CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Azmin Jamin Salur RM500 Juta Untuk Infrastruktur Selangor

5-11-2014 01:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4881| Komen: 29

Azmin Jamin Salur RM500 Juta Untuk Infrastruktur Selangor

  
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta setahun kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bermula tahun depan.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, keseluruhan wang tersebut akan diserahkan kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama iaitu jalan berlubang, banjir, sampah dan wabak demam denggi di negeri itu.

"Keluarkan wang (peruntukan) itu dan serahkan kepada PBT untuk kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masing-masing.

"Ini bukan wang saya. Saya boleh kedekut dengan duit saya sendiri tetapi wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat tak minta lebih daripada kerajaan, mereka meminta supaya hak mereka dipertahankan dan kesejahteraan mereka terbela dibawah sebuah kerajaan berjiwa rakyat" katanya ketika berucap semasa majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Program Gotong-Royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014.

Tambah beliau, sebelum ini hanya sebahagian daripada peruntukan itu disalurkan kepada PBT manakala selebihnya dimasukkan ke dalam rizab negeri.

Kenyataan Azmin dilihat seolah-olah membidas tindakan bekas Menteri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai 'kedekut' dalam membelanjakan peruntukan ketika mentadbir negeri itu.

Menurut Azmin, rizab besar yang dimiliki Selangor sehingga membolehkan negeri itu diangkat sebagai sebuah negeri terkaya dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermakna sekiranya kemudahan infrastruktur tidak dijaga.

"Apa guna rizab begitu besar tetapi jalan masih berlubang dan sampah tak diangkat. Ada PBT cakap tak cukup duit, ini Selangor. Sebab itu antara langkah awal kita buat adalah mengumumkan  satu peruntukan yang cukup besar untuk penyelenggaraan," katanya.

Jelas beliau, sehingga hari ini sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada PBT untuk tujuan perkhidmatan kutipan sampah.

Beliau turut memberi tempoh masa sehingga 31 Disember ini kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama itu.

"Saya isytihar empat perkara utama itu harus diselesaikan sehingga 31 Disember ini," katanya.

4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 4-11-2014 11:06 AM
aku kurang suka bila kata "untuk rakyat"

Quote puterikhaleeda 4-11-2014 11:10 AM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM......... TUNGGU DAN LIHAT
Quote cipOt_cedOt 4-11-2014 11:14 AM
duit peruntukan dari kerajaan persekutuan... bukan dari duit rizab... duit rizab simpan tok aktiviti parti tok PRU 14... ekekeke...
Quote shamsadis 4-11-2014 11:20 AM
MB Penang punya kata...takder hujan lebat takder banjir
Quote arira_arora 4-11-2014 11:34 AM
air mana airr..
Quote putr@polo 4-11-2014 12:19 PM
BERITA BAIK UNTUK PENDUDUK SELANGOR ...

KALAU NAMPAK SAMPAH TIDAK DI KUTIP SILA TEKS KEPADA AZMIN "JOKOWI" ALI 012-2052020.




Nampak sampah belum kutip, ‘teks’ saya, kata MB S'gor Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi masa tiga bulan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di Selangor, khususnya di kawasan Petaling Jaya. Malah, katanya, orang ramai boleh menghantar teks kepada nombor telefonnya jika mereka mendapati ada sampah yang belum dikutip. Kepada seluruh rakyat Selangor, gunakanlah kesempatan dan peluang terbaik ini .. dia berjanji semasa jamuan makan malam kutip dana untuk DAP  di Petaling Jaya malam tadi. Seperti biasa sempat lagi kutuk pentadbiran lama TSKI lagi.





Quote Z28 4-11-2014 01:09 PM


Bagus,   


Harapnya dilaksanakan segera.

