CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Myvi Di Belasah Oleh Enam Samseng ‘Geng Motosikal’

7-1-2015 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7402| Komen: 20

Pemandu Myvi Di Belasah Oleh Enam Samseng ‘Geng Motosikal’

Gambar hiasan


Gombak: Seorang pemandu kereta parah ditetak sekumpulan enam samseng ‘geng motosikal’ hanya kerana enggan membayar RM300 sejurus terbabit kemalangan.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang memandu Perodua MyVi bersama seorang rakannya melanggar motosikal ditunggang suspek berhampiran Selayang Jaya, di sini.

Berikutan kemalangan itu, dua lelaki berusia 20-an yang menunggang motosikal itu meminta ganti rugi daripada mangsa berusia 28 tahun itu.

Sumber polis berkata, tuntutan ganti rugi itu bagaimanapun tidak dipersetujui mangsa.

Menurut sumber, kerana keengganan mangsa dan rakannya membayar wang diminta, mereka dibelasah kedua-dua suspek.

“Insiden pergaduhan itu bagaimanapun diketahui bapa mangsa sejurus dimaklumkan rakan mangsa. Susulan itu dia datang ke lokasi kejadian dengan bersenjatakan parang untuk menyerang balas.

“Sebaik melihat ayah mangsa muncul bersenjatakan parang, kedua-dua suspek segera melarikan diri dan datang kembali bersama empat lagi rakan,” katanya.

Dia berkata, enam suspek terbabit turut bersenjatakan parang sebelum menyerang ketiga-tiga lelaki berkenaan sehingga cedera.

Difahamkan, insiden itu menyebabkan mangsa parah kerana ditendang dan ditumbuk berulang kali oleh kumpulan suspek.

“Beberapa jam selepas insiden pergaduhan itu dilaporkan berlaku, tiga suspek ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

9

Bagus
32

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
17

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ren0_0 7-1-2015 01:10 PM
standard la selayang. masa aku sekolah menengah pun parent ayah abang and the geng bergaduh dengan kumpulan lain dalam sekolah. berparang jugak
Quote prettyuglybabe 7-1-2015 01:14 PM
apa guna ada insurance.. report polis pastu claim saja la
Quote supernaturalee 7-1-2015 01:17 PM
kenapa tunggu bila dorang dh blah
Quote FOTHER-MUCKER 7-1-2015 01:20 PM
prettyuglybabe replied at 7-1-2015 01:14 PM
apa guna ada insurance.. report polis pastu claim saja la

Hati tengah panas ma. Jenis macam tu tak pikir panjang dah. Maklumlah gangster gangster smua.
Quote kucen_miang 7-1-2015 01:35 PM
ren0_0 replied at 7-1-2015 01:10 PM
standard la selayang. masa aku sekolah menengah pun parent ayah abang and the geng bergaduh dengan k ...

byk ayahanda n abang kawasan di area selayang.
Quote Dewa19XKangen 7-1-2015 01:36 PM
kalo x puas hati ngan bawa parang geng anak indu ja..
Quote ren0_0 7-1-2015 01:40 PM
kucen_miang replied at 7-1-2015 01:35 PM
byk ayahanda n abang kawasan di area selayang.

ayahanda sangat lahhh. bapak aku cakap samseng tahik kucing

Quote Modngengade 7-1-2015 01:42 PM
ini kaum paddiyappa kah?

setahu akak stok2 yg berparang ni kaum tu jer
Quote fifie_olin 7-1-2015 01:44 PM
kengkonon samseng la tu ...bwk senjata bagai...last2 ank sendrik yg cedera parah..
Quote pasuoren 7-1-2015 02:24 PM
prettyuglybabe replied at 7-1-2015 01:14 PM
apa guna ada insurance.. report polis pastu claim saja la

nak puaskan hati..
nak tunjuk terer.

Quote wawacayang 7-1-2015 02:39 PM
haih masing2 nak tnjuk taiko tak nak kalah.last2 ape pon xdapat
Quote kasibiman 7-1-2015 02:46 PM
dan lepas semua jahitan dah elok, selayaknya kesemua masukkan je dlm jel.

vudus.

eksiden pon nak gaduh.
Quote chilly 7-1-2015 02:53 PM
kucen_miang replied at 7-1-2015 01:35 PM
byk ayahanda n abang kawasan di area selayang.

erk berpuluh taon dok selayang baru ni aku tau
Quote Changa 7-1-2015 02:56 PM
akak hanya mampu senyum sinis sambil tepuk tangan lehat perangai syumul maksom ummah melayu sunni felda pprt ali sorga  ini.
Quote kucen_miang 7-1-2015 03:07 PM
chilly replied at 7-1-2015 02:53 PM
erk berpuluh taon dok selayang baru ni aku tau

awak duduk di halaman sendiri jer kot.
Quote kucen_miang 7-1-2015 03:08 PM
Changa replied at 7-1-2015 02:56 PM
akak hanya mampu senyum sinis sambil tepuk tangan lehat perangai syumul maksom ummah melayu sunni fe ...

sudah serupa giler akak dpn pc tu. senyum sensorang sambil tepuk tangan.
Quote maplesue 7-1-2015 07:48 PM
Aku ingat bebetul la kene belasah dengan orang sakit mental
Rupa2nya
Quote FOTHER-MUCKER 7-1-2015 10:03 PM
maplesue replied at 7-1-2015 07:48 PM
Aku ingat bebetul la kene belasah dengan orang sakit mental
Rupa2nya

Tapi kalau fikir betul2 hanya orang yang ada masalah mental je buat kerja macam tu. Orang waras fikir dulu sebelum mereka lakukan sesautu
Quote CiliPadiSedap 7-1-2015 11:50 PM
Akak hantar amran pekida je.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.504740 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top