CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Adakah Kaki Anda Rata (Flat Fleet)? Ketahui Sekarang

4-2-2015 04:23 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6436| Komen: 5

LadyLista - Jika anda melihat pada kaki seorang dewasa, biasanya anda akan melihat bahagian melengkung bermula dari atas tumit sehingga ke atas. Keadaan ini dipanggil gerbang. Beberapa tendon akan bekerja sama untuk membentuk gerbang kaki anda sedemikian.

Apabila tendon yang bekerjasama dengan tendon lain ditarik dengan sepenuhnya, maka kaki anda akan membentuk dengan sempurna, namun jika urat tendon yang ditarik tidak ditarik dengan sepenuhnya, ia akan membentuk satu keadaan kaki yang rata atau istilah 'gerbang jatuh'.

Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah ini atau tidak, anda boleh melakukan beberapa ujian mudah berikut:
1. basahkan kaki anda
2. Berdiri diatas permukaan yang rata
3. Lihat pada kesan air yang ditinggalkan oleh tapak kaki. Jika anda dapat melihat sepenuhnya kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh air, kebarangkalian anda untuk mengidap tapak kaki rata adalah tinggi.


Sebenarnya, ramai kanak-kanak kecil mengalami keadaan kaki rata ini, dan semakin membesar, semakin ia tumbuh dan akan membentuk gerbang.

Punca Kaki rata/ gerbang jatuh
kebanyakkan kaki rata orang dewasa adalah berpunca daripada:

  • kelainan sejak lahir
  • Tendon yang atau tegang sejak lahir
  • Kerosakkan atau radang tendon (tendon tibial posterior)
  • Tulang patah atau terseliuh
  • Mengalami beberapa masalah saraf atau artritis.

Selain itu, penyakit lain yang berisiko tinggi:
  • Obesiti
  • Dibetis
  • Penuaan
  • Wanita mengandung

Simptom kaki rata/gerbang jatuh

Ramai yang mengalami masalah kaki rata namun mereka tidak mengalami sebarang rasa sakit, namun tanda-tanda berikut harus diberi perhatian

  • Kaki cepat berasa letih.
  • kaki terasa cepat sengal, terutamanya dibahagian bidang gerbang.
  • Sukar untuk berdiri diatas tumit.
  • Sakit belakang.

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lebih tepat.


foot_pronation_picture.jpg
foot_pronation_picture.jpg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilas85 6-1-2015 03:48 PM
helloooooo
Quote IENARI0421 11-1-2015 02:48 AM

maaf la xthu.... tp sila jmpe dengan doktor pakar.. mybe masalah tulang...

Quote zizadin 16-1-2015 01:26 PM
try gi jumpa doktor la..
Quote snoopy 18-1-2015 08:44 PM
Ada rawatan chiropractic. Cuba try.sbb anak mmber tu okay pas buat rawatan tu
Quote anilas85 6-2-2015 09:13 AM
ok, tq ye semua

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.156778 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top