|
Kucing Berwarna Hijau Baka Baharu? KELIBAT seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan.
Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu. Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran. Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi mangsa deraan - terdapat individu telah mengecat bulunya. ![]()
Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja. Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara. |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047947 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.