CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Sekeluarga Bersesak Dalam Kontena?

16-12-2014 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8223| Komen: 49

7 Sekeluarga Bersesak Dalam Kontena

Salim (kiri) meninjau keadaan Suryati sekeluarga yang menumpang teduh di dalam kontena milik bekas majikan arwah suaminya. 



JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal bersama enam anaknya terpaksa menumpang teduh di dalam kontena di Taman Perindustrian Berjaya Seelong, di sini kerana mengalami kesempitan hidup selepas kematian suami sejak setahun lalu.

Suryati Semaohoon, 44, berkata, meskipun pada mulanya anak-anak memberontak kerana terlalu sesak dalam kontena berkenaan, namun masing-masing mulai faham dengan keadaan sebenar keluarga mereka.

Menurutnya, kehilangan suami yang menghidap kanser paru-paru Disember tahun lalu benar-benar dirasai sehingga rumah yang disewa sebanyak RM400 sebulan di Kempas tidak mampu lagi ditanggung.

“Saya merayu kepada bekas majikan suami untuk menumpang teduh di kontena kerana tidak mampu lagi membayar rumah sewa dalam keadaan lima anak yang masih bersekolah.

“Pada mulanya memang kurang selesa kerana apabila cuaca panas terik memang bahangnya terlalu panas dalam keadaan dinding kontena dikelilingi zink.

“Tapi saya bersyukur kerana tak perlu bayar sewa dan menampung kos api dan air dalam keadaan kesukaran mendapatkan rumah sewa di bawah RM300 sebulan,” katanya ketika dibawa berbelanja kelengkapan sekolah di Pasaraya Econsave, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Prihatin Kempas, Salim Daud dan Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Suryati berkata, tiada ungkapan yang mampu dilafazkan selain ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menggembirakan tiga anaknya yang bakal menyambung persekolahan Januari tahun depan.

Menurutnya, kelengkapan sekolah anak-anak pada tahun ini tidak dapat disediakan memandangkan hanya mengharapkan bantuan bulanan Baitulmal sebanyak RM300 dan hasil menjahit baju serta jualan kerepek.

“Duit yang diperoleh terpaksa digunakan secara berjimat-cermat, malah perut anak-anak hanya terisi dengan nasi, sayur dan telur,” katanya.

Sementara itu,  Mas Imran berkata, pihaknya menyumbangkan baucar bernilai RM1,000 untuk belanja barangan kelengkapan sekolah tiga anak Suryati beserta barangan keperluan harian.

“Kita sekadar membantu meringankan beban yang ditanggung ibu tunggal berkenaan.

“Kita juga menawarkan pekerjaan berserta asrama kepada anak Suryati yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mencari duit poket,” katanya.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alekxander 16-12-2014 12:09 PM
rumah kontena
klu dpt yg mcm ni, mmg awesome lah



[KREATIF] Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena
http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=844141


[Tempatan] Miliki rumah mampu milik, rumah kontena jadi viral
http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=844409
Quote neotoxin 16-12-2014 12:11 PM
dalam kontena ni kalu takde ekon mcm oven la jadiknya...
Quote Bell 16-12-2014 12:22 PM
Breadwinner mati. kesian....
Quote nanacinta 16-12-2014 12:25 PM
kesiannya...tak dapat bantuan rumah kos rendah ke???...
Quote Al-Patih 16-12-2014 03:37 PM
nasib bumbong kontena tinggi..
Quote lipans 16-12-2014 03:42 PM
tingginya songkok.
Quote Artemesiaa 16-12-2014 04:12 PM
Tinggi harapan akak tu nak dapat rumah ganti sentinggi songkok abang berbaju melayu biru itu
Quote Modngengade 16-12-2014 04:31 PM
amboiii tingginya sonkok bang salim....nak menari zapin ker bang?
Quote ifanonline 16-12-2014 04:32 PM
tinggi cam haram songkok...jgn percaya sangat manusia songkok tinggi...
Quote jazaa 16-12-2014 04:36 PM
lipans posted on 16-12-2014 03:42 PM
tingginya songkok.

Songkok org dolu-dolu memang tinggi...skrg ni trend lak kat johor dorang pakai songkok tinggi..selalunya ketua cawangan atau bhgian lah yg pakai...
Quote rospinki 16-12-2014 04:38 PM
tinggi sungguh songkok dia ..setinggi harapan kak seniah utk mendapatkan batuan
Quote jazaa 16-12-2014 04:39 PM
Tengok org johor...dok dlm kontena pun kemas je....klu kat  negeri lain, dah mcm reban ayam dah....

Jarang jumpa rumah org johor bersepah...klu yg bersepah tu memang pendatang lah...bkn asal johor....
Quote sabbath_shalom 16-12-2014 04:57 PM
Banyak duit dalam songkok tu
Quote cik_tonggek 16-12-2014 05:12 PM
jazaa posted on 16-12-2014 04:39 PM
Tengok org johor...dok dlm kontena pun kemas je....klu kat  negeri lain, dah mcm reban ayam dah....
...

tah la dik jiran akak org Johor muo tapi rumah ya rabbi
Quote rospinki 16-12-2014 05:15 PM
cik_tonggek posted on 16-12-2014 05:12 PM
tah la dik jiran akak org Johor muo tapi rumah ya rabbi

yg penting tv lcd tu..nampak tak?


Quote che_yatt 16-12-2014 05:16 PM
akk rasa insaf bila tgk org susah mcm ni hidup..moga ada lg yg akn tlg mereka ni..
Quote musangcomel 16-12-2014 05:45 PM
yg aku perasan kan
org susah cemana pon kat mesia ni mesti ada tv lcd
umah nak roboh pon astro mesti ada
pelik dan tak faham, itu suma keperluan ke kehendak?
persoalan disitu
Quote GhostWalking 16-12-2014 05:49 PM
rospinki posted on 16-12-2014 09:15 AM
yg penting tv lcd tu..nampak tak?

Aaaahhhhhh la mekkkkk
Quote arira_arora 16-12-2014 05:57 PM
aah..ni lagi satu.. maknyer tk kija ke...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050107 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top