CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Cuba Bunuh Ibu Kandung

5-12-2014 02:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4204| Komen: 13

Anak Cuba Bunuh Ibu Kandung


KOTA BHARU - Perbuatan derhaka seorang anak cuba membunuh ibu sendiri mendapat balasan sementara di dunia apabila dia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap tertuduh Zamri Awang, 38, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan melibas parang terhadap Bidah Abdu Rahman, 60, di rumah mereka di Kampung Terap, Banggu, di sini, pada jam 7.30 malam, 31 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu yang sedang duduk di dapur rumah didatangi tertuduh meminta RM5, namun pengadu berkata dia sudah tidak mempunyai wang dan RM10 yang diberikan pada jam 6 petang sebelum itu juga dipinjam daripada orang lain.

Tertuduh masih tidak berpuas hati dan berkata kepada pengadu “aku nok pitih (duit) nate (binatang) babi ni” dan kemudiannya mengambil parang sambil berkata, “nanti aku nok kerat palo (kepalo) sapo ni”.

Tidak lama selepas itu tertuduh pergi ke arah pengadu, anak dan menantu dengan melibas-libas parang dan berkata lagi, “aku nok kerat tengkuk tiga-tiga ni”.

Ekoran ugutan itu, anak dan menantu pengadu ketika itu terus keluar dari rumah kerana ketakutan.

Tertuduh terus mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam rumah hingga pintu dapur tercabut dan memecahkan pinggan mangkuk serta kuali dan melibas-libas parang sambil menjengkelkan mata ke arah ibunya.

Pengadu kemudian melaungkan azan dengan kuat dan tidak lama kemudian tertuduh beredar.

Pada prosiding itu, ibu tertuduh hadir dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum kepada anaknya itu kerana dia sangat takut terhadap tertuduh.

Mangsa juga tidak berpaling melihat anaknya di dalam kandang orang salah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.


10

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
24

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-12-2014 10:38 AM
taik dadah lagi
Quote mak_wa95 5-12-2014 10:40 AM
dah sampai xboleh nak cover,baru minta dihukum seberat2nya..

masa mula2 menagih dulu,mesti bekap baik punya..

dah nak kena bunuh baru tau takut
Quote Cik_Andak 5-12-2014 10:43 AM
Elok meringkuk lama2 sikit lam penjara nun....
Quote tagas 5-12-2014 10:45 AM
Ye ke 38..dlm gambo mcm above 50
Quote tagas 5-12-2014 10:47 AM
Musim anak ugut mak ke area serambi mekah ni..smlm kes camni jgk..panggil mak binatang bagai..
Quote lavacobra 5-12-2014 10:50 AM
kelantan.........uhh la kelantan..

semua mulut busuk bau budu serupo bau longkang..

Quote izabellemylia 5-12-2014 10:52 AM
kenapa banyak sgt anak derhaka yg melampau2 smpi nak membunuh2 mak pak sendiri skrg ni....

ppffttt....
Quote namirulmukminin 5-12-2014 10:53 AM
mak_wa95 posted on 5-12-2014 10:40 AM
dah sampai xboleh nak cover,baru minta dihukum seberat2nya..

masa mula2 menagih dulu,mesti bekap  ...

Hak ni aku stuju.... memang takleh blah la mak2 jenis camtu... Biasanya mak la yang lebih2 sgt protect anak ni... Bapak punya hati kalu ikut dari awal lagi dah suruh sumbat masuk jail je...
Quote mak_wa95 5-12-2014 11:04 AM
tagas posted on 5-12-2014 10:45 AM
Ye ke 38..dlm gambo mcm above 50

penangan dadah..memang nampak tua dari usia..sbb2 cepat mampos..



Quote mak_wa95 5-12-2014 11:05 AM
namirulmukminin posted on 5-12-2014 10:53 AM
Hak ni aku stuju.... memang takleh blah la mak2 jenis camtu... Biasanya mak la yang lebih2 sgt pro ...

mak mak memang sayang anak xkena gaya..

dengan ayah pun bekap anak...last2 anak nak bunuh dia..



Quote batmana 5-12-2014 11:18 AM
tagas posted on 5-12-2014 10:45 AM
Ye ke 38..dlm gambo mcm above 50

isap dadah boleh buatkn org nmpk tua dri umurnya..

cm isap rokok, perokok tegar nmpk tua 10 tahun dri umurnya..

Quote kasibiman 5-12-2014 12:03 PM
Kerat la tekok Nate zamri ni
Quote Mary_jane 5-12-2014 04:28 PM
Sakit otak ke apa pakcik ni?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044801 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top