Walaupun terkilan dengan komen 'panas telinga' oleh Datuk Rosyam Nor itu, Ifa mengambil sikap terbuka menerima komen tersebut. Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman Rosyam sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama aktor Hisyam Hamid menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata. "Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan. "Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
|
ADVERTISEMENT