CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambakan Kayu Balak Punca Terputus Hubungan Darat

30-12-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11202| Komen: 56

Lambakan Kayu Balak Punca Terputus Hubungan Darat


DUNGUN: Lambakan kayu balak merintangi laluan utama di Kampung Rantau Panjang menghala Bukit Besi dekat sini, menyebabkan lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan terputus hubungan darat sejak tiga hari lepas.

Tinjauan Bernama pada Ahad mendapati ratusan kayu balak bertaburan di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter, menyebabkan penduduk terperangkap sehingga terpaksa menggunakan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi operasi menghantar bekalan makanan.

Lebih membimbangkan, penduduk di sana juga terputus hubungan telekomunikasi dan bekalan elektrik berikutan banjir yang turut melanda kawasan kampung itu ekoran limpahan air sungai dari Sungai Dungun di Kuala Jengai.

Mangsa, Nik Mohd Faizal Nik Mohd Fikri, 32, yang bertugas sebagai anggota tentera di Port Dickson, berkata timbunan balak tersebut adalah dari satu lokasi simpanan kayu balak di atas sebuah bukit.

"Disebabkan hujan lebat tidak berhenti yang sudah lebih seminggu, kayu-kayubalak yang disimpan di atas bukit itu menggelongsor jatuh hingga berselerak dijalan utama," katanya ketika ditemui Bernama yang berada di lokasi berkenaan.

Berikutan kejadian itu, beliau yang pulang ke kampung sejak seminggu lepas terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke tempat kerja, selain tidak dapat membuat panggilan bagi memaklumkan keadaannya.

"Sudahlah kawasan kampung kami banjir, semua penduduk di sini juga risau kerana jika hujan berterusan, kayu balak yang sebesar empat hingga lima pemeluk itu akan menggelongsor jatuh lebih banyak dari tempat simpanannya dan merempuh rumah," katanya.



Ekoran terputus hubungan darat, mangsa yang dipindahkan sejak seminggu lepas di Sekolah Menengah Kuala Jengai, kini berdepan masalah apabila terpaksa mencatu makanan sejak tiga hari lepas.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rajimen Askar Melayu Diraja, Kuala Terengganu Leftenan Kolonel Mohd Tahir Symon yang turut bersama meninjau di lokasi berkenaan berkata jentera berat diperlukan bagi mengalih kesemua kayu balak tersebut.

"Laluan ini kita akan bersihkan secepat mungkin kerana ia menyukarkan pergerakan dan pasukan penyelamat juga sukar menghantar bekalan makanan," katanya.

20

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
8

Sedih
22

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vandergooh 30-12-2014 03:10 AM
tebang lah lagi hutan tu banyak2...
Quote anno_miss 30-12-2014 03:39 AM
Tarah utan tu..ingt nk tebalkn poket sendiri aje. Buat t### kat mesia..enjoy kt luar negara..
Quote munchkin 30-12-2014 03:41 AM
Pembalakan adalah satu punca?
Quote mbhcsf 30-12-2014 03:46 AM
hmmm...jawapan teruknya banjir asbabnya hanyut di depan mata

terkilan sedikit melihat balak dan dihanyut banjir ( balak deforestation ) kawasan tadahan ...blabla...then impak sekarang banjir ...macam seolah olah layoq kat depan mata ...je
Quote Al-Patih 30-12-2014 04:45 AM
rasia berlaku dalam hutan......dibonkar....
Quote dubuk 30-12-2014 08:27 AM
balak siapa tu oiii
Quote xtahumenahu 30-12-2014 08:28 AM
mak oiii...nasib baik menggelongsor ke jalan...kalo jatuh kat umah...sekolah yg jd tempat pemindahan tuh??
Quote jofizo 30-12-2014 08:30 AM
nasib baik berat........ kalau x blh angkut jual blh cover duit nak repair rumah lepas banjir
Quote cmf_kunyit 30-12-2014 08:31 AM
apalagi, kaut la balak tu,
tak kaut kang org lain kaut
kaya tokey balak ni..
Quote alekxander 30-12-2014 08:34 AM
kantoi sudah




Quote magnus 30-12-2014 08:38 AM
pembalakan kat kelantan pun jgn buat buta buta mata hati plak tak nampak ye...
Quote vandergooh 30-12-2014 09:59 AM
Terbongkar sekali hanyut...
Quote bluehedgehog 30-12-2014 10:12 AM
terengganu & pahang juga darul botak hutan...
silalah banjir besar2 lagi ya...
Quote lululun 30-12-2014 10:12 AM
hurmmm... kantoi... sapa la yang punye tu.
Quote mrsamz 30-12-2014 10:22 AM
Malaysia takde badan ngo yg kuat utk menentang pembalakan ni..jujurnya..aku mmg da banyak kali lalu ke kws balak kat dlm hutan gua musang..kuala tahan..lojing...mmg sangat menyedihkan..
Yg skarang org heboh di kelantan..padahal kampung2 di sebelah taman negara kuala tahan i.e kampung pagi,kampung mat daling saban tahun terjejas teruk bila dtg musim monsun...lebih2 lagi skang tgh ada projek hiway nak hubungkan antara kuala tahan ke terengganu..habis botak bukit bukau dan tanah ditarah kat area ulu tembeling tu
Quote langau 30-12-2014 10:26 AM
mrsamz replied at 30-12-2014 10:22 AM
Malaysia takde badan ngo yg kuat utk menentang pembalakan ni..jujurnya..aku mmg da banyak kali lalu  ...

sapa berani usik jerung bro....
Quote mrsamz 30-12-2014 10:49 AM
langau replied at 30-12-2014 10:26 AM
sapa berani usik jerung bro....

Jerung2 ni lah yg akan menghancurkan masa depan generasi anak cucu kita
Quote lostnfaun 30-12-2014 10:59 AM
takde sapa nak berebut2 ambik kayu balak tue ker.... jual byk duit bole dpt tue
Quote primemova 30-12-2014 11:01 AM
lostnfaun replied at 30-12-2014 10:59 AM
takde sapa nak berebut2 ambik kayu balak tue ker.... jual byk duit bole dpt tue

Kalau ringan boleh angkat dgn tangan dh lama dh orang angkot sorang satu

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077382 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top