CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Di Semenyih Mahal

8-1-2015 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24536| Komen: 158

Rumah Di Semenyih Mahal

Gambar hiasan



Pembinaan projek perumahan mewah yang menjadi keutamaan pihak pemaju menyukarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman di Semenyih, Selangor.


KAJANG 7 Jan. - Kira-kira 10 tahun yang lalu, pekan Semenyih di sini hanyalah- sebuah kawasan kecil yang jauh daripada kesesakan lalu lintas.
Hari ini suasananya sangat jauh berubah. Jalan raya sesak dan kereta merangkak keluar dari pekan ini adalah senario biasa pada waktu pagi dan petang.

Pembinaan perumahan pula semakin rancak dan paling ketara adalah projek-projek pembinaan rumah mewah yang semakin bertambah saban tahun.

Malangnya, kewujudan rumah yang tinggi harganya itu meletakkan penduduk Semenyih dalam dilema.
Sebelum ini agak mudah mencari rumah di bawah RM130,000 di kawasan ini, namun kini harga rumah kebanyakannya bermula dari RM300,000 hingga RM500,000.

Difahamkan, terdapat lapan projek perumahan bersaiz besar dengan- harga yang tinggi di kawasan itu pada masa ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, kebanyakan- pemaju lebih gemar membina perumahan mewah termasuk bernilai jutaan ringgit sehingga tidak mampu dibeli golongan berpendapatan sederhana.
Ujarnya, trend itu akan menyebabkan sebahagian besar penduduk terutama orang Melayu- terpinggir.

“Sebelum ini, cara pembangunan amat berbeza kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor- (PKNS) lebih- mengutamakan-- penyediaan- perumahan mampu milik.

“Malangnya, pada masa ini, saya tidak nampak satu pun perumahan oleh kerajaan negeri sebaliknya yang ada cuma ‘rumah mampu tengok’ yang mahal harganya,”- katanya.

Sehubungan itu, beliau mememinta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melihat semula pembinaan perumahan berskala besar yang perlu diseimbangkan- dengan rumah kos rendah dan sederhana.

“Beliau dilihat gagal menyediakan sebanyak 15,000 unit rumah yang dijanjikan malah semakin banyak projek perumahan mewah yang dibina,” katanya.
Beliau berkata, di-anggarkan tidak sam-pai 20 peratus go-longan Bumipu-te-ra membeli perumahan mewah di Semenyih.
“Saya kesal kerana ada pemaju yang mengabaikan rumah kos rendah. Semasa pelancaran projek mereka janji akan dirikan pangsapuri tetapi hakikatnya rumah mewah diutamakan,” katanya.

14

Bagus
21

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 8-1-2015 08:54 AM
bila ADUN bangang UMNO bercakap..bkn nak tolong rakyat tp membodohkan rakyat

Perancangan PKNS

Dalam tempoh yang ditetapkan iaitu antara 2008 hingga 2031, PKNS menyasarkan pembinaan sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor.

Mengikut pecahannya, sebanyak 1,977 unit yang akan disiapkan pada 2008 hingga 2014 sementara 10,895 unit pada 2014-2020 dan bakinya 18,128 unit pada 2021-2031.

PKNS juga dijangka memberi subsidi antara RM30,000-RM100,000 untuk setiap unit rumah mampu milik yang dibina.

Secara keseluruhannya, ia membelanjakan antara RM1 bilion hingga RM3 bilion sebagai subsidi untuk rumah mampu milik itu.

Ini memandangkan harga rumah yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran iaitu antara RM42,000 sehingga RM250,000 kerana menepati kos yang ditetapkan oleh dasar kerajaan negeri.

Menurut Azlan, kos subsidi dijangka meningkat tahun hadapan apabila kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).

"Kos pembinaan kita akan naik sekitar empat peratus dan kita tidak boleh caj rumah kediaman. Sebagai pemaju kita kena tanggung", jelasnya.

Projek yang dirancangkan ini meliputi pusat pertumbuhan baru PKNS iaitu Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), Bernam Jaya dan sebahagian kawasan Gombak dan Seksyen U12 (Shah Alam).


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... i-selangor-46378?cp


Quote rospinki 8-1-2015 09:11 AM
makin mahal kos buat projek mewah makin besar profit margin ..tapi kesian...yg tak mampu macam aku ni mampu tengok ajela.
Quote nad014 8-1-2015 09:15 AM
MEMANG SEKARANG NI CINA NI, AKA DEVELOPER , MCM SENGAJA NAK MELAYU TAK DAPAT BELI RUMAH KE? LEPAS ORG MELAYU PULAK SEWA DGN DORANG

DEKAT TAMAN PELANGI SEMENYIH TUE , PROJEK SETIA ECOHILL TU , MMG MAHAL RUMAH DIA.
Quote primemova 8-1-2015 09:22 AM
They build house for singaporean
Quote primemova 8-1-2015 09:24 AM
nad014 replied at 8-1-2015 09:15 AM
MEMANG SEKARANG NI CINA NI, AKA DEVELOPER , MCM SENGAJA NAK MELAYU TAK DAPAT BELI RUMAH KE? LEPAS OR ...

