CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertengkaran Yang Membawa Kepada Pencangkulan Kepala

9-1-2015 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16177| Komen: 50

Pertengkaran Yang Membawa Kepada Pencangkulan Kepala

Che Suza Che Hitam 

KUALA TERENGGANU - Seorang menantu lelaki nekad menyerang abang iparnya menggunakan cangkul apabila tidak sanggup melihat bapa mertua terus dikasari lelaki terbabit yang mengamuk gara-gara gagal mendapatkan wang, dalam kejadian di Kertih, Chukai, Kemaman, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, abang ipar lelaki tersebut berusia 20-an cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum insiden itu, mangsa dikatakan ada meminta sejumlah wang daripada bapanya.

Bagaimanapun permintaan mangsa tidak dipenuhi bapanya menyebabkan mangsa naik angin sebelum bertindak membaling barang-barang yang ada di dalam rumah.

Kata Che Suza, tidak cukup dengan itu, mangsa turut memecahkan pintu bilik kononnya sebagai tanda tidak puas hati selain mengugut mahu membunuh bapa dan ahli keluarga lain yang kebetulan berada di rumah.

“Melihat keadaan abang iparnya yang semakin menjadi-jadi termasuk mengugut mahu membunuh bapa mertuanya, lelaki terbabit berusia 20-an bertindak mengambil sebatang cangkul lalu memukul kepala abang iparnya dengan tujuan mempertahankan dirinya dan ahli keluarga lain.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa rebah dipercayai pengsan dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan sebelum dipindahkan ke HSNZ,” katanya.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran antara dua ipar-duai itu berlaku selepas mangsa yang bersenjatakan pisau dikatakan bertindak mengugut mahu membunuh bapanya sendiri dan ahli keluarga lain yang turut berada di dalam rumah.

Katanya, mangsa dikatakan mengamuk selepas gagal mendapatkan wang daripada bapanya dan lelaki terbabit yang bimbang akan keselamatan ahli keluarga lain cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Namun, perbalahan semakin serius dan dalam keadaan terburu-buru, dia bertindak mengambil sebatang cangkul lalu memukul kepala mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.


Bagus
2

Marah

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 9-1-2015 08:55 AM
mmg patut pun kena cangkul. dasar manusia tak guna, tak dapat duit, nak ugut bunuh pulak.
Quote zulka 9-1-2015 09:00 AM
hidupke mati?kalau hidup never ending story....lepas ni pembalasan sipitung plak
Quote pittjie 9-1-2015 09:22 AM
selayaknya la kau kena cangkul. kalau aku kat situ pun mmg mau aku cangkul2 dia tu.
Quote miss_baby 9-1-2015 09:23 AM
woohoo..ambik kau..
Quote Syd 9-1-2015 09:29 AM
INI HANYA GAMBAR HIASAN

contoh2 cangkul naik ke kepala;






Quote pilot 9-1-2015 09:31 AM
Syd replied at 9-1-2015 09:29 AM
INI HANYA GAMBAR HIASAN

contoh2 cangkul naik ke kepala;

syd!!!!!!

ko ni memang
Quote Syd 9-1-2015 09:34 AM
pilot replied at 9-1-2015 09:31 AM
syd!!!!!!

ko ni memang

ala..
dah itu mmg terjadi
buat gambar ai saje ada2kan
Quote novlin 9-1-2015 09:49 AM
Pemalas nk keje..pastu minta duit kt org tua... bila xdpt duit merempan2 meroyan marah2 ugut2 bagai...selayaknya dicangkul... elok mampus terus...boleh la dicangkul tanah kubur talkinkan terus... merasalh pulak dibelasah dlm kubur.
Quote Syd 9-1-2015 09:51 AM
novlin replied at 9-1-2015 09:49 AM
Pemalas nk keje..pastu minta duit kt org tua... bila xdpt duit merempan2 meroyan marah2 ugut2 bagai. ...

begini?


Quote novlin 9-1-2015 09:54 AM
Syd replied at 9-1-2015 09:51 AM
begini?

Biarlah anak tok adi yg cangkul kan...tenaganya masih kuat... tok adi biarlah dia uruskan tugas2 khas...ekekekeke
Quote @pplegreen 9-1-2015 09:54 AM
asal x dapat duit jer dari mak bapak mula la nak mencangkul, memparang mengugut
duit mengatasi akal fikiran
Quote Cik_Andak 9-1-2015 10:01 AM
Ngerinya tengok gambo tu....
Quote Syd 9-1-2015 10:04 AM
novlin replied at 9-1-2015 09:54 AM
Biarlah anak tok adi yg cangkul kan...tenaganya masih kuat... tok adi biarlah dia uruskan tugas2 k ...

over my dead body  


Quote novlin 9-1-2015 10:18 AM
Syd replied at 9-1-2015 10:04 AM
over my dead body

dulu masa tenaga masa gagah, tok adi gigih layan isteri nya yg perempuan dan dot dot dot....

Dah tua ni tok adi buat keje as penjaga kubur & hal2 berkait dgn tanah kubur...

Sib baik dulu tok adi tak cangkulkan isterinya yg bg nasi kangkang kt dia.... ekeekeke
Quote scorpionkiki 9-1-2015 10:21 AM
novlin replied at 9-1-2015 09:54 AM
Biarlah anak tok adi yg cangkul kan...tenaganya masih kuat... tok adi biarlah dia uruskan tugas2 k ...

Marilah kita bersama sama...
Quote magnus 9-1-2015 10:29 AM
Bagus menantu  tu..org mcm abg ipar dia tu bagus jugak sekali sekala dicangkulkan...
Quote matahari7001 9-1-2015 10:29 AM
penagih dadah la tu.. bagus gak kene cangkul!!
Quote prettyuglybabe 9-1-2015 10:41 AM
layan lagi anak jantan macam sultan..
nasib baik dapat menantu boleh pakai
Quote voiletiris 9-1-2015 10:42 AM
selalu nya kalau yg mengamuk kerana tak dapat duit yg diminta org yg ketagihan dadah atau kerana hutang along

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060158 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top