CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kl Bandaraya Ke-9 Paling Banyak Di Kunjungi Pelancong!

6-2-2015 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6337| Komen: 22

KL Bandar Raya Ke-9 Paling Banyak Dikunjungi Pelancong



KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling megah di dunia dari segi ketibaan pelancong antarabangsa oleh Monitor International dalam ranking tahunan Top City Destinations 2013.


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laporan itu menyatakan 11.2 juta pelancong antarabangsa melawat Kuala Lumpur pada 2013 dan sekali gus mencerminkan kedudukan penting Kuala Lumpur dalam pelancongan global bagi urusan perniagaan dan liburan.

“Di bawah Pelan Induk Pelancongan Kuala Lumpur 2015-2025, satu daripada langkah utama yang perlu dilaksanakan ialah memasarkan Kuala Lumpur secara terjurus serta menyediakan untuk pendukung industri dan pelancong akses lebih baik kepada maklumat tentang bandar raya ini,” katanya ketika melancarkan surat berita ‘HELLO KL’ E-Newsletter dan #IAMKL Online di sini Khamis.

Beliau berkata surat berita itu merupakan alat berguna dan berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan terkini berkaitan pelancongan di Kuala Lumpur sebagai sumber yang amat bernilai bagi semua pihak bertanggungjawab dalam mempromosi bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai.

“Kami menjangka boleh mencapai 15 juta ketibaan pelancong tahun ini, 10.1 juta daripadanya pelancong luar negara, 4.9 juta pelancong tempatan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjenamakan dengan berkesan Kuala Lumpur sebagai destinasi dinamik bagi pelancong, kami perlu menggunakan media digital dan memanfatkan potensinya secara menyeluruh seperti ‘Hello KL’ E-newsletter dan kempen #IAMKL ini,” katanya.

Ahmad Phesal mengalu-alukan sumbangan bahan oleh pendukung industri pelancongan kepada surat berita itu untuk tatapan kumpulan sasaran antarabangsa dan untuk membolehkan ejen perjalanan mewujudkan pakej pelancongan serta jadual perjalanan secara kreatif bagi menambah daya tarikan dan meningkatkan penampilan Kuala Lumpur dalam kalangan pelancong.

Objektif utama #IAMKL ialah mendekati khalayak antarabangsa secara cergas dan menghiburkan, sambil meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan bandar raya ini dalam kalangan pengembara untuk menarik minat mereka berkunjung ke sini, katanya.

Beliau berkata #IAMKL menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, di samping laman sesawang rasmi kempen itu, www.iamkl.com
Mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur dipelawa memuat naik ‘selfies’ yang berlatar belakangkan tempat terkenal di bandar raya ini dengan hashtag #IAMKL.

Hello KL E-newsletter akan diterbitkan dua kali sebulan. Mereka yang ingin melanggan surat berita ini boleh berbuat demikian dengan mengirim emel kepada [email protected]

7

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 6-2-2015 12:04 PM
Ini mesti disebabkan filem Police Story 3 lakonan YB Datuk Jackie Chan pada tahun 1992 kan?
Quote dinamokiev 6-2-2015 12:12 PM
spiderman80 replied at 6-2-2015 12:04 PM
Ini mesti disebabkan filem Police Story 3 lakonan YB Datuk Jackie Chan pada tahun 1992 kan?

haah, sebab tu dapat dato', dan beliau turut menyumbang mase banjir, ape yang encik spiderman sumbangkan ea? selain sperma di bank sperma yg xlaku.
Quote primemova 6-2-2015 12:15 PM
spiderman80 replied at 6-2-2015 12:04 PM
Ini mesti disebabkan filem Police Story 3 lakonan YB Datuk Jackie Chan pada tahun 1992 kan?

Dan juga filem  shahrukh khan berjudul Don kalau x silap... Catherine zeta jones th bergayut pada jembatan twin towers bila pulak nak dapat datok?
Quote spiderman80 6-2-2015 12:17 PM
dinamokiev replied at 6-2-2015 12:12 PM
haah, sebab tu dapat dato', dan beliau turut menyumbang mase banjir, ape yang encik spiderman sumb ...

Banyak sumbangan Spidey walaupun tak sebesar mana. Setiap hari minggu, Spidey membawa kenalan dari luar negara seperti  Liang Liang, Xing Xing, Mei Mei dan Yuan Yuan bersiar-siar di kota KL.



Quote the_killer 6-2-2015 12:27 PM
bangla,nepal,myammar,vietnam dan indon..menyebabkan KL masuk dalam.list
Quote axl_bach 6-2-2015 12:43 PM
@cmf_herrhughie
Quote makneng 6-2-2015 12:45 PM
the_killer replied at 6-2-2015 12:27 PM
bangla,nepal,myammar,vietnam dan indon..menyebabkan KL masuk dalam.list

Aku baru nak komen benda yg sama..haha
Quote ninja boy 6-2-2015 12:54 PM
apa yg best kl yang sesak itu berkerumun warga asing
Quote enchikfitz 6-2-2015 01:02 PM
the_killer replied at 6-2-2015 12:27 PM
bangla,nepal,myammar,vietnam dan indon..menyebabkan KL masuk dalam.list

baru nak komen benda yg sama. Time2 raya, set2 ni yang teringgal kat KL nun
Quote enchikfitz 6-2-2015 01:04 PM
spiderman80 replied at 6-2-2015 12:17 PM
Banyak sumbangan Spidey walaupun tak sebesar mana. Setiap hari minggu, Spidey membawa kenalan dari ...

Kejinya abg spidey sanggup pinggirkan puan @BotakChinPeng
Quote BotakChinPeng 6-2-2015 01:10 PM
enchikfitz replied at 6-2-2015 01:04 PM
Kejinya abg spidey sanggup pinggirkan puan @BotakChinPeng

Lu datang bulan lagi ka ?
Quote spiderman80 6-2-2015 01:18 PM
enchikfitz replied at 6-2-2015 01:04 PM
Kejinya abg spidey sanggup pinggirkan puan @BotakChinPeng

Tengok, Puan Botakchinpeng sudah marah?
Quote wana89 6-2-2015 01:21 PM
@spiderman80 sampai hati u curang kat wife u...ada kereta u kena langgar atau ada benda yang kena potong nanti oleh puan botak chinpeng...



Quote spiderman80 6-2-2015 01:24 PM
wana89 replied at 6-2-2015 01:21 PM
@spiderman80 sampai hati u curang kat wife u...ada kereta u kena langgar atau ada benda yang kena po ...

Quote stilla 6-2-2015 01:24 PM
Memang bangga gila ramai pelancong yg dtg ke MALAYSIA.
Quote CrowneGlory 6-2-2015 01:26 PM
No. 9 paling dikunjungi pelancung... No. 1 dikunjungi & menerima PATI...
Quote enchikfitz 6-2-2015 01:34 PM
spiderman80 replied at 6-2-2015 01:18 PM
Tengok, Puan Botakchinpeng sudah marah?

Abg spidey ada bagi nafkah tak malam tadi?
Quote spiderman80 6-2-2015 01:47 PM
enchikfitz replied at 6-2-2015 01:34 PM
Abg spidey ada bagi nafkah tak malam tadi?

Tiga round saja.
Quote hanakikan 6-2-2015 04:03 PM
List penuh xde ke

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055883 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top