CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Naik Hantu (Cemburu Terhadap Anak Sendiri)

14-11-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17338| Komen: 172

Wanita Naik Hantu (Cemburu Terhadap Anak Sendiri)

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Cemburu buta terhadap bayi sendiri menyebabkan seorang wanita bertindak ganas mencakar dan menggigit suaminya yang didakwa lebih menyayangi anak mereka.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin, wanita berusia 40-an itu dikatakan ‘naik hantu’ secara mendadak di kediaman mereka di Sri Petaling di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berpunca apabila bayi pasangan itu terjaga daripada tidur dan menangis tanpa henti selama setengah jam.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan bayinya itu.


“Susulan itu suami wanita terbabit yang berusia 43 tahun bangun dan memujuk bayinya itu supaya berhenti menangis.

“Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati si isteri yang tiba-tiba melenting dan memarahi mangsa,” katanya.


Menurutnya, wanita itu mendakwa suaminya lebih mengambil berat dan sayangkan bayi mereka berbanding dirinya.

“Terkejut dengan tuduhan melulu, mangsa cuba memujuk dan mendakwa bayi itu adalah anak mereka sendiri dan dia tidak pernah membahagikan kasih sayang.

“Namun suspek tidak dapat menerima hakikat itu dan menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu bertukar ganas apabila suspek bertindak menyerang mangsa dan mencakar muka serta badan suaminya.

“Malah wanita itu turut memukul suaminya berulang kali. Akibatnya muka dan badan mangsa berdarah dicakar.

“Mangsa kemudian segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan isteri mangsa itu mempunyai sikap panas baran dan kerap menyerang mangsa.

Sementara itu jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

15

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 14-11-2014 09:00 AM
kes dera suami ni..
Quote Blueberri 14-11-2014 09:02 AM
dia nih baru dapat anak ker aper...nih mesti gila meroyan nih...anak sendiri pun nak cemburu...baby pulak tuh...kalau aku anak menangis...suami tolong bagi susu ker ngan pujuk anak lagi best...boleh lah lena diulit mimpi lagi...ehehhe
Quote MissMamamia75 14-11-2014 09:03 AM
meroyan kot pompuan nih..ish2....
Quote idadzira 14-11-2014 09:04 AM
huh....sekali sekala baca citer lelaki kena belasah dgn bini.
Quote ResellerMaxis 14-11-2014 09:06 AM
Blueberri posted on 14-11-2014 09:02 AM
dia nih baru dapat anak ker aper...nih mesti gila meroyan nih...anak sendiri pun nak cemburu...baby  ...

kau dah biasa berkongsi kasih sayang suami kot..tu yang macam tu..
Quote duquesne 14-11-2014 09:07 AM
Ni kes gila meroyan.. husband kena bawak wife dia ni berubat..
Quote Blueberri 14-11-2014 09:11 AM
ResellerMaxis posted on 14-11-2014 09:06 AM
kau dah biasa berkongsi kasih sayang suami kot..tu yang macam tu..

aku kata kalau suami aku boleh tolong buatkan susu dan pujuk anak alangkah bahagianya boleh tidur diulit mimpi...tapi sebaliknyalah...suami kekadang jer pujuk...aku nih bersekang mata sampai ke pagi sebab anak tak nak tido ...tapi bila dah besar dah okie dah...masa baby jer yang terpaksa bangun pagi...
Quote taktahula 14-11-2014 09:14 AM
alahai meroyan kot
Quote anakperantau 14-11-2014 09:15 AM
horny teruk bini dia tu...
Quote lavagolf 14-11-2014 09:17 AM
Blueberri posted on 14-11-2014 09:11 AM
aku kata kalau suami aku boleh tolong buatkan susu dan pujuk anak alangkah bahagianya boleh tidur  ...

cuba lu dodoikan anak tu dari lu asik berforum...

sure lena budak tu tidur..



Quote namirulmukminin 14-11-2014 09:17 AM
Aikkk.. tebalik pulok... Meroyan lepas besalin agaknye..
Quote hyldia 14-11-2014 09:17 AM
ada jugak ekkk pompuan meroyan cenggini...dgn anak sendiri pown nk meroyan!dh ko tuh mmg pemalas,so laki ko laa yg bgn dodoi kn anak.alahaiiii....buatnya nasib ko tak baik,laki ko cari kn mummy baru kt anak ko tuh...haaa...
Quote Blueberri 14-11-2014 09:18 AM
lavagolf posted on 14-11-2014 09:17 AM
cuba lu dodoikan anak tu dari lu asik berforum...

sure lena budak tu tidur..

wei..anak aku dah besarlah bukan baby lagi...aku crita masa dia baby...
Quote lavagolf 14-11-2014 09:19 AM
budus punyer laki tarak boleh handle bini...

Quote kentel 14-11-2014 09:20 AM
meroyan tu...baru lepas bsalin laa katekan...
Quote Simunggu 14-11-2014 09:20 AM
silap laki...tak bagi makan yg kat bawah tu cukup cukup..tu yg marah tu....
Quote lavagolf 14-11-2014 09:20 AM
Blueberri posted on 14-11-2014 09:18 AM
wei..anak aku dah besarlah bukan baby lagi...aku crita masa dia baby...

ohhh...lu dah tua kedut la ni...






Quote Blueberri 14-11-2014 09:22 AM
lavagolf posted on 14-11-2014 09:20 AM
ohhh...lu dah tua kedut la ni...

iyer...dah pangkat nenek dah...umur dah nak dkat 80 dah cucu oiiii....tapi masih berforum...ko ado..
Quote lavagolf 14-11-2014 09:22 AM
Simunggu posted on 14-11-2014 09:20 AM
silap laki...tak bagi makan yg kat bawah tu cukup cukup..tu yg marah tu....

betul2 time nak orgasm, anak nangis..laki stop hayun pi settle anak dulu..

tu yg air naik kapla terus jadi gila tu...





Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top