Jasad Meling tiba di Bintulu
BINTULU: Jasad Meling Mula, antara mangsa nahas pesawat Pener-bangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 12.50 tengh hari ini (Jumaat). Pemangku Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Bintulu Walter Sideu berkata, raptai penuh bagi me-nyambut ketibaan mayat mendiang diadakan sehari awal daripada tarikh ketibaan bagi membolehkan sambutan khas dapat dijalankan dengan lancar mengikut protokol ditetapkan. “Sambutan bermula dengan ke-tibaan mayat di Lapangan Terbang Bintulu seterusnya dibawa ke Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan sebelum dikebumi pagi esoknya (Sabtu) di Tanah Perkuburan BDA Batu 2, Jalan Sultan Iskandar,” kata-nya kepada media sebelum ini. Selain Meling, jenazah Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, 13, ahli keluarga terakhir Allahyarham Tambi Jiee yang terkorban dalam tragedi MH17 juga akan diterbangkan ke ibu negara Jumaat ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan akhbarnya berkata, penghantaran jenazah rakyat Malaysia itu pada 3 Oktober ini merupakan penghantaran keenam dan dijangka tiba pada jam 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta diberi penghormatan tentera sepenuhnya.
Jenazah Allahyarham Muhammad Afruz akan tiba bersama mayat Meling, Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen dan Mathew Ezekial Sivagnanam. Kini seramai 42 rakyat Malaysia, mangsa nahas MH17 dikembalikan kepada waris masing-masing dan 27 penumpang serta 15 anak kapal rakyat Malaysia telah dikenal pasti. Dalam pada itu, isteri mendiang, Simbut Kedit berkata sejurus selepas tiba di Bintulu, jasad suaminya itu akan dibawa ke kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Tanjung Kidurong seterusnya akan ditempatkan di Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan bagi urusan penghormatan terakhir. Beliau menyatakan kesyukuran kerana akhirnya jasad suaminya itu dapat dibawa balik ke Bintulu. Begitupun, Simbut meminta kerjasama media supaya menghormati privasi keluarganya dengan tidak membuat sebarang liputan. Namun media dibenarkan membuat liputan di Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan. Mendiang Meling merupakan pekerja luar pantai di Venezuela untuk syarikat perancah yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas dua tahun enam bulan di luar negara. Beliau berasal dari Betong manakala Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian, mempunyai tiga anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8. Pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilapor ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada jam 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis 17 Julai lalu di timur Ukraine. Penerbangan itu dijadual tiba di KLIA, Sepang pada jam 6.10 pagi Jumaat, keesokan harinya (waktu Malaysia). Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=832822
|
16
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
17
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT