CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Banjir]Aizat sayang gegurl

2-1-2015 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11135| Komen: 48

[Banjir]Aizat sayang gegurl

KUALA KRAI
: Pelbagaipengalaman yang menjentik naluri keinsanan telah dilalui wartawan AstroAWANI, Hilal Azmi, yang kini masih berada di Kelantan untukmenyampaikan laporan mengenai keadaan mangsa banjir yang melanda banyakkawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kisah yangdisampaikan ini diharapkan dapat membuka naluri kita semua tentangpengorbanan dan kasih sayang, bukan sahaja sesama manusia, malah antarasetiap makhluk yang selama ini hidup berkongsi ruang.

Berikut adalah catatan Hilal Azmi di lokasi:

Ketika saya tiba di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, saya amatterkejut dengan pemandangan yang terpampang di depan mata. Suasananyabegitu menyayat hati.

Segala-galanya menterjemah maknakemusnahan. Keadaan sekitar kawasan itu seperti dibadai ombak besaryang menghancurkan segala bentuk bangunan mahupun rumah kediaman.

Jika adapun binaan yang masih bertahan di tapaknya, rupanya langsung tidak seperti asal.

Usaha untuk mendekati kampung itu tidak juga mudah. Hujan renyai-renyaiketika itu menjadikan laluan krew Astro AWANI dipenuhi lumpur.

Risiko kecederaan juga menunggu sesiapa sahaja lantaran kebanyakanbahagian kayu dari rumah yang musnah turut mendedahkan paku. Tersilaplangkah, bimbang juga tertusuk ke kaki.

Dalam mengatur langkah dengan berhati-hati, saya ternampak seekor anak kucing yang basah dan menggigil kesejukan.

Dalam keadaan hujan renyai ketika itu, ramai mangsa banjir mula keluardari lokasi mereka berlindung daripada kesan bencana itu sejak hampirseminggu lalu.

Sejurus kemudian dari satu sudut, munculseorang kanak-kanak bersama seorang wanita yang saya teka sebagaiibunya. Dengan perlahan mereka meredah laluan yang selamat untukberpijak.

Namun apabila ternampak saja kucing tersebut, kanak-kanak itu dengan riak muka lega segera mendapatkan haiwan berkenaan.



“Gegurl! Gegurl!" kata budak lelaki tersebut, lalu mendukung seterusnya mengusap ulang kucing kesayangannya.

Dia kelihatan gembira dan tersenyum. Mungkin itu senyuman pertamanya selepas dihimpit perasaan resah berhari-hari.

Saya cuba mendekati budak lelaki tersebut yang saya kira sekitar usia lapan tahun.

Dia yang kelihatan comot dengan palitan lumpur di tubuh dan pakaiannyatidak putus-putus tersenyum, seolah-olah sedang berkomunikasi dengankucing berkenaan yang terlentok dalam dakapannya.

Keadaankucing itu kuyup dan menggigil. Ada tanda-tanda tekanan pada kucingterbabit yang saya bayangkan sudah lebih tiga hari tidak makan.

"Nama adik siapa?" Soal saya pada budak itu.

"Aizat!" Jawabnya sambil tersengih dengan gaya bangga.

"Dio carik lamo doh... ni kucin tu baru tubik dari celoh kayu... Tupasa la dia cepat-cepat jerit (Sudah lama dia cari.. kucing ini barukeluar dari celah kayu. Itu pasal dia cepat-cepat jerit)," terangwanita yang bersama Aizat itu kepada saya.

"Jale molek deh... jago kucin tu elok-elok," pesan saya dalam loghat Kelantan kepadanya.

Aizat mengangguk dan terus berlalu kerana dia ada tanggungjawab untuk dilunaskan kepada kucing tersebut.

Insiden itu membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Tentang kemuliaanhatinya walau diri sendiri ditimpa kesusahan. Dan tentang bersihnyahati seorang kanak-kanak walau tubuhnya terpalit kotor lumpur.

Hati saya berbisik, ‘sedangkan kanak-kanak tahu erti kasih sayangsesama makhluk, mengapa kita yang dewasa berbalah sesama manusiatatkala bencana melanda saudara kita di sini?’.

Banjir diPantai Timur bukan sahaja memusnahkan harta benda dan mengorbankannyawa manusia. Banyak haiwan ternakan dan peliharaan juga menjadimangsa dalam bencana ini.

Sejauh mana kita manusia mampu bersatu hati untuk mengembalikan keadaan seperti asal?


10

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haniryan 2-1-2015 02:09 PM
..... sebak baca
Quote Kittie 2-1-2015 02:16 PM


Sib baik jumpa...
Quote Kittie 2-1-2015 02:16 PM
Shomel gegurl Aizat.
Quote Lorra2411 2-1-2015 02:19 PM
comelnya gegurl tu. syukur, masih Gegurl masih hidup
Quote koe_syahf 2-1-2015 02:32 PM
suwitt nya awk aizat. penyayang orangnya macam kita . kiki
Quote Modngengade 2-1-2015 02:32 PM
Cumil kucem gegurl
Quote obelisk 2-1-2015 02:35 PM
i love miow...
Quote Artemesiaa 2-1-2015 02:44 PM
Edisi jejak kasih selepas banjir
Quote ajunara 2-1-2015 02:46 PM
harap ada yang amek ikhtibar
Quote prettyuglybabe 2-1-2015 02:56 PM
manjanya gegurl
bersih je

semoga kehidupan mereka lebih baik sekarang
Quote hyunniesSS501 2-1-2015 04:32 PM
olooooo sweetnyah gegirl aizat
Quote shunnaray 2-1-2015 04:35 PM
awwwww....sweet sgt budak aizat & gegurlnya
Quote duyong95 2-1-2015 04:52 PM
bijok deh kucin kelate namo gegurl
Quote Kittie 2-1-2015 05:20 PM
Baru Kittie perasan, dah boleh nampak gambar guna fon.
Quote GhostWalking 2-1-2015 05:23 PM
Gegurl pun nampak sayang kat adik neh
Quote ultra78 2-1-2015 05:27 PM
Thread pencinta kucing

Quote aderaderker 2-1-2015 05:28 PM
Berita simple je tp sindir halusssss..
Quote missDollie 2-1-2015 05:35 PM
mujur jumpa gegurl..tacingnyaa...
Quote Knowlee 2-1-2015 05:57 PM
Cian gegurl. Moga Aizat dan gegurl sihat walafiat dan hidup bahagia nanti.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064428 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top