CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hudud dan Pandangan Pakar

5-6-2013 02:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10852| Komen: 90

Hudud dan Pandangan Pakar – Membetulkan Kesilapan Tun

Hudud sepatutnya tidak dijadikan isu oleh mana-mana pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Hudud ialah tanggungjawab. Sebagai tanggungjawab yang terpikul ke atas kita ini, maka wajib bagi kita bertindak dengan sekadar mampu ke arah perlaksanaannya.
Namun apa yang sedang berlaku sekarang ialah, pihak pembangkang terutamanya PAS sering menggunakan Hudud sebagai senjata untuk menyerang kerajaan sekarang. Manakala kerajaan pula sering menyerang balik dengan mempertikaikan Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS itu.

Adakah semua kesilapan dan salah faham tentang Hudud adalah kerja UMNO?


Pada titik inilah ia mula menjadi isu. Kenapa kerajaan menyerang PAS, adalah kerana Hudud yang dibawa itu datang dari model ciptaan mereka sendiri.
Hudud sememangnya disebut di dalam al-Quran tetapi perbincangan dari segi perlaksanaan, kadar hukuman, syarat-syarat dalam hukuman dan sebagainya lagi adalah kerja ahli feqah. Para ahli feqahlah yang bertanggungjawab menyusun semula hokum-hukum had tersebut bagi memudahkan urusan perlaksanaannya, dan itulah yang berlau sejak dari zaman Sahabat lagi.


Justeru apabila ia dibincangkan, maka akan wujudlah perselisihan dan perbezaan. Pelbagai faktor akan diambil kira. Sebagai contoh, hukuman sebat ke atas peminum arak. Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, hukuman yang dikenakan ialah 40 kali sebatan. Tetapi pada zaman para Sahabat, ada yang menaikkan kadar hukumannya hingga 80 kali atas pelbagai faktor.


Dari segi hokum, ia jelas iaitu sebatan tetapi dari segi kadarnya, ia menampakkan perbezaan dan perbezaan ini dibenarkan.
Sebenarnya, kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah kerana kurang faham terhadap perlaksanaan hukum Hudud itu sendiri.  Lantaran itulah perjuangan PAS kelihatan belum berjaya dan ia bukan pula bermakna masyarakat menolak Hudud secara total!

Menurut Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, asas Hudud yang disebut dalam Quran ialah seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Terminalogi dalam peristilahan perkara ini disebut sebagai qat’i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi atau qat’iya thubut.

Namun perbahasan ataupun perincian hukum tersebut seperti yang SB sebutkan tadi iaitu syarat-syarat hukum itu boleh dilaksanakan, konteks perlaksanaan hokum dan segala perincian lainnya kebanyakan adalah daripada ijtihad ahli feqah.


Ahlul feqah pula akan bersumberkan kefahaman mereka terhadap nas-nas yang zanni atau bersifat spekulatif (zanniyat dilalah) daripada nas-nas al-Quran atau hadis yang mempunyai pelbagai pentafsiran ataupun takwilannya. Ijtihad itu seperti kata Dr. Asri lagi, terdedah kepada penilaian semula dengan menggunakan ijtihad yang lain. Ia bukanlah satu kesalahan dari segi akidah apabila berbeza pandangan dalam hal ijtihad.


Justeru mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir dalam ulasannya. Tetapi itu tidak menjamin bahawa Tun benar. Dalam hal ini, Ustaz Fathul Bari dengan tegas memberitahu kita bahawa kenyataan Tun tentang Hudud bukan dari Al-Quran tetapi ciptaan ahli feqah adalah tidak tepat dan Dr Asri pula menyifatkan ada kesilapan dari segi istilah yang digunakan oleh Tun. SB amat berharap Tun akan membuat kenyataan susulan berhubung isu ini.


Mungkin Tun cuba menjelaskan dari sudut perbahasan ahli feqah. SB amat yakin Tun tidak menolak hokum Hudud secara total kerana Tun memahami implikasinya. Mana mungkin seorang yang berjasa kepada syiar Islam di Malaysia dan dunia Islam umumnya boleh menolak hokum Hudud?


