Single Melayu Pertama Sonaone Hakeleh No 1 Di I tunes Penantian peminat-peminat Sonaone yang menunggu single melayunya kini berakhir apabila lagu itu kini boleh dimuat turun menerusi iTunes. Ia mula dilancarkan pada 18 Nov, dan menerima sambutan yang amat mengalakkan sehingga menjadi hits. Kemunculan SonaOne di industri muzik tanah air timbul sedikit kekeliruan kerana ramai pendengar menganggap dia penyanyi rappers dari luar negara. Namun hasil kolobrasi SonaOne dengan penyanyi rappers tempatan seperti Joe Flizzow dan Altimet, nyata membuahkan hasil. Namanya kini telah dikenali ramai, antara lagu-lagu yang menaikkan nama SonaOne ialah Havoc, Apa Khabar dan No More. Cara nyanyian yang disampaikan juga menepati cita rasa anak muda masa kini dan antara rappers tempatan yang diminati. Berikut sedikit ‘teaser’ single melayu SonaOne, untuk mendapat versi penuh silalah memuat turun di iTunes.
|
Berikut sedikit ‘teaser’ single melayu SonaOne,
untuk mendapat versi penuh silalah memuat turun di iTunes
Orix posted on 20-11-2014 01:36 AM
dia ni boleh nyanyi live ke? mse kat AF dia nyanyi apa khabar miming okehhh
fazamania posted on 20-11-2014 03:56 AM
Dia ni lah yang kena pukul dengan kerabat di raja tu kan.
ADVERTISEMENT