CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Psst... Jangan Biasakan Buat Perkara Ini, Jerawat Nanti

26-1-2015 03:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3049| Komen: 0

LadyLista - Siapa yang tidak gusar bila jerawat suka hati mekar subur di tanah muka anda. Bukan sahaja menyakitkan, malah menjadikan kulit seakan nampak tak cantik dan kamu pun rasa rendah diri. Jerawat merupakan perkara biasa yang akan dialami oleh kulit kerana pengaruh hormon, malah minyak yang dirembes oleh kulit juga mengakibatkan jerawat sering hinggap di muka kamu. tapi betul ke itu sahaja penyebabnya? Aaaa jangan lupa banyak antara kebiasaan kamu sebenarnya penyumbang besar kepada jerawat muncul di muka. Tak percaya? Jom baca:

1. Sering menyentuh muka

Tanpa kita sedari, ataupun sememangnya hobi anda, dikala anda bosan, kamu sering menyentuh muka, tak dahi, kamu sentuh hidung. hati-hatilah dengan hobi kamu ini. Ini kerana tapak tangan merupakan antara tempat yang banyak sekali terkumpul kuman kerana dengan tangan lah kita memegang barang dan sebagainya.Memang tak heran, jika muka kamu tumbuh jerawat jika kamu tidak mengambil langkah berjaga-jaga memegang muka kamu.


2. Malas cuci muka

Segala sesuatu yang bermula dengan 'malas' ini memang tidak elok untuk anda, banyangkan jika anda seharian tidak mencuci muka memang senang sangat jerawat nak tumbuh bagai cendawan. Ini kerana muka kamu dengan kotoran dan kuman yang terkumpul itu, berserta dengan minyak di muka, sememangnya penyebab pori-pori anda tersumbat dan dijangkiti jerawat. jangan malas-malas cuci muka.

3.Telefon Bimbit

Bukan bermana, LadyLista melarang kamu berbual dengan kekasih hati, namun kamu harus tahu bahawa telefon yang didekatkan di telinga itu mampu menambah jerawat anda. Ini kerana selepas tangan, telefon bimbit kamu tempat kedua terkumpulnya kuman-kuman bahaya.

4.Kerap cuci muka

Pun salah yea gadis-gadis! Tak cuci muka pun sememangnya salah namun setiap minit cuci muka juga akan mengakibatkan jerawat tumbuh. Ini kerana kulit muka kamu akan kering jika dicuci dengan kerap. Kulit kering memaksa kulit untuk menghasilkan minyak yang berlebihan, dan ini tentunya akan menyebabkan jerawat.

5. Kurang tidur

Tidur sememangnya terapi untuk badan. Dengan tidur yang cukup dan sempurna, bukan kata muka, badan anda pun akan nampak segar dan cergas. Jika kamu tak cukup tidur, kamu akan mengaktifkan sel stress yang mengakibatkan seri pada wajah hilang. 

Sekarang kamu sudah tahu bukan sebab lain penyebab tumbuh jerawat! Atasinya sekarang.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.027182 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top