Dalam hal ini, kita juga perlu bertanya tentang maksud dan niat orang yang mengusulkan pertanyaan kepada Tun dalam program tersebut. Adakah orang tersebut benar-benar ikhlas atau sengaja mencetuskan provokasi halus bagi memerangkap Tun sendiri? Jika dia ikhlas, soalan itu sepatutnya diusulkan kepada ahli feqah yang lebih pakar, bukannya Tun.


Sebaliknya jika dia sengaja mencetuskan provokasi halus bagi memerangkap Tun, sememangnya dia sudah berjaya melakukan serangan tersebut. SB amat yakin dan pasti, dia sudah pun tahu akan jawapan dari Tun ketika mengarang soalan itu lagi.


Justeru SB berharap semua rakan SB dapat menggunakan hak berfikir sebelum bersuara. Bertanyalah kepada orang yang betul. Jangan tanya pakar enjin jika kita ingin tahu tentang tips memasak. Belum tentu dia dapat menjawab dengan bagus.


Intipati daripada tulisan SB ini ialah, pertama, tanggungjawab untuk melaksanakan hudud harus didahului oleh tanggungjawab tarbiyah dan pendidikan supaya masyarakat kita faham terlebih dahulu. Dalam hal ini, SB tidak mahu menyalahkan kerajaan secara total. Dari sistem pendidikan yang pernah dilalui oleh SB sendiri jugalah yang membantu SB kenal dan faham asas kepada Hudud. Sistem pendidikan itu datangnya daripada kerajaan kita, bukan dari PAS.


Kedua, dalam hal-hal menyentuh akidah ini, eloklah kita mengambil jalan orang awam iaitu merujuk kepada yang ahli atau pakar sebelum membuat sebarang kenyataan.
Ketiga, berbahaslah dengan seseorang mengikut kadar pengetahuannya dan jangan sesekali cuba memerangkap orang yang tidak tahu dengan menggunakan kelebihan yang kita ada. Ia adalah jenayah ilmu yang amat dibenci oleh Saidina Ali.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sipolan 4-6-2013 05:29 PM
HUDUD DAN HIPOKRASI PAS

Sesuai dengan judul yang diberikan, sengaja SB tampilkan video di bawah untuk tatapan kita semua. SB fikir ia bertepatan dengan isu Hudud yang kembali panas akhir-akhir ini.



Di Acheh, Hudud dilaksanakan sebagai hukuman, bukan untuk berpolitik. Ia dijalankan selepas usaha tarbiyah dan pencegahan dilakukan terlebih dahulu.


Dalam konteks negara kita, kefahaman umat terhadap perlaksanaan hukum Had yang terkandung di dalam al-Quran ini sebenarnya masih terlalu rendah, bahkan yang mengaji dan memahami isu kandungan al-Quran itu sendiri boleh dikatakan terlalu kecil bilangannya.


Justeru bagaimana ia boleh ditegakkan jika umat Islam sendiri gagal memahami hikmah hukum Allah ini? Bagaimana pula dengan orang bukan Islam?


Lantaran itu SB amat-amat teruja dengan usaha ILMU yang akan membuat tour bagi menjelaskan hukum-hakam di dalam al-Quran ini kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan semata-mata orang Islam.


Malangnya usaha ini seolah-olah tidak digemari oleh PAS yang selama ini melaung-laungkan slogan Hudud dan Negara Islam dalam setiap ceramah dan kempen pilihan raya mereka.


Inisiatif ILMU mengirim surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan untuk berbincang tentang hal ini juga belum disambut dengan sapaan yang diharap-harapkan oleh sekretariat ilmuan muda tersebut.






SHAH ALAM 28 Ogos 2012 – Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respon rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.


Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.


“Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.


“Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.


Pada 26 Ogos lalu, Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.


Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.


Usaha ILMU ini sudah cukup untuk menjadi bukti awal bahawa UMNO tidak pernah menolak Hudud seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya, UMNO sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PAS kerana sedar, perlaksanaan hukum ini memerlukan gandingan bersepadu daripada orang Islam sendiri sebelum digazetkan secara sah di negara kita.