Tak tahan la, jalan banyak yg berlubang2   
Quote freebird 4-11-2014 01:37 PM
zaman khalid gagap pojaan ameno dulu, duit2 ni tak di salurkan...dia masuk fd, dapat 3.5% setahun...
Quote Al-Patih 4-11-2014 04:08 PM
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta setahun kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bermula tahun depan.

"Ini bukan wang saya. Saya boleh kedekut dengan duit saya sendiri tetapi wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.

benda siAzmin cakap ni....itu pederal punya wang lah...

blakang kasi kutukan dewata ....
"Apa guna rizab begitu besar tetapi jalan masih berlubang dan sampah tak diangkat. Ada PBT cakap tak cukup duit, ini Selangor. Sebab itu antara langkah awal kita buat adalah mengumumkan  satu peruntukan yang cukup besar untuk penyelenggaraan," katanya.
"Saya isytihar empat perkara utama itu harus diselesaikan sehingga 31 Disember ini," katanya.

kito lihat 1.1.2015...adok clear tak...
Quote Anak_Nogori 4-11-2014 04:18 PM
Dulu masa Khalid jd MB...macai2nya ckp khalid pandai perintah...jimat cermat..simpan billion2.

Saya ckp pandai APA kalau peruntukkan pusat tak guna..sampah berulat2 berminggu2 tak kutip...jln berlobang sana sini...rumput jln tak bersabit.

Saya pun boleh jd MB mcm tu..jual eset2 kerajaan...simpan duit peruntukan pusat..lepas saya dabik Dada pandai Dari khir toyo.

Skrg terbongkar duit marris tak guna sgt...macai mesti tak tahu malu punya.
Quote vandergooh 4-11-2014 04:23 PM
Anak_Nogori posted on 4-11-2014 04:18 PM
Dulu masa Khalid jd MB...macai2nya ckp khalid pandai perintah...jimat cermat..simpan billion2.

Sa ...


Makanya azmin lebih pandai menguruskan peruntukan yg ada untuk infra berbanding khalid lah yer dik...
Quote penyo 4-11-2014 04:25 PM
Oh...dulu kata masalah sampah disabotaj oleh HUMNO katanya. Sekarang salah Khalid
Quote nexusys 4-11-2014 04:32 PM
harap2 idea ni berjaya dan menguntungkan semua pihak. Next plan ialah untuk membentuk pemikiran Rakyat Malaysia yang majoritinya mempunyai mentaliti tahap dunia ke-3  

kendian baru la suasana Selangor tuh urban dan menten
Quote Anak_Nogori 4-11-2014 04:35 PM
vandergooh posted on 4-11-2014 04:23 PM
Makanya azmin lebih pandai menguruskan peruntukan yg ada untuk infra berbanding khalid lah yer d ...

Yalah...bajet dah lulus...gunalah...pi simpan dabik Dada kata pandai pada hal bodoh tu mendenya kak.
Quote Anak_Nogori 4-11-2014 04:37 PM
penyo posted on 4-11-2014 04:25 PM
Oh...dulu kata masalah sampah disabotaj oleh HUMNO katanya. Sekarang salah Khalid

Secara tidak lansung..aiskrim dapat kenakan khalid.
Quote DeMax 4-11-2014 04:39 PM
dauswq posted on 4-11-2014 11:06 AM
aku kurang suka bila kata "untuk rakyat"

Dah start liga rasuah PR..Untuk Rakyat
Quote akughi 4-11-2014 04:42 PM
projek tuk rakyat atau tuk kroni azmin n PKR
Quote vandergooh 4-11-2014 04:57 PM
Anak_Nogori posted on 4-11-2014 04:35 PM
Yalah...bajet dah lulus...gunalah...pi simpan dabik Dada kata pandai pada hal bodoh tu mendenya ka ...


Jangan cakap bodoh dik, nanti kena serang ngan org khalid, tak dapatlah laa akak backup... nanti semua salah umno... umno dan mahathir bela azmin...
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 05:04 PM
Bagus lah.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043888 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top