CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

2AM datang Malaysia Rasmi Kafe Dal.Komm

5-1-2015 11:30 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6869| Komen: 4



Gempak tak gempak, Kafe Dal.Komm di dilancarkan oleh kumpulan 2AM. Bukan senang kumpulan KPop terkenal nak datang Malaysia hanya nak lancar kafe tau, rasanya ini kali pertama. Kali terakhir melihat anggota 2AM datang ke Malaysia adalah untuk konsert mini mereka "The Way Of Love" pada 1 Disember 2012.

Bagi yang masih tak tahu mengenai kafe ini, Dal.Komm yang membawa maksud manis atau dalam bahasa Inggerisnya “sweet” dalam bahasa Korea. Kafe berkonsepkan muzik dan hiburan ini sangat sesuai dan menepati citarasa bagi yang inginkan sedikit kelainan lebih-lebih lagi muzik yang dimainkan sentiasa berubah dipilih dengan teliti mengikut mood harian pelanggan. Kafe ini juga menawarkan gitar dan Ipads melalui talian perkongsian muzik 'stream online' melalui kotak KKBox untuk menyemak muzik. 


Sekiranya anda bertuah mungkin anda akan mendapat kad muzik yang telah ditandatangi oleh artis dari Korea. Dan kafe juga akan sentiasa mengemaskinikan slot 'Veranda Live" (persembahan secara langsung artis yang dijemput) yang akan diadakan di ke semua cawangan Dal.Komm dari masa ke semasa. Apa pun tujuan utama Dal.Komm adalah untuk memberi pelanggan kepuasan dalam menikmati muzik sambil bersantai.



Kata Jo kwon, ini adalah yang pertama kali baginya memasuki kafe di Malaysia dan secara keseluruhannya beliau suka melihat dekorasi dan susunan di dalam kafe tersebut. Selain keterujaan dan gembira melihat kafe yang berasal dari Korea, mereja berjanji akan terus memberi sokongan dan cuba sekerap boleh untuk mengunjungi Dal.Komm Cafe di Korea nanti.

Bagi Jin Woon pula, berada didalam kafe yang berkonsepkan muzik adalah sangat menyeronokkan apatah lagi Dal.Komm menyediakan gitar dan beberapa iPad untuk para pelanggan menikmati waktu-waktu mereka dikafe tersebut. Dia juga berharap agar Dal.Komm terus maju dan sukses.
Disebabkan telah terlibat dalam beberapa aktiviti showcase dan concert mereka sendiri di Malaysia, mereka berharap agar dapat kembali lagi ke Malaysia untuk concert terbaru mereka. Sempat juga Jinwoon bergurau mesra, katanya "Please call us again and again" . (Hmmm...harap hint seperti ini diambil pandang serius oleh pengajur di Malaysia ya...)





Untuk pengetahuan semua 2AM baru saja melancarkan album penuh mereka pada akhir October 2014 dengan nama album 'Let's Talk' dibawah naungan JYP Entertainment sepenuhnya.

Bagi yang belum pernah mendengar atau mencuba makanan serta coffee di Dal.Komm ini. Oleh kerana kafe ini baru dibuka maka untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM akan mengambil masa sedikit. Namum Dal.Komm memberi jaminan semua hidangan makanan dan minuman adalah halal malahan tiada sebarang arak yang dicampurkan didalam hidangan coffee mahupun makanan. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu untuk memasuki kafe ini untuk menikmati pelbagai makanan yang disediakan didalam menu. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai cawangan Kafe Dal.Komm , anda boleh melayari website mereka iaitu www.dalkomm.com.my.

CARI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan media kepada Dal.Komm dan juga kepada para kakitangan yang baik hati atas layanan diberikan. Semoga kafe anda akan terus suksess di Malaysia.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isabel 17-12-2014 10:52 AM








Quote isabel 17-12-2014 10:54 AM




Quote azrain98 23-12-2014 08:09 PM
tk perasan pulak ada bod ni....ada tngok insta jo kwon dia pergi ioi city

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.181784 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top