Inilah masanya untuk ulamak-ulamak PAS membuktikan keikhlasan mereka dalam membawa agenda Hudud dan Negara Islam. PAS perlu sedar, hanya dengan UMNO sahaja yang memungkinkan hasrat tersebut dapat dicapai demi kebaikan seluruh umat Islam di Malaysia. Bukan dengan PKR. Bukan dengan DAP Laknatullah!


Quote sipolan 4-6-2013 05:30 PM
AGENDA HUDUD : BUKTI UMNO TIDAK TOLAK ISLAM. PAS MUNAFIK!!



Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) hari ini mengeluarkan surat sokongan penuh mereka kepada UMNO Johor terhadap usaha melaksanakan Hudud di negeri tersebut.


Ia susulan kenyataan terbuka ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang menyokong usaha menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan Hudud sepenuhnya di Malaysia.


Dalam surat sokongan yang disiarkan dalam laman web ILMU itu, Pengarah Urusannya, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan hasrat UMNO Johor itu sebagai satu iltizam yang benar, agung dan berhak dipertahankan.


Justeru bagi menjayakan hasrat ini, ILMU melihat perlunya penglibatan pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud ini seperti Sultan, para cendekiawan, pihak PDRM, pakar perundangan, badan kehakiman dan institusi mahkamah, pihak penjara dan paling utama, kumpulan ulamak antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada ILMU dan Ustaz Fathul Bari yang mewakili pimpinan tertinggi UMNO. Perkembangan muktahir ini ternyata amat positif sekali gus menafikan segala tuduhan PAS selama ini yang mendakwa UMNO menolak Islam di Malaysia. Allahuakbar!!


Teks penuh surat sokongan boleh dibaca di website ILMU. Klik SINI.


Quote sipolan 4-6-2013 05:31 PM
Hukum HUDUD perlu mendapat persetujuan DAP

Rakaman di bawah ini mungkin boleh membantu segelintir rakan kita memahami realiti politik di Malaysia.





Baik UMNO mahupun PAS, kedua-dua parti orang Melayu ini akan berhadapan kesukaran untuk melaksanakan Islam secara keseluruhan termasuk sistem perundangan Islam iaitu Hudud.


PAS tidak boleh lagi mendabik dada kononnya ia parti Islam yang memperjuangkan Hudud dan negara Islam di Malaysia, begitu juga UMNO tidak boleh lagi berterusan memainkan sentimen survivor bangsa Melayu. Ini politik lama.


Realitinya, PAS terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak rakan komponen dalam Pakatatan Rakyat seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam klip video di atas. UMNO pula perlu menjaga hati rakan-rakan kompenannya yang lebih banyak di dalam Barisan Nasional.


Seharusnya kita sudah boleh berfikir dengan jelas. Perjuangan mana yang lebih realistik?


Islam sukar ditegakkan di negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Lebih sukar lagi kerana kumpulan minoritinya mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem politik di peringkat nasional sedangkan pada masa yang sama, orang Melayu berpecah kepada pelbagai fahaman dan ideology politik.


Hanya ada dua jalan untuk Islam didirikan dengan menyeluruh. Pertama, seluruh umat Melayu dan Islam bersatu. Tiada fahaman politik. Tiada kepentingan individual dalam kalangan pemimpin.


Kedua, PAS keluar dari Pakatan Rakyat. PAS perlu bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN dan menang lebih 2/3 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar kukuh sama ada di Pusat atau Negeri.


Atau jalan terakhir, jihad fisabilillah.




Quote bangcak 4-6-2013 06:21 PM


ILMU lupa yg tn guru nik aziz bukan PM (bukan org yg berkuasa luluskan sebarang undang2).

