CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Sesat Bersama Tunang Diselamatkan

12-2-2015 12:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7328| Komen: 41

Anggota polis sesat bersama tunang diselamatkan

Ahmad Tarmizi dan tunangnya Noor Hassu Diyana diselamatkan oleh anggota Bomba  dan Penyelamat dari Balai Jalan Perak. 


GEORGE TOWN, 11  Februari: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu  Pejabat Polis kontinjen (IPK) Pahang bersama tunangnya berjaya diselamatkan  selepas mereka dikatakan tersesat selama sejam ketika menuruni kawasan mendaki  di Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini malam semalam.

Anggota tersebut, Ahmad Tarmizi Muriza, 27, dan  pasangannya, Noor Hassu Diyana Basir, 27, dikatakan tersasar pada trek laluan  mendaki semasa cuba melarikan diri daripada dikejar beberapa ekor anjing yang  sedang berkeliaran di puncak bukit berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilapor selamat  turun ke bawah kira-kira jam 10.30 malam dengan dibantu sepasukan anggota Bomba  dan Penyelamat dari Balai Jalan Perak.


Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fauzi Suid  berkata, pihaknya menerima laporan daripada polis berhubung orang sesat pada jam  8.10 malam dan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi  menyelamat.

Katanya, pasukan penyelamat bertindak mendaki  bukit tersebut dan berjaya mengesan mereka di ‘check  point‘ lapan berdekatan kawasan kebun buah-buahan.

“Kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan selamat  dan tiada sebarang kecederaan dialami. Namun usaha membawa turun mangsa terbabit  mengambil masa hampir sejam berikutan laluan yang gelap,” katanya ketika  dihubungi semalam.

Dalam pada itu katanya, kedua-dua mangsa turut  diberikan minuman air kotak bagi menghilangkan rasa dahaga setelah tersesat  hampir sejam di dalam hutan.

12

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 12-2-2015 07:49 AM
Alahai kesian...alhamdulillah selamat..bg air kotak pun sebut jugak
Quote fifie_olin 12-2-2015 07:51 AM
buat ape berdua2 an ats bukit nuuu
Quote inai_Djari 12-2-2015 07:59 AM
fifie_olin replied at 12-2-2015 07:51 AM
buat ape berdua2 an ats bukit nuuu

bersangka baik- mungkin berdoa diatas bukit sperti mamat sotong tue spya bahagia hingga ke jannah kekdahnye
Quote fifie_olin 12-2-2015 08:01 AM
inai_Djari replied at 12-2-2015 05:59 AM
bersangka baik- mungkin berdoa diatas bukit sperti mamat sotong tue spya bahagia hingga ke jannah  ...
jauh tul nk berdoa ek...
nk buat jht bebila ALLAH leh tunjuk kan...
ade sbb nape anjing tu ade kat situ..
pikir2 kan la...slmbt beramal ...gituuu

Quote Syd 12-2-2015 08:02 AM
joging sesama..
pastu sesat

mujur masih dapat bersama

eh, musti kang ada suara2 nakal tanya

kat atas tu semalam, sempat 'bersama' tak?

bersamamu....
Quote atira 12-2-2015 08:05 AM
mereka ni kaki jogging ngan hiking la tu..
tgk la body theyols...
Quote makneng 12-2-2015 08:07 AM
inai_Djari replied at 12-2-2015 07:59 AM
bersangka baik- mungkin berdoa diatas bukit sperti mamat sotong tue spya bahagia hingga ke jannah  ...

Haha ni memang lawak...ala2 berdoa di jabal rahmah gittew
Quote cmf_jeangrey 12-2-2015 08:12 AM
malam2 panjat bukit buat apa? nasib baik ada anjing gegah suh balik
Quote zafira 12-2-2015 08:13 AM
aku speku mesti depa ni projek kat atas tu... tu yang kena kejar anjing tu.... hahahahah...
Quote inai_Djari 12-2-2015 08:13 AM
fifie_olin replied at 12-2-2015 08:01 AM
jauh tul nk berdoa ek...
nk buat jht bebila ALLAH leh tunjuk kan...
ade sbb nape anjing tu a ...

uit tak baik bersangka buruk xnampak tnda hitam kt dahi masing2 tue
Quote EJALTI 12-2-2015 08:17 AM
inai_Djari replied at 12-2-2015 07:59 AM
bersangka baik- mungkin berdoa diatas bukit sperti mamat sotong tue spya bahagia hingga ke jannah  ...

Kehkehkeh.......

Berdoa sambil berselfie bagai......
Quote EJALTI 12-2-2015 08:19 AM
cmf_jeangrey replied at 12-2-2015 08:12 AM
malam2 panjat bukit buat apa? nasib baik ada anjing gegah suh balik

Bersangka baik.....

Persediaan untuk mengfitkan body untuk mlm pertama bila dah kawin nanti.......

Quote Syd 12-2-2015 08:19 AM
inai_Djari replied at 12-2-2015 07:59 AM
bersangka baik- mungkin berdoa diatas bukit sperti mamat sotong tue spya bahagia hingga ke jannah  ...

amek inspirasi;




semayang jemaah atas bukit

till jannah sangat
Quote inai_Djari 12-2-2015 08:20 AM
EJALTI replied at 12-2-2015 08:17 AM
Kehkehkeh.......

Berdoa sambil berselfie bagai......

mestilah noks baru nampak suci tulus gitu..
Quote inai_Djari 12-2-2015 08:21 AM

haa see idola baru rakyat 1 msia kekdahnye..ngko mampooo?
Quote jofizo 12-2-2015 08:22 AM
mana panjat bukan waktu malam pun...... tu waktu dia dibawa turun....

cuba baca leqlok berita tu
Quote inai_Djari 12-2-2015 08:26 AM
jofizo replied at 12-2-2015 08:22 AM
mana panjat bukan waktu malam pun...... tu waktu dia dibawa turun....

cuba baca leqlok berita tu

adalah kan repot kata dikatakan hilang sejam iaitu dr jam 7.10-8.10 di hutan tue..hilang kate mse jam 8.10 mlm
Quote Syd 12-2-2015 08:27 AM
jofizo replied at 12-2-2015 08:22 AM
mana panjat bukan waktu malam pun...... tu waktu dia dibawa turun....

cuba baca leqlok berita tu

"Kami mula mendaki pukul 6 petang, tiba di puncak ada tiga hingga empat ekor anjing dan apabila anjing itu mula menyalak kami panik dan tersilap jalan turun," kata anggota polis yang bertugas di Kuala Lipis, Pahang itu.
Quote alieyrina 12-2-2015 08:31 AM
Edited by alieyrina at 12-2-2015 08:33 AM

Galak..kan x pasai2 jiran depa suma pikiaq depa nk buat benda x senonoh...aku ingat penang kecik jaa...pusing2 kut situ jugak...
muka memg iras2 sepul juboq dah...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.103560 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top