CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

Berhenti Kira Kalori Makanan Anda

12-1-2015 10:31 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1785| Komen: 0

Tahun baru ini sentiasa kita kuatkan diri dengan azam baru. Dan bagi perempuan salah satu azam pasti ada perkataan ingin makan dengan sihat atau berdiet. Tapi setiap tahun juga lah angan-angan tu berkecai musnah kerana kita semua tahu, bukan senang nak kekal makan dengan sihat.


Ladylista tak sarankan wanita untuk menukar rupa sempena azam tahun baru ini apatah lagi untuk menguruskan badan hanya untuk diterima umum. Jadilah diri sendiri kerana anda yang paham diri anda sendiri. Dengan ini, LadyLista tambah tips kualiti cara makan dengan sihat

1.Berhenti kira kalori dan mula dengan makan dengan kualiti
Ramai yang salah pemahaman, makan dengan sihat bukan bermakna makan dengan mengira kalori anda. Malah idea ini sangat salah sebagai contoh: Segenggam mini coklat mungkin kurang dari 100 kalori berbanding dengan segenggam nasi perang, namun tahukah kamu yang mana memberi khasiat yang lebih untuk kekal tenaga sepanjang hari? tentunya beras perang, yang lebih banyak khasiat.


2.Makan kerap
Sangat salah apabila semua orang ingat untuk sihat, sekat makanan anda. Sebenarnya untuk sihat makan dengan kerap tapi dalam jumlah yang sikit. Berlapar bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan anda malah akan menyebabkan anda menjadi tidak aktif sepanjang hari.

3.Fokus pada porsi makanan anda
Untuk langsing, sentiasa makan pada kadar separuh. Mengawal kuantiti makanan dalam pinggan anda sangat penting untuk menentukan kesihatan anda dimasa hadapan.Dan jangan silap ya,memenuhkan perut anda dengan buah-buahan juga sebenarnya tidak baik untuk anda.

4.Tambahkan hijau dalam pinggan anda
Secara jujur, memang sayur memberi anda khasiat yang sangat-sangat diperlukan tubuh. Terlalu banyak khasiat yang diperlukan ada pada sayuran. Jadikan sayur sebagai teman setia anda.

5.Senaman Berterusan 
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. 

6.Elakkan Tekanan 
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.022073 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top