Semenyih tu jauh utk org keje di KL
Quote musangcomel 8-1-2015 09:35 AM
kat mana je umah tak mahal skrg ni
kat tempat aku yg bukan bandar besar ni pon mahal
buat perumahan mewah kat kawasan kampung harga rm450k seunit
purata gaji kat area ni dah la kecik
sapa je mampu beli, mampu tgk je la
Quote jejaka00 8-1-2015 09:39 AM
macam mana nak beli rumah nieh

makin mahal makin mahal jak
Quote HANIMUSLIMAH 8-1-2015 09:40 AM
primemova replied at 8-1-2015 09:24 AM
Semenyih tu jauh utk org keje di KL

memang agak jauh kot..
tapi kalau difikirkan nak beli rumah kat KL tu..huh
harga memang tak mampoo la
tapi Semenyih pon dah mahal jugak..
bistu mana lagi kita nak beli rumah..
Quote bluehedgehog 8-1-2015 09:42 AM
rumah ada yg murah ada yg mahal, cuma org malas x cari

ni salahkan bangsa lain je...
Quote nuralisa 8-1-2015 09:44 AM
nad014 replied at 8-1-2015 09:15 AM
MEMANG SEKARANG NI CINA NI, AKA DEVELOPER , MCM SENGAJA NAK MELAYU TAK DAPAT BELI RUMAH KE? LEPAS OR ...

tp jgn terkejut kalau kata ramai je melayu yang beli rumah kat situ..
SP Setia project mmg bagus...  cuma yg kat cyberjaya agak slow sikit..
kat semenyih belum pecah tanah dah sold out..
Quote WawaRaRa 8-1-2015 09:44 AM
jauh x jauh sgt r... aku kekdg klu balik semenyih pagi2 isnin balik kl trus gi keje... ok jer... klu kuar lmbt mmg masak la ko.... tapi aku tgk mmg semua umah mhl2 jer kat ctu... kat area umah aku pon nak wat condo... mkin sesak la tempat tu...
Quote kecimpret 8-1-2015 09:45 AM
dulu org cakap seremban tu jauh dari KL..tp skg ramai je ulang alik seremban-KL utk gi keje..semenyih tu kira lg dekat dr seremban..ade hiway LEKAS,SILK etc...gi KLCC dlm sejam leh smp
Quote mdhelmi 8-1-2015 09:50 AM
tgk pada kemudahan
mahal sbb dekat dgn tesco dan econsave selain sekolah semuanya dekat2
aku beli kat rinching 6 tu pon bernasib baik masa tu tesco baru nk buat
Quote ren0_0 8-1-2015 09:52 AM
mahal bila setia eco hill dah masuk lepas tu setia majestic lak masuk. terus harga area kawasan tu 300k ke atas. nak kata dekat dengan KL..jauh je. nak ke exit highway lagi la jauh
Quote kecimpret 8-1-2015 09:53 AM
mdhelmi replied at 8-1-2015 09:50 AM
tgk pada kemudahan
mahal sbb dekat dgn tesco dan econsave selain sekolah semuanya dekat2
aku beli  ...

kak ipar aku beli 2 storey kat pelangi semenyih x smp 200k..x lama lepas tu tesco,kfc dibina..skg dah naik mencanak value cecah 400k...kalo jual untung 200k x smp 10 tahun
Quote nuralisa 8-1-2015 09:55 AM
kecimpret replied at 8-1-2015 09:53 AM
kak ipar aku beli 2 storey kat pelangi semenyih x smp 200k..x lama lepas tu tesco,kfc dibina..skg  ...

pelangi semenyih 2 harga dia berganda dari yg first phase...
Quote mdhelmi 8-1-2015 09:58 AM
kecimpret replied at 8-1-2015 09:53 AM
kak ipar aku beli 2 storey kat pelangi semenyih x smp 200k..x lama lepas tu tesco,kfc dibina..skg  ...

haa aku pon lupa nk mention kfc/pizza/mcd semua sebelah taman je
harga rumah aku asalnya 90K, bila nk buat tesco naik 130K (harga aku beli), bila semua dah penuh naik 250K
semua tu berlaku dlm masa 3 4 tahun je...perrghhh
rezeki aku pusing2 kat situ dulu cari rumah kosong, asalnya nak cari kedai gunting rambut je sbnrnya
Quote kecimpret 8-1-2015 09:59 AM
nuralisa replied at 8-1-2015 09:55 AM
pelangi semenyih 2 harga dia berganda dari yg first phase...

kalo ada duit beli je...kat Selangor ni insyaAllah x rugi beli rumah...jgn beli area utara sudahhh,situ x byk pembangunan..kecuali korang mmg keje sana..tp skg Rawang pun dah cam naik balik..byk gak projek jalan
Quote primemova 8-1-2015 10:00 AM
kerajaan patut naikkan harga mininmum yg foreigner boleh beli rumah di Lembah Klang ni...bila rumah mewah tak ada pembeli, developerakan beralih utk fokus kpd pembinaan rumah2 kos sederhana...

kalau tak, developer ni akan terus buat rumah2 mewah utk dpt profit margin yg tinggi....
rumah2 ni mostly singaporean yg beli utk investment or retirement....

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052241 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top