CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Juta Layak Br1m 4.0

13-10-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6386| Komen: 32

8 Juta Layak Br1m 4.0




KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menganggarkan lebih 8 juta rakyat akan me-nerima manfaat daripada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 dengan anggaran peruntukan berjumlah lebih RM6 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, peningkatan penerima berbanding tahun lalu adalah disebabkan oleh pertambahan individu yang layak menerima bantuan tersebut serta peningkatan peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan.

“Bajet 2015 banyak menekankan aspek untuk menyejahterakan rakyat dan program BR1M adalah satu langkah terbaik bagi kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran.

4

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Voyagers 12-10-2014 10:14 PM
setahu aku,
yang isi no akaun dalam borang akan dapat duit melalui akaun

yang tak isi no akaun, akan dapat duit melalui voucher
Quote DTECCONAN 12-10-2014 10:36 PM
8 juta yg layak?

aritu kata pendapatan rakyat malaysia dah cecah RM5 ribu sebab tu la subsidi minyak dikurangkan

bila nak bg BR1M, ramai pula yg dapat
Quote freebird 12-10-2014 10:46 PM
dekat 1/3 rakyat malaysia ni miskin....

hidop melayu! hidop ameno!!
Quote R2D2 12-10-2014 10:49 PM
MTEM: Sepatutnya tumpu gaji, bukan BR1M

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bimbang tentang peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2015.

Menurutnya Pengarah Penyelidikan MTEM, Azlan Awang, belanjawan ini menggembirakan namun ia tidak membantu menangani masalah sebenar iaitu kadar gaji rakyat yang rendah.

"Ia belanjwan yang manis namun ia tidak cukup (untuk tangani masalah asas). Ia semuanya tentang pemberian bantuan," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Azlan, beliau mengharapkan belanjawan ini dapat menawarkan penyelesaian kepada kadar upah dan pendapatan rakyat agar ia berkembang sejajar dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Sepatutnya ada fokus terhadap upah dan pendapatan isi rumah. Patut wujud pelan bersepadu untuk meningkatkan gaji.

"Buat masa sekarang kadar pertumbuhan barangan dan perkhidmatan melampaui kadar pertumbuhan upah.

"Kita perlu sedar kebanyakan pendapatan isi rumah adalah daripada upah dan gaji," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 semalam mengumumkan kenaikan pemberian bantuan BR1M dari RM6,500 kepada RM950 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 pada Januari dan Mei; manakala baki sebanyak RM350 akan dibayar pada bulan September.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula akan menerima BR1M sebanyak RM750 berbanding RM450 sebelum ini.

Ia juga akan dibayar sebanyak tiga kali, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mashar pula sangsi dengan bantuan RM200 sebulan untuk mengurangkan bebanan ansuran perumahan.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menangani masalah pasaran rumah yang bersifat spekulatif.

Belanjawan 2015 tadi memperuntukkan pemberian bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Ia turut mengandungi pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

"RM200 sebulan itu bunyinya seperti kita mensubsidi pemaju dan bukan menangani masalah pasaran rumah yang spekulatif," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar kerajaan mengambil langkah tertentu untuk menangani masalah itu.
Quote Esmiria 12-10-2014 11:30 PM
DTECCONAN posted on 12-10-2014 02:36 PM
8 juta yg layak?

aritu kata pendapatan rakyat malaysia dah cecah RM5 ribu sebab tu la subsidi min ...

pelik..tapi beno..haha
Quote Anak_Nogori 12-10-2014 11:36 PM
Kali ni yg dulu malu2 kucing tolak brim...berlumba2 plak isi borang brim..
Quote jengkoil 12-10-2014 11:41 PM
Bagi ikan...bagi joran...
bagi ikan...bagi joran...
bagi ikan...bagi joran..

baik bagi ikan..bleh terus makan. .
bagi joran nak kena ajar macam mana nak
ikat mata kail, nak baling mata kail..nak kena cari lubuk ikan lagi. ..

hahahahaaa...  
Quote ranam_in_testa 13-10-2014 03:40 AM
trust me i know what gov need to do
gov need increase the growth, but they don't count the inflation
Quote AHMADVW 13-10-2014 07:01 AM


xpa brim kehulu kehilir janji perut aku diikat

hokey
Quote kluangman 13-10-2014 07:11 AM
Ketua Kg A
Selalu bagi ikan kat orang2 kampung.
Raya buat jamuan besar-besaran.
Walaupun penduduk kg tahu selalu buat projek dengan janda, penduduk kg pejam sebelah mata je.

Ketua Kg B
Mengajar org kampung menangkap ikan supaya tak letih asyik bagi ikan je.
Raya buat jamuan kecil-kecilan sebab bajet buat jalan dan jambatan kecil sekitar kampung.
Org kg makin senang bahkan ramai yg rumah lebih besar daripada ketua kampung.
Sekali ketua kg kantoi buat projek dengan janda.
Ketua kg kena hambat keluar drp kg.

