[Qz8501]Kotak Hitam Berjaya Ditemui
Penyelaras badan itu, Tonny Budiono dalam satu kenyataan berkata, urusan pengeluaran kotak hitam di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah itu akan dilakukan esok. “Kotak hitam pesawat QZ8501 berjaya dijumpai oleh anggota penyelam dari Kapal Tentera Laut KN Jadayat pada kedalaman 30 hingga 32 meter. “Namun, objek itu sukar dikeluarkan kerana dihimpit badan pesawat,” jelasnya seperti lapor Channel News Asia. Budiono berkata, sekiranya badan pesawat itu gagal dialihkan dalam operasi esok, belon akan digunakan untuk mengapungkannya, sama seperti kaedah ketika mengeluarkan ekor pesawat daripada laut. Tambahnya, boya juga telah diletakkan di lokasi kotak hitam ditemukan bagi memudahkan pencarian esok. Terdahulu, Kapal Baruna Jaya milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) menerima isyarat ‘ping’ kuat dipercayai daripada kotak hitam pesawat pada pukul 11.25 malam tadi selain mengesan bongkahan besar dipercayai badan pesawat itu berhampiran kawasan berkenaan. Menurutnya, bongkahan yang dikesan itu amat besar. Lokasi pengesanan isyarat ‘ping’ tersebut terletak tidak jauh dari lokasi penemuan ekor pesawat tersebut dan berada jauh dari lokasi utama pencarian yang ditentukan oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) sebelum ini. Setakat ini, 48 mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan tragedi dan 32 daripada mereka telah dapat dikenal pasti dan dituntut oleh keluarga masing-masing. Pasukan pencari kini sedang bertungkus lumus mencari 114 orang lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di dalam badan pesawat.
|
16
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nagapompuan replied at 12-1-2015 06:26 AM
Semoga berhasil menyelamat jasad penumpang2....
Boya? Kok boya?!
nagapompuan replied at 12-1-2015 06:26 AM
Semoga berhasil menyelamat jasad penumpang2....
Boya? Kok boya?!
kentel replied at 12-1-2015 07:54 AM
buoy lah...hahaha
shernazz replied at 12-1-2015 07:58 AM
Mungkin boyagombak telah dihantar ke sana...
nagapompuan replied at 12-1-2015 08:16 AM
Ahkak ader terpikir gitu jua...femes porumer boyagombak dianto menyelam carik kapatobang. ...
shernazz replied at 12-1-2015 08:20 AM
Ya
.ianya dipanggil boya kaka...
Tambah a saja..hihi
ADVERTISEMENT