Quote airfilterbersih 4-6-2013 09:40 PM
bangcak - bile sepatutnya pas menerajui selangor sbg MB....mana wakil pas yg layak walaupun menang 15 kerusi iaitu lebih dri sekutunya??

ada hati nk cite pasal jadi PM ka?
Quote airfilterbersih 4-6-2013 09:41 PM
@bangcak - pas mmg suke koner....mana negara islam??
mana kepimpinan ulama??
mane hudud?
mana mana mana????????
Quote bangcak 4-6-2013 11:02 PM
airfilterbersih posted on 4-6-2013 09:41 PM
@bangcak - pas mmg suke koner....mana negara islam??
mana kepimpinan ulama??
mane hudud?

insyaallah selepas pas diberi kuasa untuk melulus undang2. (kuasa federal).

Quote airfilterbersih 4-6-2013 11:11 PM
@bangcak - pi tadbir dulu selangor...tutup pusat judi pusat urut sume dibawah perlesenan kerajaan negeri..baru bole sembang pasal kerajaan pusat...

hang cite sikit ape pas buat di selangor?ada tak inisiatif pas untuk melaksanakan undang2 islam????????
Quote airfilterbersih 4-6-2013 11:12 PM
jumlah kerusi pas secara total nye berapa bangcak??
klau menang 100% pun x cukup nk bentuk kerajaan malaysia..

so????
Quote bangcak 4-6-2013 11:31 PM
airfilterbersih posted on 4-6-2013 11:12 PM
jumlah kerusi pas secara total nye berapa bangcak??
klau menang 100% pun x cukup nk bentuk kerajaan ...

sejak dulu umno dok kempen "kalu dap menang 100% pm org cina"
then, skang dap dah menang 100% so, mana pm cina nya?

jumlah kerusi pas sikit?
itu tanggungjawab penyokong umno utk bebaskan diri dari dikongkong melayu2 kristian umno
dan berpakat sokong/perbanyakkan kerusi pas.


Quote airfilterbersih 4-6-2013 11:45 PM
ape kau melalut ni @bangcak ???
sape umno yg ckp gitu?
main sebut jeee....

meh cite 1 per 1...
mulai dgn apa yg pas nk buat & berjaya buat....
cer cite sikit drpd hang merapu ntah ape2 ni...
Quote airfilterbersih 4-6-2013 11:47 PM
kerusi PAS sikit ape kene mengene dgn tanggungjawab umno lak???
pi la bertanding bnyk2.

sume hal hang nk salahkan umno...nampak tak cara tu x kene..hang kene tgk "kenapa pas tidak mendapat tempat dihati rakyat"....

bukan nk twist nj salahkan umno...
Quote mrsrezza 5-6-2013 12:19 AM
x mendapat tempat d hati rakyat sbb banyak propa!
pastu semua benda nak dipolitikkan!
Quote opeth 5-6-2013 12:22 AM
Bleh ke johor laksana hudud? Tak marah ke soi lek? Nanti dia cakap rakyat johor mundur sebab ada hudud cemane
Quote Honeyda 5-6-2013 12:35 AM

Sememangnya isu hukum hudud adalah satu isu yg sensitif dan hangat..
Sepatutnya jgn jadikn isu hudud ini sbg modal dan bhn politik..
Ini krn khuatir perbuatan itu akn memkn diri sendiri nnti..
Jgn menggunakan kesempatan memperjuangkn perlaksanaan perundangan Islam ini
hnya ketika pilihanraya sj..

Persoalannya...mengapa Tuan Guru Nik Aziz tdk melaksanakan sj hukum Hudud di Kelantan
w.pon ktnya di tolak oleh Tun Dr Mahathir dgn alasan tdk termaktub dlm
Perlembagaan Negara Malaysia...

