31 AM
star_anisse posted on 24-9-2014 08:11 AM
mak mentua kata dia dh bertunang masa raya lepas dgn org kluang gak..  tp kt atas mengaku masih solo ...

Siyesly... Jadik jugak dengan budak tu....
Quote lis_miranda 24-9-2014 08:37 AM
masa buat persembahan lawak warna hari tu,si ajak ada buat lawak(bukan ke datuk ko,tak suka ko?) masa dorang selak gambar jep tu...kira macam sindiran la tu apa yang berlaku dulu...ada pernah baca kat paper kot, kata sharol,dia dengan jep dah ok..tapi tak tau lah..betul ke tak...kalau dah ok,baguslah..
Quote star_anisse 24-9-2014 09:48 AM
ellynorman posted on 24-9-2014 08:31 AM
Siyesly... Jadik jugak dengan budak tu....

ntah la.. ms blk raya aritu mak mentua kata raya ketiga aritu bertunang nye.. ngan budak kampung paya. shahrol ni budak kg tengah kot..

Quote katakau 24-9-2014 09:51 AM
mujibur mari~..mujibur mari~..
Quote Mierafaziera 24-9-2014 09:53 AM
sakurazura posted on 24-9-2014 12:57 AM
Xminat. Xboleh tengk cite yg ade muke die ni.terus tukar channel. Xtau nape

sama le dengan aku.... tengok track record dia teruih tak boleh hadam dengan muka dia..muka takde seri pun dia nih, banyak buat hal dengan x bini dan anak kot!!!
Quote hanie_z 24-9-2014 09:59 AM
Shahrol ni selalu sangat wat lawak tiru Jep, mane la xtimbul isu gaduh.
Tapi dengar2 dah ok sekarang, ntah leee..
Quote soraya 24-9-2014 10:16 AM
maxim posted on 23-9-2014 09:35 PM

projek metro ni program aper nokkss??....takpela sesuwai je pompuan ni dgn shiro....kehkehkeh

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047645 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top