CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Edry Berjaya Buat 'Drama' Untuk Raih Simpati" - Aweera

26-1-2015 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47574| Komen: 282

"Edry Berjaya Buat 'Drama' Untuk Raih Simpati" - Aweera


PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.

Mojo dan Caliph Busker memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.


Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan. 
5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 23-1-2015 10:00 AM
Los ni aweera jadi buskers plak eyh.haha
Quote amyainsamad 23-1-2015 10:02 AM
bangang nya la aweera ni
Quote cemolot 23-1-2015 10:06 AM
LOLLLLLLLL. bimboy much?
Quote duquesne 23-1-2015 10:06 AM
Huwarghh.. kerek sungguh mamat ni..... udah udah ler...  
Quote kimora 23-1-2015 10:08 AM
Tipu la dia ni.. habis je 12 lagu dia trus blah..
Quote sekel 23-1-2015 10:10 AM
shame on u lah Aweera  

dh lh pernah ader kes tp lupa plak kes yg kuar surat kabar psl family dia
Quote bulalof 23-1-2015 10:12 AM
nampaknya aweera lebih kurang upaya dr caliph buskers...
Quote farlis 23-1-2015 10:12 AM
Pity aweera... voice power tp salah didikan asuhan ni...
Quote kecikgurl 23-1-2015 10:12 AM
simpan skit kebodohan utk hari tua..
jgn tunjuk sume sgt..nant hari tua na guna kebodohan sape...
Quote sponges 23-1-2015 10:17 AM
dok diam2 boleh tak aweera, statement dia lagi menampakkan kebodohan dia.
Quote poyohabis 23-1-2015 10:19 AM
Mula2 awie ada mslh gan kru skrg awiera lak.. Kalo pandai kompose lagu buat lagu n band sendiri je la.. Kalo x cari kj lain la kj makan gaji.. Nama ko x gah sgt nak bertahan lama berbanding otai2...
Quote smurfet 23-1-2015 10:19 AM
So whats the issue now? Hadiah persembahan terbaik pun bulat2 diserahkan semua ke caliph buskers.. dont be sour grape and move on lah..
Quote edoraixora 23-1-2015 10:23 AM
Ape la aweera ni
Dendam sgguh kt edry
Suke hati edry la nk buat mcam mane pun utk persembahan mlam tu
Yg ko kisah sgt tu knape...ko dah kuar kan dr grup tu
Quote forex 23-1-2015 10:25 AM
kimora replied at 23-1-2015 10:08 AM
Tipu la dia ni.. habis je 12 lagu dia trus blah..

eh x la, aku nmpk dia kat post party....

Quote ren0_0 23-1-2015 10:28 AM
aku tak percaya sangat la berita dalam paper ni. kengkadang reporter saja taruk lebih perisa padahal orang tu tak maksudkan macam tu pun. lainlah kalau interview live yang memang keluar dari mulut aweera sendiri
Quote whadda 23-1-2015 10:28 AM
tak sangka die ade datang nonton AJL jugak.. ingat tak nyanyi tak lah datang... dan tak sangka jugak artis pon tak leh masuk belakang pentas jumpa geng... nak kena pas bagai rupenye...
Quote bambimo 23-1-2015 10:31 AM
iols rasa antara mojo dan caliph buskers win win situation....

mojo perlukan penyanyi sbb ryan brahma xdpt permit nk perform malam tu...

dan caliph buskers ''perlukan'' AJL utk buktikan bakat diorng...ye la mana ada pentas yg sebegini mega utk mereka buktikan kehebatan...

so iols tahu lah kalo tgk clips video caliph buskers performed kat youtube ada sorang dislike..itulah aweera huhuhuhu
Quote azie.dz 23-1-2015 10:32 AM
dah la bodoh...sombong lak tu...

get a life la aweera ooi
Quote budakmanentah 23-1-2015 10:33 AM
tu bukan drama aweera...tp checkmate dari edry utk semua...termasuk juara AJL29 dan tv3

smpai sekarang pon stesen radio dgn tv berebut2 nak amik caliph busker sebagai tetamu, juara AJL29 pon tenggelam

ko dah kalah...jgn bg stement bongkak ckp edry berdrama bagai

mesti aweera rasa tergugat sbb CB lagi bagus dr dia

Caliph Busker telah membuat persembahan manakala Mojo hanya mengiringi persembahan mereka dengan memainkan muzik.


erghhhhhh plis la aweera

Lihat semua komen(282)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066643 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top