Trafik Sesak Semalam Akibat Banjir Kilat Difahamkan, banjir kilat dilaporkan berhampiran menara jam susur keluar ke Jalan Subang yang menyebabkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan. Banjir kilat turut menyebabkan jalan ke Lapangan Terbang Subang ke Glenmarie selain Bangsar ke PJS2 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) mengalami kesesakan susulan jalan berhampiran Taman Maju Jaya dinaiki air. Jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, beberapa jalan utama terpaksa ditutup kerana berbahaya kepada pengguna jalan raya bermula jam 6.30 petang tadi . "Semua laluan terhalang dan laluan kontra terpaksa dibuka berhampiran Plaza Tol PJS bagi melancarkan aliran trafik yang semakin sesak," katanya. Malah menurutnya, beberapa kereta turut ditenggelami banjir kilat itu. "Hujan lebat dilaporkan berhenti kira-kira sejam kemudian sebelum banjir surut dan aliran trafik kembali lancar," katanya ketika dihubungi, hari ini. SEORANG penunggang cuba meredah laluan motosikal yang dipenuhi air berdekatan Kelab Golf Negara Subang di Kelana Jaya selepas hujan lebat selama hampir sejam.
|
13
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT