Pembinaan Loji Najis Menghina Jdt
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat mempersoalkan mengapa loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay itu tidak ditempatkan di kawasan elit tersebut. Beliau yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam isu loji najis itu mempertikaikan keputusan untuk menempatkan loji najis itu di kawasan yang diduduki 100 peratus oleh orang Melayu. "Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," kata ADUNKempas itu. Sukar untuk beliau menerima, orang-orang Melayu di Johor yang 99 peratus diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah dihina dengan sebegitu rupa oleh pemimpin Melayu yang mereka sendiri pilih. "Menteri Besar yang lebih banyak berhubung dengan rakyat berbanding dengan yang lepas juga adalah Melayu, begitu juga dengan exco perumahan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Johor Bahru, dari awal sehingga kini, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan adalah orang Melayu. "Wai'mah Raja kita juga adalah seorang Melayu yang dianggap Ketua Agama dan adat istiadat Melayu. DYMM (Duli Yang Maha Mulia) juga adalah lambang dan payung kepada orang Melayu. "Oleh itu, sukar bagi saya untuk memahami dan saya tidak dapat terima hakikat bahawa bangsa Melayu lebih-lebih mereka yang telah menyokong kita pada setiap pilihanr raya daripada Merdeka sehingga kini, menerima layanan sebegini," kata Tengku Putra hari ini. Penempatan orang Melayu itu kata beliau, mempunyai enam buah surau dan sebuah masjid yang membuktikan kawasan yang terjejas itu memiliki 100 peratus penduduk Melayu. Tidak ada seorang pun daripada 600 penduduk Melayu yang tinggal di perkampungan itu bersetuju dengan pembinaan loji najis tersebut di kampung mereka dan ini dibuktikan dengan petisyen yang dijalankan oleh mereka baru-baru ini. "Tidak ada seorang pun yang bersetuju dengan pembinaan loji najis itu," katanya sambil mencadangkan supaya satu lagi kajian 'door-to-door' dijalankan untuk mengetahui pilihan penduduk Melayu di Pengkalan Rinting sama ada mereka bersetuju dengan pembinaan loji najis itu atau tidak. Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang lebih teliti dan prihatin dalam hal-hal penindasan terhadap orang Melayu di Johor. Dalam sesi dialog di antara pemaju projek loji najis itu dengan penduduk Melayu baru-baru ini tentang pembinaan loji najis itu berakhir dengan kekecohan apabila mereka yang terjejas dengan projek terbabit meninggalkan majlis tersebut lebih awal.
|
vespa_oren posted on 17-12-2014 06:34 AM
Nie memang diaorg tolak siap ada kain rentang lagi, rasa ada pengambil alihan tanah
famri7 posted on 17-12-2014 06:40 AM
Bodh benda mcm ni pon nk bergaduh..bina sajalah..meleis pon berak kan..bukan nya tahi kumbahan menga ...
famri7 posted on 17-12-2014 06:40 AM
Bodh benda mcm ni pon nk bergaduh..bina sajalah..meleis pon berak kan..bukan nya tahi kumbahan menga ...
nalis posted on 17-12-2014 06:37 AM
PBN boleh bg lulus pulak pengambilalihan tu. Ni mesti tak baca abis kertas cadangan. PTD yg buat p ...
ainnas posted on 17-12-2014 06:56 AM
Aku berani katalah kalau bangsa lain haram nak bagi buat loji najis kat tempat depa..buat talian tnb ...
namirulmukminin posted on 17-12-2014 08:32 AM
Apa kata ko cadangkan supaya loji kumbahan tu buat kat dalam pagar rumah ko...
tempur posted on 16-12-2014 11:05 PM
tulisan biar berhemah ..kalau berani sangat tunjukkan muka kat sini..jgn tembak kat belakang macam ...
ADVERTISEMENT