Beg tangan Hermes bau ganja New York: Pelanggan dilapor mengembalikan beg yang berharga hampir AS$20,000 (RM65,000) setiap satu kepada syarikat pengeluar beg Hermès selepas mengadu aksesori mahal itu berbau ganja. Beg itu dikembalikan kepada syarikat terbabit dari kedai dan butik di Paris selepas didapat sebahagian beg kulit itu disamak tidak betul hingga menyebabkan dia mengeluarkan bau busuk. Dipercayai proses menyamak itu boleh menyebabkan beg kulit berkenaan mengeluarkan bau seperti ganja apabila ia dibiarkan panas dalam kereta atau terkena cahaya matahari secara langsung. Ikon beg Hermès, Birkin, mengambil sempena nama penyanyi dan aktres Jane Birkin, adalah antara beg yang terbabit. Bagaimanapun, versi kulit buaya beg itu yang berharga sehingga RM193,000 dikatakan tidak terjejas. Sumber berkata: "Pemilik mengembalikan beg Hermes kepada butik di Amerika Syarikat dengan mendakwa ia berbau ganja. "Beg itu dihantar ke Paris kerana tidak ada siapa yang tahu cara menangani masalah itu." Hermès mempunyai reputasi membuat beg terbaik dengan pelanggannya, termasuk selebriti terkenal seperti Victoria Beckham dan Kim Kardashian.
|
26
Bagus |
30
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
27
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makneng posted on 15-10-2014 10:13 AM
pernah ke mat pet beli benda2 mahal ni, biasanye mat pet rembat je..
ADVERTISEMENT