Itulah beza beri ikan dan beri joran.
Quote rosasa 13-10-2014 07:20 AM
tahun nak apply la walau tak layak...orang lain aman2 gaji lagi besar, laki bini dapat
Quote harimau76 13-10-2014 07:25 AM
rosasa posted on 13-10-2014 07:20 AM
tahun nak apply la walau tak layak...orang lain aman2 gaji lagi besar, laki bini dapat

camner laki bini leh dpt tu? declare cerai dlm form lhdn ker? bukankah form tu ada detail maklumat laki bini.. and kalau salah sorang ada rekod cukai, the other spouse leh dpt ker? tp yg pasti nyk chinese kaya yg bukak company guna proxy pun dgn muka tak malu pi amik BRIM ni.. yerla.. apa dorang pedulik.. takde istilah halal haram dlm kamus hidup dorang..
Quote rosasa 13-10-2014 07:27 AM
harimau76 posted on 13-10-2014 07:25 AM
camner laki bini leh dpt tu? declare cerai dlm form lhdn ker? bukankah form tu ada detail maklumat ...

ntah apa la dorang tulis pun aku tak tahu, jangan tulis janda duda cukup
Quote batmana 13-10-2014 07:55 AM
pemberian melalui voucher tu psl saje nk promote dlm tv, bn bagus bagai..pm bagi duit..ini buktinye..

pkcik, makcik kt kg pn gembire tgk muke dorg msuk tv..

propaganda je ni..

Quote batmana 13-10-2014 07:56 AM
Anak_Nogori posted on 12-10-2014 11:36 PM
Kali ni yg dulu malu2 kucing tolak brim...berlumba2 plak isi borang brim..

brim tu duit yuran keahlian UMNO ka?
Quote R2D2 14-10-2014 11:40 PM
BR1M ialah 'racun' ekonomi
Akhbar Cina


Naib Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Kerk Loong Sing mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai `racun' ekonomi yang menyumbang kepada defisit negara.

Loong Sing berkata, walaupun BR1M menggembirakan rakyat kerana kira-kira 70 peratus orang menerimanya tetapi ia pada masa yang sama merupakan `bom' kepada ekonomi Malaysia.

``Kenapa Greece mengalami muflis? Ia adalah disebabkan kerajaan menyediakan terlalu banyak faedah kebajikan kepada rakyat. Rakyat dijaga dengan terlalu baik, sementara negara menjadi miskin," katanya seperti dipetik China Press.

Beliau berkata demikian dalam satu forum mengenai Bajet 2015 yang diadakan di ibu negara.

Kata Loong Sing lagi, BR1M merupakan sejenis bantuan yang tidak dapat ditarik balik kerajaan dengan sewenang-wenangnya dan akan terus menambah beban kewangan kerajaan.

``Pekerja dalam sebuah syarikat boleh menerima hakikat bahawa gaji mereka tidak akan ditambah, tetapi mereka tidak akan menerima jika gaji mereka dipotong," katanya.

Dalam pada itu, Loong Sing menunjukkan tanda setuju terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan.

``Kenapa kerajaan kita berhutang? Ia adalah kerana kerajaan menyediakan terlalu banyak subsidi dan ia perlu dirasionalisasikan," katanya.

Mengenai pengecualian GST ke atas petrol dan diesel, Loong Sing berkata, rakyat tidak perlu bergembira dengan terlalu awal kerana kerajaan mungkin melaksanakan mekanisme baharu untuk tujuan rasionalisasi subsidi.

Beliau turut menjangkakan kadar inflasi akan melepasi paras empat peratus manakala kerajaan juga berdepan cabaran untuk mengurangkan defisit kepada tiga peratus.

``Kita perlu mengekalkan pertumbuhan untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi pada 2020, tetapi apa yang mengecewakan ialah peruntukan pembangunan untuk 2015 hanya 18.44 peratus," katanya.
Quote Anak_Nogori 14-10-2014 11:48 PM
R2D2 posted on 14-10-2014 11:40 PM
BR1M ialah 'racun' ekonomi
Akhbar Cina


So...konsep negara kebajikan pakatan rakyat mcm mana pula?...

Madu ekonomi ke.
Quote Anak_Nogori 14-10-2014 11:50 PM
batmana posted on 13-10-2014 07:56 AM
brim tu duit yuran keahlian UMNO ka?

Perlu ke aku jwp soalan bodoh ni?.
Quote dragger 15-10-2014 12:02 AM
takde bezanye lah.. ada brim takde brim same je aku tgk.. takuk tu je.. dpat duit brim terus tukar spotrim moto.. kejadahnye.. elok mansuhkan je brim tu.. org kelas pertengahan takde dapat pun manfaat tu.. terasa makk nokkkk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053174 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top