CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ramai Lelaki Mahu Dekati Izreen Azminda

20-10-2014 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15914| Komen: 54

Ramai Lelaki Mahu Dekati Izreen Azminda

PETALING JAYA:
Pelakon Izreen Azminda mendedahkan ada lelaki cuba mendekatinya selepas lima bulan dia memeggang status janda.
Bagaimnapaun, Izreen, 29, berkata, dia belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya buat masa ini kerana bimbang hatinya akan disakiti oleg golongan itu.


Saya tak izin orang menyakiti hati saya dan untuk masa terdekat ini, memang ramai yang mencuba mendekati saya tetapi saya belum bersedia.

"Bagi saya apa yang berlaku masih baru dan biarlah saya beri tumpuan kepada anak dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, banyak aspek yang perlu diambil kira selepas  memegang status ibu tunggal.

Izreen berkata, lelaki yang ingin mendekatinya juga perlu menerima anaknya Muhammad Umar Adrian yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Sudah tentu saya perlu utamakan anak saya dahulu, kalau seseorang lelaki itu mahu mengenali saya, dia perlu terima anak saya juga," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang status janda yang dipikulnya Izreen tidak merasakan ia sebagai bebanan.

Baginya, status tersebut hanya sekadar gelaran dan ia tidak memberi sebarang tekanan kepadanaya dalam meneruskan kehidupan.

"Orang sekarang sudah maju dan tidak ada masalah dengan status atau gelaran janda.

"Saya sendiri tidak anggap ia sebagai tekanan, hanya segelintir masyarakat yang memberi komen negetif tentang perkara itu yang membuatkan saya tertekan," katanya.

Izreen berkata, apa yang membeza kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal apabila banyak perkara perlu dilakukannya sendiri.

Dia akui pada mulanya agak sukar untuk melaluinya seorang diri, namun banyak yang dipelajari terutama dalam menguruskan hal-hal kehidupan.

Dalam pada itu, bercakap tentang pelakon yang sering digosipkan dengannya iaitu Amar Baharin, Izreen berkata, hubungan mereka rapat  sebelum dia berumah tangga lagi.

"Amar kawan yang baik dan kami berkawan sejak saya anak dara lagi tetapi orang tidak ambil perhatian kerana kami tidak popular ketika itu," ujarnya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eksotik 19-10-2014 12:59 AM
owkey..      
Quote crazecousa 19-10-2014 01:31 AM
mesti la , barang baekkk...
Quote prettymanja 19-10-2014 01:33 AM
MakJan Vogue.. sape xnak Uolss
Wanita with 7 Suami..katenye Last edited by prettymanja on 19-10-2014 01:36 AM

Quote matchstick 19-10-2014 01:54 AM
ooo..gitewww
Quote mommymonster82 19-10-2014 02:02 AM
So????????
Bangga?????
Apa yg ko nak buktikan????
Quote cintasakti 19-10-2014 02:09 AM
Itu dah takdir die....kalau nak ikutkan die ni ok la....x de sikap bermuka2... Org kata be yourself.... Mak aku kata biar kita kenal org tau jahat die pe....dr kita kenal org x tahu pe buruknya peel die....jahat nampak x bahaya jahat x nampak tu bahaya
Quote tomet05 19-10-2014 07:21 AM
hm .. ni xyah la jadi bahan kot
Quote munchkin 19-10-2014 08:01 AM
Baguslah. Tahniah. At least dia tak komen apa2 yg tak baik pasal bekas suami. Elok dia simpan ttg previous rumahtangga. Haruslah lelaki berminat dgn dia. Hmmm
Quote maxim 19-10-2014 08:07 AM
apa sebenarnya yg kau nak dalam hidup ini izreen?
Quote Aneem 19-10-2014 09:01 AM
"Saya sendiri tidak anggap ia sebagai tekanan, hanya segelintir masyarakat yang memberi komen negetif tentang perkara itu yang membuatkan saya tertekan," katanya.

So soalannya, pompuan ni tertekan ke idak..
A. Sengaja buat-buat tertekan
B. Tertekan sampai jawapan pun merapu
C. Wartawan yang tertekan Last edited by Aneem on 19-10-2014 09:03 AM

Quote makneng 19-10-2014 09:18 AM
erm sukati lah..jgn kau caras laki org sudey
Quote Dewa19XKangen 19-10-2014 09:37 AM
buas rasanya dia nie.. tidak laki x lepas talak kat set pengambaran la..
Quote kakprik 19-10-2014 09:44 AM
dah cantik..memang la ramai yang nak..sedangkan macam siti sarah bini shuib tu pon laku..siap leh bertunang ngan mat salleh lagikkk dulu..apatah lagi izrenn yg come lote nih..
Quote selipar_hijau 19-10-2014 09:49 AM
kakprik posted on 19-10-2014 09:44 AM
dah cantik..memang la ramai yang nak..sedangkan macam siti sarah bini shuib tu pon laku..siap leh be ...

Bleh tahan pedih ayat ni klu sarah dengar hahahaha
Quote kakprik 19-10-2014 09:54 AM
selipar_hijau posted on 19-10-2014 09:49 AM
Bleh tahan pedih ayat ni klu sarah dengar hahahaha

daku bersikap jujur..heheheheh
Quote CrowneGlory 19-10-2014 10:03 AM
Dlm ig kebaboom sgt..tp awat dlm drama x menarik...

dh cerai kira hot stuff la... Sebelum kawin mcm x laku je.. Mengejar johan sari pun x mo..sudahnya main tgkp je la si riza jd laki.. Last edited by CrowneGlory on 19-10-2014 10:05 AM

Quote drlinda08 19-10-2014 10:19 AM
mcm ada riak2 bangga je buat statement mcm ni..
ee pleasela.....
Quote siti_kus 19-10-2014 10:23 AM
Kecik lagi anak dia.. Sian.
Quote kenarihitam 19-10-2014 10:54 AM
munchkin posted on 19-10-2014 08:01 AM
Baguslah. Tahniah. At least dia tak komen apa2 yg tak baik pasal bekas suami. Elok dia simpan ttg pr ...

Tu la kan..bagus dia ni sbb xde pun nk mburukkkan bks laki.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.110444 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top