Rakyat Diminta Berjimat Dan Menabung Ketika Ron95 Murah
Pengerusinya, Zaidi Muda berkata, golongan belia di negeri ini perlu meneruskan perbelanjaan berhemah hasil penjimatan yang diperoleh ekoran penurunan harga bahan bakar itu. "Saya menasihatkan belia jangan boros berbelanja, sudah pasti sekarang kita mempunyai sedikit wang lebihan daripada penurunan harga minyak dan diharap wang lebihan itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk perbelanjaan lebih berfaedah. "Kita tidak boleh mengharapkan harga ini akan kekal...kalau ia turun lagi, kita sebagai pengguna mengucapkan syukur walaupun di pihak kerajaan, ia akan bertambah suram kerana pendapatan negara terus berkurangan," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata wang lebihan tersebut perlu dibuat tabungan sebagai persediaan menghadapi kenaikan harga minyak pada masa akan datang. Katanya selagi harga minyak dunia tidak berganjak di bawah paras US$60 setong, maka rakyat boleh mengharapkan harga runcit petrol di stesen minyak tempatan diturunkan lagi pada setiap 1 haribulan, berikutan penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilakukan mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember lepas. "Namun, saya bimbang apabila harga minyak kembali stabil nanti, takut-takut kita terutamanya warga belia tidak boleh menerima hakikat kenaikan harga ini. "Dikhuatiri ramai daripada kita akan mula menghentam kerajaan dengan pelbagai tuduhan yang amat dahsyat, oleh itu kita perlu belajar menerima hakikat dari sekarang dan berjimat-cermat sementara harga masih murah sekarang," katanya. Pasaran minyak mula diturunkan sejak September tahun lepas berikutan kejatuhan harga minyak dunia dan sejak itu sudah tiga kali harganya menurun. Kali terakhir pada 1 Februari lepas dengan harganya terus turun iaitu RON95 kini RM1.70 seliter, RON97 RM2 seliter dan diesel RM1.70 seliter.
|
13
Bagus |
12
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cayunk replied at 9-2-2015 06:32 PM
Minyak turun...rege tambang van skola ank2 naik gak...:
AbukRokok replied at 9-2-2015 06:42 PM
harga minyak sebenarnya xde kesan yang besar pada kos operasi kita
-kulop mangan-
AbukRokok replied at 9-2-2015 06:43 PM
xde beza sgt pun guna 97 dgn 95...cuma 97 terasa lebih pikap
dragger replied at 9-2-2015 06:19 PM
selaraskan la.. supaya harga barang gak turun.. baru la org bole menabung cam kak rose
jazaa replied at 9-2-2015 06:29 PM
Dpt lah isi minysk full tank dgn rm60.....
Tapi brg lain mahal.....melalak lah rakyat mintk turun ...
ADVERTISEMENT