CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Sengaja Terlanggar Anak

10-2-2015 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9487| Komen: 69

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dirempuh Ibu

Pegawai penyiasat Inspektor R Ragu melihat kenderaan ibu mangsa.

JITRA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas dilanggar ibunya secara tidak sengaja di pekarangan sebuah rumah di Kampung Lahar, Malau di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Nur Umairah Salaiman maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

 Difahamkan, kejadian berlaku apabila ibu mangsa, Rasikhah Nik Nyan, 48, memandu kereta jenis Ford Lancer tidak menyedari mangsa tiba-tiba berlari ke hadapan kereta lalu merempuhnya.

Nur Umairah dan kakak tirinya, Nurul Syuhada Amir Nasuridin, 21, dikatakan turun dari kereta terlebih dahulu sebelum Rasikhah membetulkan kenderaannya ketika parkir di hadapan rumah tersebut.
    

Rasikhah bagaimanapun tidak menyedari anak bongsunya berada di hadapan kereta lalu merempuhnya.

Sepupu mangsa, Nurul Hanisah Johari , 19, memberitahu, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum terdengar bunyi enjin kereta makciknya.

“Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi dentuman dan terdengar Nurul Syuhada menjerit mengatakan adiknya berdarah.

“Sebaik saya keluar saya nampak makcik terus memecut keretanya ke Hospital Jitra,” katanya.

Tambahnya, dia hanya ternampak kesan darah di hadapan rumah.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan makcik saya masih trauma dan enggan berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Nurul Hanisah berkata, ibu saudaranya itu tinggal di Taman Cermai di sini dan datang ke rumahnya untuk menjemput tiga lagi anak yang dijaganya.

“Saya jaga tiga anaknya dan menjemput mereka dari sekolah. Mereka akan tinggal bersama saya sementara menunggu ibu mereka pulang dari kerja,” katanya.
         
Tambahnya, ibu saudaranya bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Jitra. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dengan cuai memandu sehingga menyebabkan kematian.

16

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 9-2-2015 02:45 PM
takziah.....
Quote Felycya 9-2-2015 02:49 PM
Innalillah..

Lg sekali...
Quote Changa 9-2-2015 02:51 PM
memang sengaja nak bunuh anak'
percaya la propa akak2 ini semua.

ini semua taktik halus untuk bunuh anak dan dapat simapti masyarakat,.
Quote ad_hoc79 9-2-2015 02:53 PM
dari pagi aq tunggu thread ni, petang baru muncul
Quote ad_hoc79 9-2-2015 02:55 PM
2-3 kali baca, aq xpaham mcm mana bole terlanggar anak tu. betulkan kedudukan kenderaan boleh mengakibatkan kecederaan parah...
aq mmg xpandai memandu
Quote alieyrina 9-2-2015 03:03 PM
Kalau budak tu lari merempuh kereta pun boleh maut gak kan ...
Quote Felycya 9-2-2015 03:04 PM
Edited by Felycya at 9-2-2015 03:05 PM
ad_hoc79 replied at 9-2-2015 02:55 PM
2-3 kali baca, aq xpaham mcm mana bole terlanggar anak tu. betulkan kedudukan kenderaan boleh mengak ...


hmmmm..

Aku pon same, dh 2,3 4 kes yg same
aku bace, tlggar smpi mati sbb nk
parking, nk undur kua dr gate, nk
btolkn kdudukan tp cedera parah,
smpai tperosok, x habis pikir aku .

Aku pun xpro memandu.
Quote batmana 9-2-2015 03:04 PM
takziah...
Quote lalulali 9-2-2015 03:06 PM
Takziah. kesian la haii. budak kecik lg tuh.
Quote prettyuglybabe 9-2-2015 03:07 PM
kakak dah 21 tahun pun tak mampu nak tengok-tengok kan adik
Quote Felycya 9-2-2015 03:11 PM
prettyuglybabe replied at 9-2-2015 03:07 PM
kakak dah 21 tahun pun tak mampu nak tengok-tengok kan adik

Itu lh..
Apakan daya..

Dan lg, dan lg, dan lg................
Quote sunquick 9-2-2015 03:12 PM
takziah....kesiannye....
Quote manehnya 9-2-2015 03:23 PM
alahai kecik lg tu... moga jd panduan kpd kita supaya lebih hati2
Quote biggirlduncry 9-2-2015 03:27 PM
aku cukup seriau kalau time anak2 buah aku balik rumah mak aku..
bila nak drive aku panggil sorang2..make sure diorg ada dlm rumah or dlm kereta or ada ngan mak pak depa..
isk...malang tak berbau
Quote mdhelmi 9-2-2015 03:28 PM
kalo dah namanya budak kecik tolongla jgn terlepas pandang walaupon sekejap
Quote penyo 9-2-2015 03:30 PM
Ford Lancer ke Ford Laser?
Quote jazaa 9-2-2015 03:36 PM
prettyuglybabe replied at 9-2-2015 03:07 PM
kakak dah 21 tahun pun tak mampu nak tengok-tengok kan adik

Kakak yg 21 thun tu dlm rumah.....

Quote fifie_olin 9-2-2015 04:00 PM
jgn kuar dr keta bila keta x mati enjin lg...byk kemungkinan akan berlaku
takziah
Quote capiloton 9-2-2015 04:25 PM
marah betoi aku dengar kisah camnih..
budak tu baru turun dari kete..
tengok2 la dulu sebelum nak tekan minyak..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.140581 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top