CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Juliana Evans Bakal Berlakon Di Hollywood Tapi Tak Nak Bogel dan Bercium

24-12-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21923| Komen: 64

Pelakon Paling Jelita, Juliana Evans Tak Nak Berlakon Bogel dan Bercium


Pulang ke Malaysia pada pertengahan November lalu selepas tamat pengajian selama tiga tahu di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat pelakon ini nampaknya tidak akan tinggal di sini lama selepas sudah mengikat kontrak dengan pengurusan artis di Hollywood.


Juliana Evans yang kini berusia 25 tahun mengakui persaingan untuk kerjaya sebagai pelakon di Hollywood sangat sengit namun beliau tetap mahu mencuba untuk pengalaman.

“Saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada. Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama”



“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Juliana Evans turut mengenakan syarat ketat terhadap pihak pegurusan beliau di sana untuk tidak mendapatkan kerja seni melibatkan adegan intim dan seksual seperti bogel dan bercium atas nama seni.

“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya”

“Sebagai orang Malaysia & Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya redha, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,” tambahnya lagi.

5

Bagus
2

Marah
12

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_kembong 23-12-2014 11:42 AM
baguslah......semoga success...
Quote maplesue 23-12-2014 11:45 AM
Bagus la kena ada pendirian
Quote skechers 23-12-2014 11:47 AM
Semoga sukses. harap harap tak tenggelam.
Quote abbyhoney 23-12-2014 11:47 AM
tak nak vogel dan bercium...memang HARAM pun ...dia kan ISLAM...jangan hanyut ye sudah..pakai terdedah2 tu pun islam larang ye Juliana..
Quote enchikfitz 23-12-2014 11:48 AM
Semoga berjaya dgn apa yg dilakukan walaupun i yakin dia tak berjaya kat sana.
Quote kucen_miang 23-12-2014 11:51 AM
selamat Berjaya mencipta nama mcm shila amzah. hrp wartawan2 pondan hiburan berlaku adil.
Quote AbukRokok 23-12-2014 11:58 AM
enchikfitz posted on 23-12-2014 11:48 AM
Semoga berjaya dgn apa yg dilakukan walaupun i yakin dia tak berjaya kat sana.

klu xberjaya mcm mana?

industri porn masih ada

Quote enchikfitz 23-12-2014 12:01 PM
AbukRokok posted on 23-12-2014 11:58 AM
klu xberjaya mcm mana?

industri porn masih ada

amboi...kaki porn sungguh ummah shia mcm ko ni
Quote Grengo 23-12-2014 12:07 PM
Semoga sukses.
Belakon aja crite law n order.. no kissing2 nude2 one.
Quote aseela 23-12-2014 12:09 PM
vogel tu kan art...giteww...
moga sukses
Quote Syd 23-12-2014 12:09 PM
kalau berlakon bercium saya tak nak
tapi kalau bercium tanpa berlakon, saya OK

Quote cik_tonggek 23-12-2014 12:15 PM
ko jangan no kissing no vogel2 time belakon je dik. off set pun jgn nak kissing jugak pahamm
Quote joyahglam 23-12-2014 12:44 PM
kadang2 aku kompius dengan retis2 punya stetmen
kata islam laa melayu laa tau batas2 and what not
tapi perbuatan mereka tak menggambarkan langsung
apa yang dikatakan..
mungkin pemahaman aku kot yang silap..hmmm
Quote mesmerize 23-12-2014 12:46 PM
ada banyak jah product hollywood tak memerlukan adegan ranjang n ciom..

berlakon series macam x-files ok gak.. jadi penyiasat mcm dana scully

ataupun macam pilem interstellar tu Anne Hathaway berlakon jadi dr brandt yang terbang ke planet lain tu.. dari awal sampai akhir mana ade berciom

takpun cite hantu macam the conjuring.. seram memanjang takde adegan intimate langsung hoke.. hiks

semoga berjaya jue
Quote Syd 23-12-2014 12:46 PM
joyahglam posted on 23-12-2014 12:44 PM
kadang2 aku kompius dengan retis2 punya stetmen
kata islam laa melayu laa tau batas2 and what not
...

nama pung pelakon, yang berlakon

artis mmg selalu berlakon ala2 baik depan penonton peminat



Quote myakayina 23-12-2014 12:47 PM
Syd posted on 23-12-2014 12:09 PM
kalau berlakon bercium saya tak nak
tapi kalau bercium tanpa berlakon, saya OK

statement.. 'kuang hajo!'.. 'kuang hajo!'
Quote stania83 23-12-2014 01:09 PM
Sheols dlm new york cinta sgtla haggard. Siapa perasan?
Quote setokinpurple 23-12-2014 01:09 PM
Okla tu.. Walaupon tak berkelubung aurat atleast dia tau jaga batas takmo adegan intim segala. Itu menunjukkn dia masih ada iman. Harap 1 hari nanti ada la filem transfomers in malaysia. Nk tgk klcc runtuh dlm filem
Quote lil_honey 23-12-2014 01:22 PM
belakon tempelan pun okay je..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.090928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top