CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambulans bawa pesakit terbalik

10-6-2013 09:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8137| Komen: 39

Muar: Seorang pesakit jantung nyaris maut apabila ambulans yang dalam perjalanan membawanya ke sebuah hospital swasta di Melaka terbalik selepas dilanggar sebuah kereta di jalan pintas berhampiran persimpangan empat Jalan Bakri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, ambulans itu dipercayai dalam perjalanan dari Batu Pahat untuk menghantar mangsa berusia 50-an ke Hospital Pakar Putra Melaka.

Saksi Abdullah Sariman, 76, berkata, pemandu Toyota Camry itu dipercayai tidak menyangkakan kemunculan ambulans yang tiba-tiba melintas jalan sebelum melanggar belakangnya.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kedua- dua tayar belakang ambulans meletup sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbalik 50 meter dari simpang itu.


Abdullah berkata, ketika kemalangan berlaku, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat ambulans  itu terbalik dalam keadaan siren kecemasan masih berbunyi.




AMBULANS yang terbalik selepas pelanggaran di persimpanan Jalan Bakri.

Katanya, dia dan menantu segera ke tempat kejadian dan mujurlah pengguna jalan raya lain turut memberhentikan kenderaan bagi menyelamatkan mangsa di dalam ambulans.

“Kami terpaksa memecahkan pintu belakang menggunakan sebatang besi. Sebaik pintu dibuka, pesakit itu masih hidup dan dalam keadaan berdarah, manakala seorang pembantu cedera kerana dihempap katil pesakit.


“Pemandu ambulans yang turut cedera dapat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar, manakala pemandu Toyota Camry tidak cedera,” katanya.

Menurut Abdullah, kira-kira lima minit kemudian pesakit berkenaan dikeluarkan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba di lokasi dan membawa semua mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu, namun enggan mengulas lanjut.


6

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oni313 9-6-2013 07:55 PM
aiyoh...

sudahla sakit jantung,

ambulans lak terbalik, lagi sakit jantung
Quote Pailang 9-6-2013 07:57 PM
nenonenonenoneo tepi sikit ambulans nak lalu
Quote perang_candu 9-6-2013 07:58 PM
pemandu camry jenis kiasu .. sama macam dugong owner.
Quote TuntungReturn 9-6-2013 08:01 PM

ambulan bukan ade loud speaker cm kereta peronda polis!!tgk kete peronda polis,cm aku ari tu bawak motor tak pakai helmet,helmet letak kt raga motor.tak pasan kereta peronda lalu,die pasang loud speaker "motor plate sekian2.,sila pakai helmet,terima kasih"...kalao jem pun polis pasang loud jugak "beri laluan,beri laluan"...ambulan??arap siren ja,,pas tu redah trafic light,die igt suma orang pasan la ambulan lalu.
Quote Firaaz 9-6-2013 08:09 PM
Ambulans didahulukan..
Quote Dovahkiin 9-6-2013 08:20 PM
Walaupun ambulan ada siren, tp tu tak bermakna ambulan ada lesen besar utk redah segala traffic. Klu kemalangan, pemandu ambulan juga yg salah. Cuma sebagai pemandu berhemah, pemandu2 yg lain tolong la beri laluan kepada ambulan, walaupun kita sangsi bahawa ambulan tu ada membawa pesakit atau tak. Kita pun tak mau kan klu kita sendiri sebagai pesakit dlm ambulan tu, tetapi stuck dlm traffic kerana sikap kiasu pemandu2 lain.
Quote card_reader 9-6-2013 08:23 PM
driver plat J....apa yg boleh harap ngan dieorang nie





#sekian dari driver plat P
Quote stryder_cats 9-6-2013 10:48 PM
TuntungReturn posted on 9-6-2013 08:01 PM
ambulan bukan ade loud speaker cm kereta peronda polis!!tgk kete peronda polis,cm aku ari tu bawak ...

Amik ko.. kena sound direct dgn polis.. loud speaker plak tu
Quote ninja boy 9-6-2013 11:00 PM
mungkin pekak agaknya bunyi radio kuat dalam kereta
Quote ~boolean 9-6-2013 11:07 PM
ambulan dengan lampu lip lap lip lap, bunyi neenooneeoo punyalah kuat pun ada lagi yang pergi redah..
walaupun pemandu ambulan pun kadang2 mandu mnegalahkan mat rempit,
tapi dengan siren yang kuat tu dari jauh pemandu lain patut dah boleh agak untuk perlahakan kenderaan.
Quote TuntungReturn 9-6-2013 11:23 PM
stryder_cats posted on 9-6-2013 10:48 PM
Amik ko.. kena sound direct dgn polis.. loud speaker plak tu

..kire ok la die buat cm tu..dari saman.
Quote munchkin 10-6-2013 12:10 AM
dah namapun kecemasan. siren ambulance ni kuat. bila dah dengar tu alert lah sikit. bagi laluan. ni kadang kadang orang tengah emergency, ada yang ambil kesempatan nak ikut. wallahualam. cuba kalau ahli keluarga ada dalam ambulance tu. ada bawak kereta macam pelesit. Last edited by munchkin on 10-6-2013 12:12 AM

Quote wafeenaulia 10-6-2013 12:15 AM
Mangsa sakit jantung plak tu adehhh ciann
Quote cmf_herrhughie 10-6-2013 12:30 AM
JB driver?....I ingat plat w atau B saja...
Quote prettyuglybabe 10-6-2013 01:47 AM
tak nampak atau bawak laju. nak dekat simpang pun tak reti-reti nak slowkan kenderaan.  mujur tak ada yang hilang nyawa..
Quote kakiputaralam 10-6-2013 07:09 AM
Ini semua salah Cine

Quote Al-Patih 10-6-2013 07:21 AM
card_reader posted on 9-6-2013 08:23 PM
driver plat J....apa yg boleh harap ngan dieorang nie

plat "J" ...
Quote berusjamban 10-6-2013 07:58 AM
TuntungReturn posted on 9-6-2013 08:01 PM
ambulan bukan ade loud speaker cm kereta peronda polis!!tgk kete peronda polis,cm aku ari tu bawak ...

ada je ambulan yg mempunyai speaker sbb pernah dlm situasi "beri lakuan beri laluan" kata ambulan di federal highway yg sesak gila diwaktu itu

Quote gaara_X 10-6-2013 08:19 AM
memandu ambulance kalahkan kimi raikonen......

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.215054 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top