Sepatutnya sbg pemimpin yg seluruh hidupnya memperjuangkn syariat Islam..
Tuan Guru Nik Aziz wajar melaksanakan hukum itu di Kelantan..
Tuan Guru tak perlu risau krn agama Islam tlh termaktub dlm Perlembagaan Negara Malaysia sbg
agama rasmi negara...
Quote albatross 5-6-2013 01:09 AM
satu lagi pasal hudud ni, salah satu dosa PAS yg paling besar dalam Malaysia ni adalah menyesatkan sejumlah besar umat Islam untuk mempercayai bahawa tidak wajib untuk pemerintah melaksanakan hudud ke atas orang kafir. sehingga ada sekali aku pernah solat jumaat di negeri pimpinan PR, khatib politik tu boleh rilek saja kata hudud ni tak wajib atas kafir. PAS sengaja memutarbelitkan hukum Allah hanya sebab untuk meraih undi kafir! PAS sanggup menggadaikan ugama, mengubah hukum Allah hanya untuk dapat kuasa...

drpd jakim:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/217
drpd hizbuttahrir:
http://www.mykhilafah.com/index. ... a-untuk-orang-islam
Blog ni juga heplful:
http://dnobiz.com/santai/hukum-h ... -untuk-orang-islam/ Last edited by albatross on 5-6-2013 01:11 AM

Quote orgkpg 5-6-2013 04:24 PM
dah cukup ramai ker ulama2 yg cukup pakar dalam hukum hudud?
Quote sipolan 5-6-2013 04:34 PM


ILMU lupa yg tn guru nik aziz bukan PM (bukan org yg berkuasa luluskan sebarang undang2).
SEDAR DIRI LAK TU...TAPI ITU SEMUA ALASAN...

Insyaallah selepas pas diberi kuasa untuk melulus undang2. (kuasa federal).

ORANG GILA KUASA AKAN KATA MACAM NI...ANAGAN ANAGAN MAT NIK JENIN...

sejak dulu umno dok kempen "kalu dap menang 100% pm org cina"
then, skang dap dah menang 100% so, mana pm cina nya?

ITU TIPU MUSLIHAT DAPIGS UNTUK BELI JIWA MELAYU YANG MUDAH TERTIPU MACAM KO...LAGI SATU PAS KECUT TELOR NAK TANGGUNG SEMUA TU SUPAYA TAK NAK RAKYAT TANYA PASAL HUKUM HUDUD YG DIGEMBAR GEMBURKAN SELAMA INI....SO ITU TANDA SEMUA KATA KATA PASETAN TIPU BELAKA..FASIK!!!
Quote sipolan 5-6-2013 04:40 PM
Sememangnya isu hukum hudud adalah satu isu yg sensitif dan hangat..
Sepatutnya jgn jadikn isu hudud ini sbg modal dan bhn politik..
Ini krn khuatir perbuatan itu akn memkn diri sendiri nnti..
Jgn menggunakan kesempatan memperjuangkn perlaksanaan perundangan Islam ini
hnya ketika pilihanraya sj..

Persoalannya...mengapa Tuan Guru Nik Aziz tdk melaksanakan sj hukum Hudud di Kelantan
w.pon ktnya di tolak oleh Tun Dr Mahathir dgn alasan tdk termaktub dlm
Perlembagaan Negara Malaysia...

Sepatutnya sbg pemimpin yg seluruh hidupnya memperjuangkn syariat Islam..
Tuan Guru Nik Aziz wajar melaksanakan hukum itu di Kelantan..
Tuan Guru tak perlu risau krn agama Islam tlh termaktub dlm Perlembagaan Negara Malaysia sbg
agama rasmi negara...

TUN DAH SOKONG NIK AZIZ TU LAKSANA HUDUD...TUN DAH HANTAR SURAT DAH...
LAKSANAKAN LAH TAPI NIK AZIZ NI ULAMAK FASIK...KATA KATA DUSTA BELAKA..
KALAU LAKSANA HUDUD KAT KELANTAN SERAMBI MAKSIAT TU...MEMANG RAMAILAH RAKYAT KELANTAN KENA HUKUM HUDUD...
KALAU DIA NAKA LAKSANAKAN HUDUD PUN..BIAR DIA JADI PM SO BOLEHLAH DIA LAKSANAKAN HUDUD TAPI RAKYAT KELANTAN MUNGKIN TERKECUALI LAH...FAHAM JE LAH...
BUKANNYA APA..KITA NAK TENGOK MACAM MANA PASETAN NI NAK JALANKAN HUKUM HUDUD CARA PASETAN!!!!

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.152339 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top