Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan Ppim
Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara hari ini. Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa. Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud. Persoalan lebih besar, apa jadah kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi buat kat negara ? Bertuah la kalau nak kata ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.
|
prettyuglybabe replied at 14-1-2015 09:35 AM
kenapa tak dedahkan syarikat telco mana yang paling menipu
amira_safia replied at 14-1-2015 09:37 AM
ada 3 - 4 kat yang pernah aku kena .... celcom ni memang banyak menipu kredit.
TuntungReturn replied at 14-1-2015 09:52 AM
broadband unlimited tu ape maksudnye? yg bnyk org faham xde gb main puas2..padahal terang2 die tulis ...
ADVERTISEMENT