CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Peratus Kanak-Kanak Ada Masalah Mental

13-10-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7337| Komen: 32

13 Peratus Kanak-Kanak Ada Masalah Mental


PUTRAJAYA - Bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah mental pada usia lima hingga 15 tahun didapati meningkat di negara ini dan keadaan ini membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, pada tahun 1996, 13 peratus dari jumlah mereka yang mempunyai masalah mental adalah kanak-kanak dalam lengkongan usia itu dan bilangan itu meningkat ke 19.3 peratus pada 2006 dan 20 peratus pada tahun 2011.

"Boleh dikatakan satu daripada setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti," katanya.

Dr. Subramaniam bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan 'Asean Mental Health Campaign 2014' di sini hari ini.

Ujarnya, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak tahun

2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan.

Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alepmama 12-10-2014 10:12 PM
Kesian...mcm mana boleh dpt sakit mental..genetik ke
Quote mommymonster82 12-10-2014 10:14 PM
Memang betul..
Sebab me boleh tengok dari 100 orang yang masuk sekolah setiap tahun mesti adalah yang ada gejala mental tu..
Bayangkan sekolah ada 1000++ budak...
Quote mak_wa95 12-10-2014 10:16 PM
memang ramai..
Quote amiraira 12-10-2014 10:27 PM
Kesian.....
Quote asamfish 12-10-2014 10:43 PM
mental yang mcm mane?
kemurungan? kurang siuman?
jgn plak nanti yg ade autism dyslexic, dyscalculia pun dianggap mentally ill jugak
Quote crankshaft 12-10-2014 10:50 PM
mak_wa95 posted on 12-10-2014 10:16 PM
memang ramai..

When were yours diagnosed?
Quote noraidil_06 12-10-2014 10:51 PM
Mental mcm mn ek?
Quote mak_wa95 12-10-2014 10:53 PM
mental mcm di atas
Quote Aneem 12-10-2014 10:56 PM
doktor tapi tak sensitif..
tolong bijak sikit ms bg statement..
jgn la terus kata mental..
Luluh hati mak bapak kalau org kata anak sakit mental..
cuba guna istilah yg sedap sikit org nk dgr..
Quote mbhcsf 12-10-2014 11:11 PM
sapa wartawan yg laporkan ni ?

apa jenis laporan yang sebut satu je frasa 'masalah mental' tapi apa dia?

perincian mana?
apa pecahan dia ?depression ke?
common je childhood depression

apa dia?

Last edited by mbhcsf on 12-10-2014 11:14 PM

Quote JDT 12-10-2014 11:12 PM
Kurang perhatian dari keluarga atau sebab2 timbul dari ibubapa sendiri cth pernah menagih dadah, minum arak dsbnya...sehingga efek pada pertubuhan mental sewaktu masih janin..
Quote jengkoil 12-10-2014 11:14 PM
2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan.

1.8 peratus yg x dirawat..overall percentage yg mental berapa pulak?
Kalo yg mental sebab duit..harus laa           > 90%...
sanggup membunuh sebab duit...sanggup menipu, merompak, meragut..

demi duit yg nak bawak masuk lubang kubur...buat bekal kat akhirat..
Quote R2D2 12-10-2014 11:17 PM
Quote R2D2 12-10-2014 11:18 PM
Quote R2D2 12-10-2014 11:18 PM
Quote batmana 13-10-2014 12:03 AM
20% dari pengkaji selidik mgkin sakit mental juge..
Quote aijinmisaki 13-10-2014 05:48 PM
baharu tadi akak bermimpi budak 6 tahun menjadi pembunuh
nauzubillah
Quote jazaa 14-10-2014 09:07 AM
mommymonster82 posted on 12-10-2014 10:14 PM
Memang betul..
Sebab me boleh tengok dari 100 orang yang masuk sekolah setiap tahun mesti adalah ya ...

mcmana symptom budak ada pblm mental ni mommy?...kemurungan ke?...
Quote sabbath_shalom 14-10-2014 09:13 AM
Seiring dgn meningkatnya kadar kelahiran anak2 Meleis.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.334652 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top