Mydin umum turun harga 50 jenis barang
Sejumlah 50 jenis barang yang disenaraikan akan diberi potongan sehingga 30 peratus di pasar besar Mydin - Foto Facebook Mydin. Pegawai Komunikasi Korporat dan Jabatan Pemasaran Komunikasi Jenama Mydin Mohamed Holdings Bhd, Mohd. Tarmizi Mustafaha berkata, keputusan untuk melakukan penurunan harga itu dibuat oleh Mydin sebagai tanda sokongan terhadap kempen penurunan harga oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Barang-barang yang disenaraikan itu akan diberi potongan sehingga 30 peratus.
“Mesyuarat Isu Harga Barang dan Caj Perkhidmatan yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Hasan Malek pada 10 Februari lalu telah memutuskan agar pemborong, peniaga, pembekal, peruncit dan penternak untuk menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd. Tarmizi berkata, keputusan tersebut turut dibuat sebagai menjaga kebajikan pengguna dan juga pelanggan setia Mydin. |
4
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
1
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT