CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bertudung Perlu Ikhlas...Alhamdulillah - Rohana Jalil

10-10-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21263| Komen: 77

Bertudung Perlu Ikhlas...Alhamdulillah...






AGAK lama tidak membuat sesi fotografi, namun Rohana Jalil tidak kekok malah mampu memberi senyuman manja dan posisi yang menarik untuk dipotretkan oleh jurufoto Hits. Sesi ini diadakan sempena Hari Raya Haji termasuk menebak kisah kehidupan terkini penyanyi ini setelah memilih untuk tampil bertudung.


Membuat keputusan berhijab penuh ketika usia hampir mencecah 60 tahun, bukan sesuatu yang sukar buat Rohana Jalil. Pada usia berapa seseorang itu membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya, itu bukan persoalannya. Soalnya adalah, sejauh mana perubahan itu dilakukan dengan keikhlasan diri sendiri? Itu hal yang sangat penting baginya.


“Saya bertudung kerana sudah bersedia, saya buat dengan hati yang penuh ikhlas. Niat untuk berhijab itu memang sudah lama malah penampilan sebegini sudah lama. Setiap kali menghadiri majlis bercorak keagamaan, maka saya bertudung, bukan sesuatu yang luar biasa pun.

“Cuma, sebelum ini, saya akan bertudung mengikut keadaan dan suasana majlis. Waktu itu, hati saya belum tergerak untuk memenuhi tuntutan sepenuhnya jika diluar acara-acara keagamaan.

“Sekarang, Allah sudah bukakan pintu hati saya. Pada 17 September lalu, bersempena ulang tahun perkahwinan bersama suami saya, Jangir Khan, Allah bukakan pintu hati hamba-Nya ini.

“Boleh saya katakan ini adalah hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang paling bermakna," katanya sambil tersenyum manis, sifat peribadinya yang tersendiri.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rayuanku itu memberitahu, dia tidak mahu hiporkrit dan memakai hijab hanya kerana dipaksa oleh keadaan. Dia mahu benar-benar bersedia zahir dan batiniah.

“Saya tidak mahu perubahan ini menjadi sesuatu yang sia-sia, biarlah ia dengan niat yang bersih dan kesungguhan kita sendiri, bukan dibuat-buat, bukan mengikut trend atau sebagainya," ujarnya yang mengakui suaminya merupakan insan yang paling gembira dengan keputusan tersebut.

Bersyukur kerana ketenangan hadir pada setiap masa dan ketika, perubahan yang dilaluinya itu juga bukan disebabkan paksaan oleh mana-mana pihak.
Jika biasanya seseorang artis akan bercerita tentang penghijrahan mereka disebabkan oleh hidayah yang tiba-tiba datang seperti diperoleh melalui bermimpi dan kejadian-kejadian tertentu, itu tidak berlaku kepada Rohana.

“Saya tidak mendapat apa-apa petanda pun. Mimpi tentang benda pelik-pelik pun tak ada. Semuanya kerana keinginan diri-sendiri semata-mata.
“Keputusan saya berhijab semata-mata untuk diri sendiri. Kalau tidak berhijab penuh sekarang, saya tidak tahu bila lagi hendak berbuat demikian," katanya.

Pertikaian
Bertudung tatkala di usia tua, Rohana mengaku ia benar-benar memanfaatkan erti menutup aurat.
Bagaimanapun, tegas Rohana, dia tidak mahu ada pihak yang tersalah tafsir atau melihat kelewatannya untuk berhijrah sebagai satu jambatan untuk menjadi perhatian.

“Memang selepas ini akan ada yang mempersoalkan semua ini. Namun, saya tidak perlu takut kerana saya percaya pada diri saya sendiri. Saya sudah lali dengan cakap-cakap buruk orang, kita bukan sehari dua dalam industri seni. Jika ada yang bercakap buruk, saya anggap ia seperti angin lalu, akan hilang perlahan-lahan apabila orang sudah lupa mengenainya.

“Cuma, kalau tanya saya, rasanya tidak perlulah kita mengutuk sesama sendiri. Kita masyarakat Timur penuh dengan budi bahasa dan sopan santunnya.
"Saya sendiri masih ada keluarga. Keluarga itu yang akan menyokong saya bukan orang yang mengeluarkan benda-benda negatif itu. Mereka yang akan berada di sisi saya nanti," jelas Rohana yang percaya Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuknya.

Menyangkal dakwaan dia bertudung kerana trend terkini golongan artis, ibu kepada pelakon Kilafairy ini juga berkata, imej bertudung tidak pernah menyekat keinginannya untuk bergaya.

“Walaupun masih baru berhijab, saya banyak membuat kajian mengenai trend-trend terkini bertudung dan saya tidak suka seorang aktres itu kelihatan kurang menyerlah walaupun bertudung.

“Selain itu, penggayaan mestilah sesuai mengikut peredaran semasa kerana saya tidak risau kerana tudung menjadi salah satu fesyen terkini zaman sekarang," ujarnya.
Biarpun sudah bertudung, Rohana turut mengaku dia masih mendapat undangan nyanyian malah tawaran yang diterima semakin banyak.

“Inilah yang dinamakan rezeki. Kalau hendak kata saya tidak mendapat undangan itu macam tipu pula. Sebab dalam sebulan pun saya boleh dapat sehingga tiga atau empat undangan menyanyi di seluruh negara.

“Syukur masih ada yang mempercayai kebolehan saya untuk menyanyi. Ada juga peminat yang menunggu dengan penuh sabar apabila saya membuat persembahan.
“Tapi, mungkin lepas ini saya perlu lihat kesesuaian tempat persembahan atau acara agar bersesuaian dengan imej saya sekarang," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai pembikinan single termasuk album baharu, Rohana hanya mampu menggelengkan kepala. Dia mengakui, sudah sampai masanya untuk dia melupakan hal berkenaan buat seketika.

“Rasa macam sudah tidak laratlah nak buat semua tu, saya sudah tua. Kalau nak buat single kita perlu korbankan masa dan tenaga. Macam saya yang dah berusia ni, mana mampu lagi.

“Saya hanya mampu memenuhi undangan sahaja dan nyanyi kembali lagu-lagu lama saya seperti Resahku, Jangan Main Mata dan Sempadan Kasih," katanya yang akan membuat persembahan bersama penyanyi Zur Eda sempena Malam Bersama Bintang pada 10 Oktober ini di Restoran Cerana, Cheras.

Sempena Hari Raya Haji yang lepas, Rohana sempat pulang ke kampung suaminya di Jerteh, Terengganu. Di kesempatan itu, dia juga membuat kenduri korban buat tiga orang anaknya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 9-10-2014 10:40 AM
Muka buruk pakai plak baju design mcm tu, lagilah buruk.
Quote katakau 9-10-2014 10:42 AM
no komen..hmmm..
Quote wookiehoney 9-10-2014 10:43 AM
emmm
ape2 jelah makcik dara jalil
Quote makneng 9-10-2014 10:44 AM
fazamania posted on 9-10-2014 10:40 AM
Muka buruk pakai plak baju design mcm tu, lagilah buruk.

bisa ular sgt komen uolls, nangis nenek rohana membacanye
Quote gekkou 9-10-2014 10:46 AM
Bertudung tatkala di usia tua, Rohana mengaku ia benar-benar memanfaatkan erti menutup aurat.


nangis tgk pic di atas dgn statement yang ditulis oleh press
Quote kejoraria 9-10-2014 10:47 AM
fazamania posted on 9-10-2014 10:40 AM
Muka buruk pakai plak baju design mcm tu, lagilah buruk.

tak baik tau
Quote limau_sakti 9-10-2014 10:48 AM
bersedia ape nya mcm ni...baik amik tudung saji je tutup kepala
Quote vionna007 9-10-2014 10:55 AM
takut tgk muka diaaa....
Quote putehkundor 9-10-2014 10:56 AM
Geram tau mak teh tgk pipi gebu kak ana
Mcm nak cubit2 je....
Quote chinta89 9-10-2014 10:56 AM
limau_sakti posted on 9-10-2014 10:48 AM
bersedia ape nya mcm ni...baik amik tudung saji je tutup kepala

tudung saji yang penuh renda2.. superb!
Quote tigerads 9-10-2014 10:59 AM
sedia atau tidak...

WAJIB
Quote lucky_peace 9-10-2014 11:03 AM
kuningnya opahngah~~~
Quote naina 9-10-2014 11:03 AM
Mcm mona fendy gmbr atas tu
Quote drlinda08 9-10-2014 11:10 AM
alhamdulillah..at last..
Quote puteri_impian 9-10-2014 11:12 AM
klo bukan retis xde nye org nak heran pakai ke tak ye dok mak cik ronah????

tpi yang kita nie kejap pakai kejap tak pa citaa!!!

ade plak yang trend gi opis pakai tudung, gi kedai runcit togel
ade juga tak dan sampai kedai runcit dalam keta dah terbang tudungnye  

betui dok kate teman ni komee
Quote jerukkedondong 9-10-2014 11:20 AM
elok la acik ana..hidup bukannya nak menongkat langit...
Quote mdmvava 9-10-2014 11:37 AM
Alhamdulillah sis, pepon moga istiqamah ye sis (rasa mcm geng2 hijabster plak komen cenggini)..
Quote budakmanentah 9-10-2014 11:45 AM
yg gmbar atas tu ke dikatankan bertudung? aihh?
Quote owhgee 9-10-2014 11:49 AM
puteri_impian posted on 9-10-2014 11:12 AM
klo bukan retis xde nye org nak heran pakai ke tak ye dok mak cik ronah????

tpi yang kita nie kej ...

Ada je org aku kenal gituh, g ofis bertudung litup, pastuh p workout ke jogging, ha sleeveless ngan seluar paras peha je. Keluar lelepak pun baju nak nampK lurah dendam je, hado?

*ter ot jap

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069699 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top